29 Soalan Maklum Balas Yang Berkesan Untuk Bisnes Anda

  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share

Berikut adalah contoh soalan-soalan yang anda boleh tanya pelanggan untuk dapatkan maklum balas yang sesuai. Ini penting untuk majukan bisnes anda dan jadikannya lebih efektif.

Tapi sayang, tak ramai yang tahu tanya soalan yang betul kepada pelanggan. Kadang-kadang soalan tu tak memberi kesan langsung kepada bisnes kita. Syok sendiri mungkin.

Solusinya, anda kenalah tanya soalan yang ada objektif dan bertujuan supaya tak ke lautan Pasifik.

Jadi habis ni, tak payah susah-susah, anda ambil saja beberapa soalan kami di bawah ni,  dan implemenkan dekat bisnes anda.

Jadi berbalik kepada asas.

Kenapa perlu tanya soalan-soalan ini kepada pelanggan?

Maklumbalas dari pelanggan penting untuk kita cari lompong bisnes kita. Kita juga dapat pandangan dari sudut perspektif mereka. Peh. Berbaloi tu.

Siapa lagi yang boleh tolong bagi pandangan kepada produk atau servis kita kalau bukan pelanggan-pelanggan ni. Inilah aset anda yang anda kena jaga, dan jadikannya senjata untuk menguatkan lagi bisnes anda.

Kalau mereka banyak bagi maklumbalas yang negatif, dan buruk, janganlah marah atau sedih. Betulkan je apa yang patut.

Mereka ni lah yang bagi kita nampak sudut perspektif yang kita terlepas pandang. Sebab kita asyik sibuk menjual je, kita lupa nak jaga kualiti servis atau produk kepada pelanggan.

Antara perkara yang anda boleh tanyakan mereka adalah:

Tentang laman web anda :


Bila tanya soalan tentang laman web anda, jangan tanya benda yang umum sangat. Tanya benda-benda yang spesifik dan ada tujuan. Contohnya :

1. Anda nak dapat apa dengan website ni ?

Anda mungkin akan jawapan yang anda tak pernah terfikir pun dari pelanggan.

Jawapan-jawapan ni dapat bantu anda untuk menambahkan ciri-ciri laman web anda tentang perkara-perkara yang penting untuk pelanggan.

2. Anda jumpa tak maklumat yang anda cari dalam laman web ni ?

Mungkin sususan atau direktori laman web anda tu susah dan tak teratur bagi pelanggan.

Jadi anda dapat bereksperimen dengan laman web anda untuk dapatkan susunan yang paling mudah untuk pelanggan.

3. Anda jumpa maklumat yang penting tak ?

Soalan jenis ni dapat bantu anda menilai maklumat-maklumat di laman web anda.

Nilai maklumat tu boleh jadi kayu pengukur sama ada content anda bermanfaat kepada pelanggan atau tidak.

Anda juga boleh tanya tahap kesukaran pelanggan anda untuk membuat sesuatu task seperti tanya soalan di laman web seperti :

4. Susah tak untuk anda untuk membuat permohonan atau tanya soalan?

5. Adakah anda sangka permohonan atau tanya soalan akan jadi susah sebegitu?

Dengan menilai tahap kesukaran atau komitmen yang pelanggan anda kena buat dalam laman web anda, anda dapat mengubahsuai laman web supaya lebih mudah dan mesra pelanggan.

Kalau pesaing anda dapat jadikan proses permohonan atau test di website mereka lebih mudah untuk pelanggan, pelanggan anda mungkin akan lebih cenderung ke situ.

6. Sejauh mana laman web kami menarik perhatian anda ?

7. Senang tak nak teroka laman web kami ?

8. Apa pendapat anda tentang cerita yang kami sampaikan melalui laman web kami ?

Bila anda tanya soalan kepada pelanggan, pastikan soalan anda spesifik. Kalau soalan macam “ laman web kami lawa tak ?” mungkin pelanggan akan cakap lawa, tapi mereka kecewa dengan susunan tab di laman web anda, ataupun mereka rasa susah nak cari maklumat di laman web anda.

9. Adakah anda jelas dengan susunan harga kami ?

10. Macam mana kami boleh tingkatkan susunan kami supaya lebih baik?

Mungkin pelanggan tak faham atau tak berapa jelas dengan susunan harga anda kalau anda ada banyak pakej. Jadi, soalan ni dapat bantu anda untuk mudahkan mereka faham.

11. Kenapa anda tertarik nak datang ke laman web kami ?

First impression pelanggan tentang laman web anda sangat penting. Anda juga nak tahu kenapa mereka kekal di laman web anda. Jadi, anda ada maklumat yang berguna untuk mengubahsuai laman web anda.

12. Dalam 5 bintang, anda bagi laman web kami berapa ? dan kenapa ?

13. Apa yang anda paling suka tentang laman web kami ?

Soalan ni mampu berikan anda gambaran apa uniknya laman web anda berbanding orang lain.

14. Ada apa-apa komen, soalan, atau aduan yang anda nak tambah ?

Soalan ni mampu menunjukkan anda di mana masalah-masalah atau kecacatan menurut pelanggan anda.

Tentang produk anda :


15. Adakah anda akan syorkan jenama kami kepada kawan atau kenalan anda?

16. Bila cakap tentang produk ini, adakah jenama kami pilihan pertama anda?

17. Macam mana anda kenal jenama kami?

Soalan ini dapat membantu anda menilai marketing anda. Anda juga dapat tahu dekat mana nak fokuskan kempen promosi selepas ni.

18. Kenapa anda pilih kami sebagai pembekal servis anda?

Anda mesti nak tahu kenapa mereka pilih anda. Sama ada sebab iklan anda, ataupun ciri-ciri produk anda, atau mungkin cara staf anda melayan mereka, semuanya penting untuk kita menilai prestasi terkini bisnes anda.

19. Masalah apa yang anda nak selesaikan dengan produk kami?

Jika anda dapat mengenalpasti solusi apa yang pelanggan anda cari, anda dapat fokuskan kekuatan produk anda dan tingkatkan kualiti pada bahagian itu.

20. Apakah jawapan anda kalau ada yang bertanya tentang produk kami?

Soalan ini dapat bantu anda dapat gambaran anda dari perspektif pelanggan. Mungkin mereka rasa ada hubungan dengan jenama anda. Jadi anda dapat tahu apa yang pelanggan fikirkan tentang jenama anda.

21. Kalau anda kecewa dengan kami, apa patut kami buat untuk tawan hati anda semula?

Soalan ni memberikan anda peluang untuk merungkai isu yang mungkin pelanggan anda ada dan selesaikannya sebelum isu tersebut jadi viral.

22. Apakah manfaat terbesar anda dapat dari jenama kami?

23. Apakah ciri-ciri produk kami yang anda paling sayang? Ciri produk yang anda tak nak hilang?

Soalan macam ni senang je untuk anda tahu ciri-ciri apa yang anda kena jaga dan kekalkan kepada pelanggan anda.

24. Ciri-ciri yang anda tak kisah sangat?

Jadikan produk anda simple dan basic. Mungkin anda dah campakkan beribu ciri-ciri dalam produk anda. Banyak sangat ciri tak semestinya bagus untuk produk.

Tentang pesaing anda :

Kekuatan produk anda penting. Tapi info tentang pesaing anda pun berguna untuk anda. Mungkin anda dah buat kajian tentang mereka, tapi mungkin ada juga beberapa jenama lain yang anda tak pernah anggap pesaing jadi pesaing anda.

Anda juga dapat belajar dari maklumat pelanggan anda berikan tentang pesaing anda.

25. Anda rasa jenama mana yang kami patut contohi dan pelajari ?

26. Apa alternatif anda sekiranya bisnes kami tutup?

27. Apa yang bezakan kami dengan jenama yang lain>

28. Berbanding pesaing kami, adakah produk kami lagi bagus?

29. Berbanding pesaing kami, adakah harga kami tinggi, rendah, atau lebih kurang sama?

Tanya dengan betul

Apabila anda membuat survey atau soalan maklum balas untuk pelanggan anda, jadikan tona anda santai, ibarat bersembang dan tanya khabar dengan kawan.

Untuk menjadikan soalan anda menarik, anda boleh tanya soalan terbuka yang minta pandangan mereka. Jadi pelanggan dapat berikan pendapat dan luahkan perasaan dengan lebih baik.

Maklum balas pelanggan merupakan cara untuk anda dapatkan maklumat untuk bantu tingkatkan kualiti laman web anda, dan produk itu sendiri.

Dengan berinteraksi dengan pelanggan, anda dapat tubuhkan hubungan yang lebih baik dengan mereka.

Hubungan yang baik akan mendorong mereka untuk jadi pelanggan setia untuk bisnes anda.


  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *