3 Ilmu Supaya Bisnes Offline Anda Terus Survive.

  • 1.2K
  •  
  •  
  •  
  •  
    1.2K
    Shares

Dalam artikel lepas, saya kongsikan 3 sebab 2019 lebih banyak kedai akan tutup & lebih banyak bisnes yang akan gulung tikar.

Oleh itu, dalam artikel kali ini, saya kongsikan 3 ilmu penting yang perlu anda ada untuk bisnes anda survive dan profitable.

Seperti yang saya maklum dalam artikel lepas, tak semua ilmu yang kita perlu. Bahaya kalau semua benda kita nak belajar.

Bahaya yang paling utama ialah kita akan jadi overload dengan information. Akibat paling besar ialah akan mengaburi keputusan kita (clouding our judgement).

Tanpa buang masa anda lagi, saya akan terus berkongsi cadangan 3 ilmu yang perlu anda belajar.

(1) Menyusun Funnel Bisnes

Back to the basic. Belajar susun funnel bisnes. Hal ini kerana, funnel bisnes yang menentukan perjalanan & perkembangan pelanggan bisnes kita.

Secara asasnya, bisnes funnel ialah gabungan marketing funnel & sales funnel. Kalau anda Google, macam-macam bentuk rupa yang keluar.

Mudah kata;

Marketing funnel = Aktiviti membakar duit marketing.
Sales funnel = Aktiviti menghasilkan duit berkali-kali.

Tapi tak ramai yang sanggup tempuh fasa marketing funnel. Hal ini kerana, banyak duit yang perlu dibakar semasa ini.

Ya, sangat menakutkan sebab kita spend for something yang belum tahu untung atau balik modal. Sebab itu, bisnes ini confirm rugi.

Marketing funnel bantu bisnes kita lebih dikenali. Dan kita dapat bina fanbase yang suka dengan bisnes offline.

Sales funnel pula bantu bisnes kita buat untung. Hal ini, dalam sales funnel ada fasa untuk dapatkan repeat buyer dan referral.

Nak belajar lebih lanjut tentang bisnes funnel? Boleh baca artikel yang saya tulis tentang bisnes funnel. It’s free.

(2) Kewangan Bisnes

Nak tak nak, suka tak suka, ilmu kewangan bisnes sangat penting. Hal ini kerana cashflow yang positif yang lebih penting dari untung besar.

Untung terlalu besar menunjukkan bahawa ada keperluan wajib bisnes yang kita tak spend dalam bisnes kita.

Belajar SOP kewangan bisnes supaya tak la hujung bulan kita acah-acah pelik, “sales banyak, tapi tak tahu pergi mana.”

Belajar urus wang supaya kita sentiasa cukup untuk pusing modal for next month. Belajar ambil gaji supaya kita tak rompak duit bisnes.

Belajar SOP kewangan supaya dapat elak staff curi duit. Ambil akauntan supaya cashflow kita lebih terjaga & selamat dari gangguan kita.

Anda boleh google atau belajar dari yang mahir tentang kewangan bisnes. Atau anda boleh sneak peak panduan kami.

(3) Go Online

Belajar untuk meletakkan alamat kedai kita di Facebook Page & Google. Oh ya, tak lupa juga, letak alamat dalam Waze.

Sangat malu, dan menyedihkan. Spend 5-6 angka pada buka & renovation kedai. Tapi, tak sanggup nak spend RM5,000-RM10,000 untuk marketing.

Sekarang, kita ada option yang lebih pantas iaitu FB Ads. Dengan semudah, pin point location kita dan letakkan radius.

Kemudian, spend RM10-RM30 sehari. Booom! Iklan kita akan muncul di FB penduduk di kawasan kita.

Namun, lebih baik untuk anda combine pemasaran online (FB Ads, Adwords, Paid Review) & offline (Flyers, Bunting, Baucer).

Nak kami walkthrough anda dengan details tentang strategi & teknikal FB Ads untuk bisnes setempat?

Sangat sesuai bagi anda yang sudah ada atau merancang untuk ada kedai makan, kedai spa, bengkel, butik dan premis offline.

Upgrade ilmu FB Ads setempat anda.



  • 1.2K
  •  
  •  
  •  
  •  
    1.2K
    Shares

1 thought on “3 Ilmu Supaya Bisnes Offline Anda Terus Survive.”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *