4 Kursus Human Resources

"Mahukah Anda Belajar Cara Mengurus & Melatih Pekerja Dengan Betul supaya pekerja lebih berdisiplin?"

Setiap modul akan diberikan rakaman kursus selepas kelas selesai.

Selama 4 hari, anda akan belajar cara mengurus & melatih pekerja dengan betul supaya pekerja lebih berdisiplin.

20-23 Jul, Rabu-Sabtu

Hari
Jam
Minit
Saat

Situasi & Isu Kebanyakan Usahawan

Majoriti majikan sangat mengambil ringan bab mengurus & melatih pekerja kerana mereka anggap ini merupakan isu yang remeh dan tak perlu urusan yang formal. 

Akibatnya apa yang berlaku adalah:

  • Susah mengenal pasti masalah pekerja tidak capai pretasi di mana.
  • Sukar menetapkan metrik @ ukuran  prestasi pekerja.
  • Pekerja tak dapat ikut arahan dengan baik.
  • Pekerja keluar masuk bisnes dengan kerap. Pekerja rajin berhenti.
  • Pekerja tidak puas hati dengan majikan walaupun majikan sudah buat baik sehabis mungkin.
  • Majikan buntu hadap isu pekerja yang tidak pandai berdikari
  • Pekerja tiada disiplin dan menyebabkan kebocoran kewangan company.
​GUARANTEE

Manfaat Apabila Mahir Cara Mengurus & Melatih Pekerja.

Terlampau besar manfaat sekiranya tuan puan tahu cara yang betul mengurus & melatih pekerja bermula hari ini. Tiada istilah terlambat. Yang penting bermula. 

Antara manfaat nya adalah:

MAIN TOPICS

Apa Yang Anda Akan Belajar?

Kami membawakan 4 kursus yang sangat penting untuk tuan puan mula mengurus & melatih pekerja dengan betul. Semua modul ini disusun supaya tuan puan mudah faham untuk terus apply hari ini juga.

Selain itu, kami bahagikan kepada 4 sesi supaya tuan puan dapat hadam setiap penyampaian untuk tuan puan suaikan dalam bisnes tuan puan. Setiap sesi hanya 2 jam sahaja.

Kursus 1: Mengurus Budaya Pasukan (20 Jul)

Modul 1: Mengambil Pekerja Yang Tepat

Anda akan belajar cara untuk ada budaya kerja yang baik bermula dari karakter pekerja yang ada dalam bisnes kita. 

Modul 2: Melatih Pekerja

Bukan semua latihan sama bagi semua pekerja. Kita akan beri beberapa kaedah berkesan untuk melatih pekerja dengan cara mudah supaya wujud budaya berdikari. 

Modul 3: Mengekalkan Pekerja

Kita akan berikan panduan bagaimana menentukan pekerja mana yang masih relevan dalam perniagaan kita dan pekerja bagaimana yang harus kita kekalkan untuk jangka masa lama.

Kursus 2: Mengurus Disiplin Pasukan (21 Jul)

Modul 1: Asas Disiplin Kerja

Panduan untuk menerapkan Disiplin asas di tempat kerja dan senarai Disiplin yang relevan dengan bisnes SME.

Modul 2: Melaksanakan Disiplin Kejra

Membantu majikan kenal pasti kaedah berkesan untuk pekerja faham konsep Disiplin di tempat kerja.

Modul 3: Kesan Tidak Menerapkan Disiplin

Kita akan guide majikan untuk kenal pasti sekiranya disiplin tidak dipatuhi dan ditaati, apakah implikasi yang pekerja akan hadapi dan bagaimana untuk kendalikan situasi pekerja tidak berdisiplin. 

Kursus 3: Mengurus Jangkaan Pasukan (22 Jul)

Modul 1: Memutuskan Jangkaan Majikan

Panduan kepada majikan untuk menetapkan sasaran dan harapan kepada pekerja serta apa yang boleh dibuat untuk perbaiki proses penetapan sasaran yang dibuat.

Modul 2: Mengekalkan Jangkaan Majikan

Sasaran amat mudah dibuat dan harapan juga senang disampaikan, tetapi ramai majikan belum tahu apakah cara mengekalkan sasaran untuk pekerja mereka realisasikan. Dalam modul ini kita akan bagi contoh dan situasi untuk majikan kenal pasti apa yang boleh membantu mengekalkan pemahaman pekerja dari segi sasaran syarikat.

Kursus 4: Mengurus Prestasi Pasukan (23 Jul)

Modul 1: Memahami Asas Prestasi

Majikan perlu faham apakah kriteria yang wajib dipenuhi untuk menjadi seorang pekerja yang capai prestasi. Kita akan berikan contoh situasi dan senarai penilaian yang berkaitan supaya pekerja juga faham apa yang kita nampak pada pekerja yang bagus.

Modul 2: Menguruskan Tinjauan Prestasi

Panduan untuk menilai prestasi pekerja.
Berapa kerap penilaian perlu dibuat.
Kriteria dan senarai yang perlu diambil maklum untuk menjalankan sesi penilaian prestasi yang berkesan.

Modul 3: Mengeluarkan Ahli Pasukan Tidak Berprestasi

Panduan melepaskan pekerja yang tidak lagi mencapai prestasi atau pekerja yang tidak relevan dengan syarikat.

Trainer Anda

Puan Sujeeta Dillon,
CEO Easy HR

Puan Sujeeta Dillon merupakan seorang HR Management Consultant.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (L.L.B Hons) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan pengamal perhubungan industri bertauliah (Certified Industrial Relations Practitioner).

Dalam tempoh 7 tahun pengalaman beliau sebagai seorang konsultan pengurusan HR, beliau mengendalikan lebih daripada 960 sesi temuduga melibatkan lebih daripada 2000 calon pekerja. 

Oleh itu, beliau memang layak untuk bantu anda.

Maklumat Kursus

Lokasi

Online melalui Zoom

Tarikh

20-23 Jul (Rabu-Sabtu)

Masa

10 pagi – 12 tengah hari

Yuran Bagi Setiap Modul

Berikut merupakan yuran bagi setiap kursus. Anda boleh pilih secara ala carte atau dapatkan access untuk semua kursus. 

Yuran sangat berpatutan bermula dari RM69-RM99 sahaja.

Kursus 1: Mengurus Budaya Pasukan

RM69

Kursus 2: Mengurus Disiplin Pasukan

RM99

Kursus 3: Mengurus Jangkaan Pasukan

RM99

Kursus 4: Mengurus Prestasi Pasukan

RM99

Sekiranya anda mahu lebih jimat, anda boleh dapatkan all access pass untuk hadir ke semua kursus ini.

Harga asal gabungan 4 kursus ini adalah RM366.

Harga sekarang hanya serendah…

All Access Course HR

RM169

Pilih Modul Bisnes Setempat Yang Anda Nak Belajar

1. Tuan puan boleh mula isi borang di bawah.
2. Kemudian, tuan puan lakukan bayaran.
3. Akhir sekali, tuan puan akan terima whatsapp untuk langkah seterusnya.