4 TIP PENTING MEMILIH NAMA KEDAI MAKAN YANG RAMAI ORANG TERLEPAS PANDANG

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Memilih nama merupakan salah satu perkara asas yang sangat penting dalam apa jua perkara. Ianya nampak mudah, namun pemilihan nama itu mampu memberi kesan jangka panjang yang tidak boleh diragukan lagi.

Begitulah juga dengan memilih nama kedai makan. Mungkin kedengarannya mudah dan tidak penting, tetapi percayalah dengan memilih nama kedai makan yang sesuai, kesannya mampu mengubah perjalanan kedai makan anda sama ada terus bertambah maju atau sebaliknya.

Di sini kami kongsikan 4 tip penting untuk memilih kedai makan yang ramai orang terlepas pandang:

  1. Nama Kedai Makan Berdasarkan Nama Tempat

Anda pasti kenal dengan jenama Kentucky Fried Chicken (KFC), kan? Ha, Kentucky itu sebenarnya adalah nama tempat di Amerika! Begitulah juga dengan Texas Chicken. Texas itu juga ialah nama tempat di Amerika.

Ianya cukup mudah, sekadar meletakkan nama kedai makan kita berdasarkan nama tempat sahaja. Tetapi impaknya buat kedai anda pada masa hadapan cukup besar.

Antara kesannya ialah bila ada orang mahu buat carian kedai makan di sesuatu tempat, pastilah kedai makan atau restoran anda yang muncul dahulu. Dengan syarat kedai makan anda ada paling kurang pun FB Page. Menarik dan mudah, bukan?

  • Nama Menu Yang Utama

Sekali lagi kita letak contoh KFC. Iyea la, contoh paling mudah kan. Baik, KFC ini seperti di  atas diambil dengan nama Kentucky yang merupakan nama tempat di Amerika. FC pula merujuk kepada fried chicken yang membawa maksud ayam goreng. Ha, nampak permainannya?

Kami tahu kedai makan anda menjual perbagai jenis menu, tapi pastilah ada satu menu yang utama dan sangat istimewa, kan?  Jadi, anda boleh gunakan nama menu sebagai salah satu pilihan nama kedai makan anda. Contohnya, Restoran Nasi Lemak Antarabangsa di KL. Mereka bukan sekadar jual nasi lemak saja, tapi turut menjual menu lain.

Restoran char kuey teow

Nasi ayam

Nasi dagang

Mee bandung

Ha, pilihlah menu istimewa di kedai anda sebagai nama kedai makan anda dan tambahlah nama yang turut istimewa di belakangnya. Contohnya macam nasi lemak antarabangsa tadi. Jika di Ipoh ada Char Kuey Teow Abang Sayang. Di tempat anda pula ada nama kedai makan apa?

  • Gabungan Menu Istimewa Dan Lokasi

Gabungan ini merupakan gabungan yang cukup power. Contoh yang kami selalu ulang ialah KFC dan Texas Chicken. Anda juga boleh gabungkan menu utama di kedai anda bersama nama lokasi kedai anda. Contoh yang cukup terkenal di malaysia pula ialah Sate Kajang. Ha, pernah dengar kan? Asal pergi Kajang, mesti terasa nak beli Sate kajang. Setuju?

Kalau nak letak nama lokasi lain pun boleh macam Nasi Kerabu Kelantan. Anda boleh letak nama ini walaupun kedai makan anda bukan di Kelantan sebab semua orang tahu yang nasi kerabu Kelantan paling sedap. Ini sekadar contoh saja ya.

Contoh lain yang selalu dibuat dengan cara teknik gabungan ini ialah restoran tomyam. Anda juga pasti perasan dengan nama restoran tomyam yang meletakkan juga nama tempat di Thailand seperti Restoran Tomyam Krabi atau Restoran Tomyam Pattani. Ha, ini pun sekadar contoh saja ya.

  • Nama Yang Di Luar Imaginasi

Mari kita keluar daripada imaginasi. Kita keluar daripada nama yang sudah biasa seperti ‘sedap’, ‘istimewa’, ‘meleleh’, atau nama yang sudah basi. Cuba kita letak nama yang di luar imaginasi seperti nama Restoran Char Kuey Teow Abang Sayang dan Char Kuey Teow Telur Dibasuh. Ianya nama yang di luar kebiasaan nama kedai makan, tapi ianya sangat unik dan membuatkan kita terasa nak ke sana.

Anda juga boleh memilih nama yang dekat di hati masyarakat setempat seperti Miker Food di Ipoh. Nama ‘miker’ cukup dekat di hati penduduk Ipoh. Kalau di utara, mungkin boleh menggunakan nama ‘Hangpa Food’. Haha, ini contoh saja.

Empat tip di atas hanyalah contoh umum. hakikatnya terdapat banyak lagi cara untuk memilih nama kedai makan baru. Tidak kiralah anda mahu pilih nama apa sekalipun, pastikan namanya unik dan mudah diingat walaupun baru pertama kali pengunjung membacanya.

Klik sini untuk belajar naikkan jualan bisnes setempat anda.

facebook setempat

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *