4 TRIK MUDAH BUAT PELANGGAN DATANG BERKALI-KALI KE KEDAI MAKAN KITA

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sebagai pemilik kedai makan, pastinya kita sangat mengharapkan pengunjung datang berkali-kali ke kedai kita. Tetapi, macam mana? Apa tekniknya? Bagaimana metodenya? Di sini kami ingin kongsikan 4 trik mudah buat pelanggan datang berkali-kali ke kedai makan kita:

Ramah

First impression pelanggan datang ke kedai makan ialah bagaimana pekerja di kedai tersebut melayan mereka. Kalau la pekerja itu sendiri buat tak endah pada pelanggan, anda ingat mereka mahu datang balik ke sana?

Layanan di sini cukup mudah, hanya sekadar ramah kepada pelanggan sahaja. Bila pelanggan datang, senyum kepada mereka, sembang sikit-sikit. Puji juga pelanggan. Jangan la buat muka ketat. Buatlah pelanggan itu rasa selesa dan seronok untuk ke sana lagi. Boleh? Senang, bukan?

Laju

Inilah rahsia utama bagaimana restoran mamak mampu bertahan lama. Servis yang mereka sediakan cukup laju sehinggakan ada pepatah yang mengatakan, “kalau bukan laju, itu bukan mamak.”

Kerana itulah juga restoran segera seperti KFC dan McDonalds sentiasa ramai pelanggannya kerana mereka bukan sekadar memberi hidangan yang lazat, malah servis yang diberi juga sangat pantas.

Jangan sesekali buatkan pelanggan tertunggu-tunggu terlalu lama tanpa sebarang hidangan. Kalau menu utama memang lewat untuk disiapkan, pastikan mereka dapatkan dahulu hidangan air yang dipesan.

Kalau menu yang mereka minta itu memang memerlukan waktu yang agak lama untuk disiapkan, maklumkan saja pada mereka. Mungkin pelanggan itu mahu menukar menu lain. Apa yang sangat penting di sini, jangan buat mereka menunggu terlalu lama.

Seperkara lagi, pastikan pelanggan yang datang lebih awal dapat pesanan mereka terlebih dahulu. Mungkin ianya nampak remeh, tetapi pelanggan melihat juga meja pelanggan yang lain. Mereka kenal siapa yang datang dulu, siapa yang datang kemudian. Pelanggan memang akan terasa jika mereka lihat pelanggan yang datang selepas mereka dapat dahulu hidangan sebelum mereka.

Kad Ganjaran

Kad ganjaran merupakan salah satu cara terbaik namun jarang digunakan oleh pemilik kedai makan. Tidak perlu pun hendaj tunggu kedai makan anda menjadi besar. Gerai kecil tepi jalan pun boleh buat kad ganjaran ini.

Antara cara paling mudah untuk buat kad ganjaran ini dengan berikan cop. Contohnya, belanja RM20 akan dapat 1 cop. Cukup 10 cop, boleh dapat makanan percuma ke. Kos rendah, namun kesannya lumayan. Mudah, kan?

Berpatutan

Tak kisah pun kalau anda nak jual mahal, asalkan ianya berpatutan. Pelanggan sanggup bayar dengan harga yang mahal jika ianya bersesuaian dengan harga. Tapi jika anda rasakan masakan di kedai anda sama level dengan kedai lain, mengapa perlu menjual mahal?

Pernah terjadi di sebuah restoran yang tampak mewah, seakan berada di hotel 5 bintang. Namun rasanya sama seperti kedai makan biasa. Pemilik restoran itu menjual makanannya dengan harga yang sama seperti restoran biasa. Kesannya? Pelanggannya penuh! Namun selepas dia menaikkan harga, pelanggan tidak lagi datang ke restorannya.

Deco restoran yang cantik memang sangat penting. Tapi janganlah pula bila anda hias kedai makan anda terlalu cantik, anda mahu menaikkan harga pula melebihi dengan harga yang sewajarnya. Hiasan dalaman itu penting, tapi apa yang lebih penting ialah harga menu yang berpatutan.

Inilah 4 trik mudah yang anda boleh lakukan sekarang. Tak perlu belanja terlalu tinggi, namun anda boleh lihat hasilnya dalam tempoh yang singkat. Cubalah!

Upgrade ilmu pemasaran kedai/premis anda untuk naikkan lagi jualan & brand anda.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *