5 DERIA YANG WAJIB ADA DALAM COPYWRITING UNTUK TARIK PELANGGAN DATANG KE KEDAI MAKAN KITA

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Bila kita makan, kita sebenarnya sedang menggunakan lima pancaindera iaitu lihat, sentuh, bau, rasa dan dengar. Jika dapat digabungkan kelima-lima emosi ini dalam iklan kedai makan kita, pasti gempak!

Contoh paling mudah ialah iklan McDonald di tv. Kalau anda perasan, mereka menggunakan kelima-lima pancaindera ini dalam iklan ayam goreng mereka. Sebab itulah iklan mereka begitu berjaya.

Kalau anda nak tulis copywriting untuk tarik pelanggan datang ke kedai makan anda, anda pun perlulah menulis copywriting tersebut dengan menghidupkan kesemua lima pancaindera ini. Jika kelima-lima pancaindera ini digunakan dalam copywriting anda, anda sebenarnya telah menghidupkan 5 deria penting dalam diri prospek anda. Best, kan?

Mari kita lihat satu persatu deria ini:

  1. Deria Penglihatan

Apa yang membezakan restoran mewah dengan restoran biasa? Salah satunya ialah hiasan pada makanan itu sendiri. Rasa makanan di restoran mewah mungkin sama sedapnya dengan rasa di restoran biasa, tapi makanan mereka nampak mewah sebab hiasanya yang cantik.

Mungkin anda tak dapat pun sediakan hidangan yang cantik pada setiap masa untuk semua pelanggan anda, tapi anda boleh buat mereka bayangkan bahawa makanan anda sangat sedap dengan menggunakan imaginasi penglihatan sahaja.

Bagaimana? Ini antara contoh copywriting yang menggunakan deria penglihatan:

  • Tengok buih dalam gelas itu meleleh, buat air liur pun meleleh sama.
  • Warna hijau kat green tea dia memang lain macam. Tengok pun dah terbayang ladang teh kat Cameron Highlands!
  • Tengok sekali pun dah tahu, ayam gorengnya dimasak sempurna. Tak berminyak dan nampak sangat menyelerakan.
  • Deria Sentuhan

Bila nak makan, mestilah kita sentuh makanan tersebut. Ha, dari situ kita sebenarnya boleh buat pembaca bayangkan bagaimana struktur makanan kita. Contoh:

  • Ayamnya memang dimasak panas-panas. Berasap kat tangan!
  • Bila dipegang, fuh… sejuk giler!
  • Deria Bau

Makanan yang ada bau ni memang lain macam. Tarikannya sangat kuat. Sebab itulah kedai yang ada jual char kuey teow biasanya akan menggoreng kuey teow mereka di depan kedai, biar baunya dapat menarik orang datang ke kedai mereka.

Kalau menu di kedai anda ada menghasilkan bau yang super sedap luar biasa, jangan lupa untuk tuliskannya dalam copywriting anda. contohnya:

  • Dia punya bau kopi pun kita tau dah kopi dia ni kaw-kaw padu teruk.
  • Dia punya bau char kuey teow lain macam, buat perut jadi makin bergelora.
  • Bau cili dia buat orang yang suka makan pedas macam saya jadi tak senang duduk.
  • Deria Rasa

Bila dah tengok dan ambik bau, mulalah makanan itu masuk ke dalam anak tekak anda. Pada waktu itulah anda patut tulis dan bayangkan perasaan mereka ketika mula mengunyahnya. Tulis sampai pembaca telan air liur. Contoh:

  • Rasa manis, masam dan masin sebati dalam mulut. Lama dah tak rasa makanan yang sesedap ni. Serius!
  • Bila air masuk dalam tekak, masya-Allah, sedapnya! Ais blended dia lembut, langsung tak kasar. Macam makan salji.
  • Mula-mula rasa manis, tapi dekat hujung lidah tu terasa pahit. Memang lain macam betul rasa kopinya. Kalau korang penggemar kopi, memang inilah kopinya.
  • Deria Bunyi

Deria ni memang sangat power jika anda buat iklan video. Tapi kalau nak tulis dalam copywriting pun boleh. Contoh:

  • Dengar bunyi gigitan ayam goreng dari meja sebelah buat hati ni jadi makin tak sabar. Bunyi pun dah rangup betul, kalau rasa apatah lagi.
  • Orang sebelah dah sedut air hingga ke sedutan terakhir. Slup, tertelan air liur pulak. Haha.

Ha, boleh faham kan? Anda boleh gunakan kelima-lima pancaindera ini dalam copywriting anda. Tapi kalau anda nak guna 3 atau 4 saja pun boleh. Yang penting, tulis sampai buat pembaca dapat membina imaginasi, sampai buat pembaca rasa terliur. Terbaik!

Belajar naikkan jualan anda dengan panduan step by step FB Ads setempat.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *