5 JENIS GAMBAR YANG BOLEH MEMUKAU ORANG DATANG KE KEDAI MAKAN KITA

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Apabila menyentuh soal makanan, pastinya kita tidak boleh lari daripada membayangkan kelazatan dan keenakannya. Untuk menonjolkan kelazatan sesuatu makanan di media sosial contohnya, kedudukan serta struktur makanan sangat penting untuk membangkitkan deria rasa.

Bagaimana cara dan teknik terbaik untuk menangkap gambar? Apakah kedudukan atau masa yang terbaik untuk snap gambar? Di sini kami kongsikan 5 jenis gambar yang boleh memukau orang datang ke kedai makan kita.

  1. Gambar Pelanggan Sedang Beratur

Siapa yang suka beratur? Boleh kata semua orang tidak suka beratur, lagi-lagi beratur di bawah terik matahari. Mereka hanya akan beratur jika ada keinginan yang sangat kuat. Contohnya makan atau minum.

Di Malaysia ini, cukup banyak kedai yang sangat laku keras disebabkan penangan tular atau viral. Bila orang ramai berkongsi bahawa makanan atau minuman di kedai tersebut sedap atau murah, mulalah orang datang beramai-ramai ke kedai tersebut sehingga ada yang beratur panjang.

Jika perkara ini terjadi di kedai makan anda, jangan lepaskan peluang untuk menangkap gambar tersebut. Satu perkara yang anda perlu tahu, viral ini hanyalah bersifat bermusim. Mungkin minggu ini ramai orang datang ke kedai anda, tapi mungkin pada minggu depan kedai anda akan lengang.

Tapi, bila anda sudah ada gambar orang yang beratur panjang ni, anda boleh gunakan gambar ini untuk yakinkan pelanggan lain bahawa makanan atau minuman di kedai anda memang betul-betul sedap hingga pelanggan sanggup beratur untuk mendapatkannya!

  • Angel Bird Eye View

Secara mudah, angel bird eye view atau juga disebut bird eye view (BEV) ini ialah gambar yang diambil dari posisi atas makanan tersebut. Gambar tersebut diambil secara menyeluruh, akan terlihat juga bekas makanan, cawan atau gelas serta meja makannya sekali.

Mungkin anda perlu memanjat tangga atau kerusi bagi mendapatkan gambar yang lebih cantik. Pencahayaan juga sangat penting agar setiap perincian makanan dapat dilihat dalam gambar. Anda juga boleh fokuskan hanya satu focal point melalui angel ini.

  • Tukang Masak Yang Gembira

Kita akan rasa teruja untuk makan masakan ibu jika kita lihat sendiri ibu kita memasak makanan tersebut dengan gembira. Begitulah juga dengan pelanggan. Mereka akan lebih teruja jika chef atau tukang masak di kedai tersebut memasak dengan gembira.

Namun kita tidak dapat melihat kegembiraan tukang masak yang berada di dapur.

Sebab itulah kita perlu menangkap gambar tukang masak yang gembira dan ceria sewaktu mereka sedang memasak. Inilah yang dibuat sendiri oleh syarikat gergasi seperti Maggi ketika mereka menayangkan iklan mereka di TV. Mereka akan menunjukkan kegembiraan pelakonnya dalam memasak Maggi, membuatkan kita turut teruja untuk makan Maggi.

  • Pelanggan Yang Puas

Ini adalah gambar yang sangat memberi emosi. Kita boleh menangkap gambar para pelanggan kita yang puas dan gembira dengan hidangan yang disediakan di kedai makan makan. Sama ada gambar ketika mereka sedang tertawa atau ketika mereka sedang meratah makanan, tangkap saja kesemua gambar ini.

Tapi lebih baik jika anda meminta izin untuk menangkap gambar mereka. Takut kalau mereka tak suka, kedai makan kita hilang berkatnya pula.

  • Selebriti Dan Orang Kenamaan

Jika ada selebriti atau orang kenamaan datang ke kedai makan anda, jangan sesekali melepaskan peluang untuk menangkap gambar bersama mereka. Peluang ini tidak datang selalu. Jangan malu, nanti terlepas!

Lepas tangkap, jangan lupa untuk upload di media sosial. Cuci dan frame gambar tersebut, kemudian letak di dinding kedai makan anda. Anda akan lihat kemudiannya akan lebih ramai lagi selebriti dan orang kenamaan datang ke kedai makan anda. Percayalah.

Cubalah bergambar dan alamilah perbezaannya.

Belajar lagi cara naikkan jualan kedai/premis/bisnes setempat anda dengan panduan step by step FB Ads setempat.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *