5 TANDA KEDAI MAKAN KITA KENA ‘GANGGUAN’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

“Ustaz, kedai makan saya dah tak banyak pelanggan. Saya syak kena gangguan la.”

Wah, senang betul kita nak claim yang kedai kita kena gangguan hanya kerana pelanggan makin berkurang. Tapi betul ke kedai kita kena gangguan sampai buat pelanggan tak nak datang ke kedai kita?

Nah, cuba ikut 5 langkah ini untuk pastikan sama ada kedai kita betul atau tidak kena gangguan:

  1. Kualiti Makanan

Antara faktor utama orang datang ke kedai makan kita kerana kualiti makanan. Jika kualiti makanan kita makin menurun, jangan pelik jika makin ramai orang yang tidak mahu datang ke kedai kita.

“Tapi kualiti makanan saya tetap sama sejak dulu lagi sampai sekarang.”

Siapa yang cakap macam tu? Kalau hanya anda saja yang merasakan begitu, mungkin anda hanya nak sedapkan hati sendiri saja. Sebenarnya anda boleh bertanya dengan para pelanggan anda, “makanan kedai ni ok?”

Eh, jangan tanya pada mereka atas nama anda adalah tokey kedai tersebut. Tapi tanya pelanggan anda macam anda ni pun pelanggan. Barulah mereka akan jawab dengan jujur. Sebenarnya kita pun memang susah nak bagi konsisten sedap. Terimalah kenyataan ini. Sebab itulah pentingnya untuk kita bertanya feeback pelanggan.

Kalau banyak pelanggan yang cakap kualiti makanan anda dah makin teruk, jangan pelik dan cakap pula yang kedai anda kena gangguan.

  • Tidak Diketahui Kewujudannya

Jangan pelik jika orang tak tahu dan tak nampak pun kedai kita, lepas tu dengan mudah kita nak kata, “kedai aku dah kena gangguan!” La, mudahnya nak claim kedai kena gangguan.

Cuba sesekali kita tanya pada penduduk di luar kawasan kedai makan kita, adakah mereka tahu kewujudan kedai makan kita? Hakikatnya, orang takkan tahu jika kedai makan kita sendiri pun tiada papan tanda nama kedai!

Cubalah juga buat papan tanda dan banner kedai makan kita, biar orang luar pun kenal dengan kedai makan kita. Jangan sekadar mengharapkan penduduk setempat saja yang nak makan di kedai kita. Tak betul tu. Biarlah kita target semua orang makan di kedai makan kita. Itu barulah betul.

  • Tidak Wujud Dalam Dunia Maya

Ini satu lagi masalah yang sering terjadi. Sekarang ni ialah zaman teknologi. Semuanya di hujung jari. Setiap apa yang kita nak tahu, kita boleh dapat jawapannya hanya melalui carian di internet sahaja.

Pernah tak kita cuba cari nama kedai makan kita di internet? Ada muncul tak? Kalau tak muncul, jangan pula pelik bila pelanggan tak muncul-muncul di kedai anda.

Antara cara yang paling mudah nak bagi munculkan kedai makan kita di internet tanpa perlu buat website adalah dengan buat FB Page. Nak setting FB Page ini sangat mudah. Letakkan nama FB Page itu dengan nama kedai makan anda. Mudah kan? Barulah kedai makan anda akan wujud dalam dunia internet.

  • Tiada Menu Yang Istimewa

Orang takkan makan makanan yang sama setiap hari. Kalau kita sendiri asyik mengekalkan menu yang sama setiap hari, ditambah pula menu di kedai makan kita pun tak banyak pilihan, jangan pula claim lepas tu kedai anda dah kena gangguan sebab pelanggan makin kurang.

Kalau anda perasan, KFC dan McDonald sendiri pun akan memperbaharui menu baru setiap 6 bulan sekali. Sebab apa? Sebab mereka nak tarik pelanggan balik ke restoran mereka.

Kita pun boleh tiru teknik marketing KFC dan McDonald ni. Buat satu menu istimewa yang lain daripada yang lain. Barulah orang luar yang tak pernah datang kedai makan kita pun terasa nak makan di kedai kita.

  • Terlalu Lama Menunggu

Anda marah-marah dan menyumpah sebab orang makin kurang datang ke kedai makan anda, lepas tu mula la anda canangkan yang kedai makan anda kena gangguan, sedangkan anda tak sedar yang pelanggan anda pun menyumpah-nyumpah anda sebab mereka terlalu lama menunggu hidangan.

Serius, tak guna juga jika makanan itu sangat sedap tapi membuatkan pelanggan menunggu terlalu lama. Rasa sedap itu pun akan jadi pahit kerana lamanya menunggu. Kawan tetap kawan. Tapi jangan main-main dengan makanan. Kalau dah buat kawan tu menunggu terlalu lama, boleh putus kawan.

Lagi sakit dan perit bila orang yang datang kemudian daripada kita dapat dulu makanan daripada kita. Geram!

Kesimpulannya, jangan mudah melabel kedai makan anda kena ‘gangguan’ sebelum anda ikuti 5 langkah ini. Kalau anda lepas dengan jayanya kelima-lima langkah ini, mungkin benar kedai makan anda kena gangguan.

Belajar lagi cara naikkan jualan kedai/premis/bisnes setempat anda dengan panduan step by step FB Ads setempat.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *