7 Strategi Sales Sempena Raya 2020 Ini.

  • 631
  •  
  •  
  •  
  •  
    631
    Shares

Musim raya nak dekat dah. Inilah masa untuk tingkatkan jualan kita.

Inilah masa di mana keinginan untuk membeli tinggi.

Saya kongsikan 7 cara anda boleh buat duit dengan bisnes pada musim raya ini.

1. Buat tawaran istimewa raya

Jadi, waktu raya ni boleh jadi waktu eksklusif untuk bisnes anda di mana anda boleh tawarkan promosi yang anda takkan buat masa bulan-bulan lain. Sama ada bagi hadiah percuma macam sampul raya atau bekas kuih, dengan setiap pembelian atau pun buat harga diskaun seperti durian runtuh.

2. Jual produk secara pakej

Kalau anda nak tarik perhatian pelanggan untuk beli, cuba pakejkan produk atau servis anda dan jual semua sekali. Bagi la potongan diskaun yang lebih sikit. Letak nama pakej yang cantik, bagi pilihan untuk pelanggan pilih mana yang mereka berkenan.

Segala keperluan, pakaian dan makanan pun anda boleh jual secara pakej. Jadi, sekarang dah boleh mula fikir idea untuk pakej produk bisnes anda.

3. Gunakan 30 hari sepenuhnya

Setiap hari anda boleh buat tawaran istimewa yang berbeza. Cara ini bagus untuk buat pelanggan datang balik untuk dapatkan tawaran itu. Yang penting anda kena plan dan susun awal-awal.

Setiap hari, anda boleh tawarkan diskaun yang besar, free-gift, atau apa pun yang besar. Kalau tawaran anda tak istimewa atau biasa-biasa je, pelanggan yang datang pada hari pertama tu akan kecewa.

Kalau sebulan tu macam lama sangat, anda boleh buat promosi untuk 1 hari sahaja. Contohnya macam Lazada, ada promosi 11.11 atau 9.9 dimana pada satu tarikh pada bulan itu, memang ada jualan yang gila-gila.

4. Promosi produk paling laris anda

Anda boleh cuba buat promosi pada produk yang paling popular, atau laris anda. Tujuannya adalah bila anda jual produk paling popular anda, anda boleh panjangkan lagi lifetime value (LTV) pelanggan anda melalui upsell dan downsell.

Anda mesti pilih produk yang akan buatkan pelanggan nak beli lagi dengan anda.

5.  Pertandingan gambar di media sosial

Sekarang ni, bila musim raya je, memang ramai yang upload gambar raya. Alang-alang mereka dah post gambar, apa kata buat pertandingan di mana mereka hanya perlu tambahkan hashtag saja untuk sertai.

Bila anda buat pertandingan gambar ni, ramai orang akan engage dengan tawaran yang anda lakukan itu. Contohnya anda jual kuih. Anda boleh buat, siapa yang paling banyak dapat komen atau like, akan dapat stok kuih untuk sebulan misalnya.

Gambar itu hanya contoh, anda boleh juga buat pertandingan di stories, videos, live, ikut kesesuaian tawaran anda.

6. Bonus voucher

Sebagai contoh,untuk setiap pembelian atas RM100, pelanggan anda dapat voucher RM25 untuk produk anda.

Cara ini bagus untuk buat pelanggan anda beli lagi dengan anda. Bayangkan pelanggan yang beli dengan anda, dapat voucher, mesti mereka rasa rugi kalau voucher tu tak digunakan. Lagi-lagi kalau ada tarikh luput di voucher anda itu.

Tapi cara ini harus dikira dengan betul supaya anda tak rugi bila bagi voucher dekat pelanggan. Mungkin anda boleh buat , voucher terhad kepada sesetengah produk atau jumlah voucher yang terhad.

7. Cross-promote produk orang lain

Bukan anda sorang saja yang tengah buat promosi waktu musim raya ni, jadi anda boleh buat cross-promotion atau kata lain, anda promote produk bisnes A , dan bisnes A pula promote produk anda.

Ramai orang tak buat benda ni sebab tak percayakan satu sama lain. Tapi hakikatnya, tak rugi apa pun. Dua-dua sama-sama mempromosikan produk masing-masing di audience yang berbeza. Ini antara cara yang terbaik untuk menggandakan sales anda.

Anda boleh juga JV dengan bisnes lain dan bundlekan, atau pakejkan produk anda sekali dengan produk mereka, sempena promosi raya.

Semoga idea bisnes raya ini bermanfaat. Walaupun dah tak dapat duit raya dah, kita masih lagi boleh dapat duit waktu raya. Selamat mencuba !

Tinggal Beberapa Bulan Lagi Sebelum Hari Raya 2020. Jom belajar bagaimana nak buat Iklan untuk hari raya.


  • 631
  •  
  •  
  •  
  •  
    631
    Shares

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *