Apakah Itu Retargeting dan Bagaimana Ia Membantu Perniagaan Anda?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mungkin fakta ini agak menakut anda:

96% daripada pelawat yang singgah di laman web atau Facebook Page anda tidak bersedia untuk membeli. Bermakna, hanya tinggal sekumpulan 4% lagi pelawat di atas pagar yang mungkin berfikir dahulu atau mahu terus membeli.

Benarkah fakta ini? Ya, memang begitulah realitinya. Dapatkah anda bayangkan betapa ruginya kita melepaskan yang 96% itu pergi begitu sahaja dan bertambah rugi lagi jika yang 4%  itu pun tidak mampu ‘dipikat’ untuk mendapatkan produk anda.

Maka, apakah yang perlu anda lakukan?

Salah satu cara yang sangat berkesan ialah dengan terus menerus menayangkan website ataupun iklan di Page anda kepada mereka, paling kurang sebanyak 16 kali agar mereka akhirnya bersedia untuk membeli.

Tetapi bagaimana mahu menayangkan iklan kepada audience yang sama? Antara caranya dengan retargeting.

Apakah itu Retargeting?

Dalam dunia pemasaran masa kini, istilah ‘retargeting’ merujuk kepada satu teknik yang menggunakan  ‘tracking pixels’ atau ‘cookies’ bagi ‘mengekori’ pergerakan pelawat yang meninggalkan laman web anda. Kemudian, pelanggan akan ditunjukkan dengan iklan-iklan tertentu yang telah disiapkan berdasarkan maklumat daripada ‘cookies’.

Iklan-iklan retargeting ini akan memaparkan maklumat atau tawaran yang berkaitan dengan produk anda dengan tujuan membuat mereka mengubah fikiran dan mempertimbangkan semula keputusan daripada tidak berminat membeli kepada berminat untuk membeli.

Mengapa Kempen Pemasaran Dengan Retargeting Begitu Berkesan?

Kempen ini menjadi kerana anda boleh mensasarkan iklan-iklan yang spesifik dengan keperluan dan kehendak pelanggan yang telah singgah ke laman web anda. Iklan-iklan ini akan sentiasa mengingatkan mereka dengan produk anda, seterusnya memilih produk itu bagi menyelesaikan masalah mereka.

Dalam erti kata yang mudah, iklan tersebut akan mengikuti mereka dan akan sentiasa muncul di skrin telepon mereka sama ada di newsfeed Facebook, carian di Google mahupun di Youtube.

Iklan-iklan ini akan menghubungkan kembali anda dengan pelawat laman web atau Facebook Page anda yang telah berlalu pergi, dengan menunujukkan tawaran-tawaran menarik apabila mereka melayari internet.

Konsep retargeting ialah sentiasa ‘mengekori’ prospek, memahami apa yang mereka mahukan dan seterusnya mengesyorkan produk anda yang dapat menyelesaikan masalah mereka.

Mengapa Perlu Memilih Retargeting Untuk Meningkatkan Prestasi Pemasaran Anda?

  1. Kos yang rendah untuk iklan retargeting
  2. Kos yang rendah untuk setiap ‘klik’
  3. Meningkatkan kadar pertukaran pelanggan yang tidak ingin membeli kepada ingin membeli
  4. Meningkatkan ‘return of investment’ atau pulangan wang yang telah dilaburkan
  5. Cara penjenamaan yang berkos rendah
  6. Iklan hanya ditujukan kepada golongan yang tepat.

Bagaimana Retargeting Memberi Manfaat Kepada Pemasaran Anda?

Retargeting membantu anda untuk memberi kesedaran berkenaan produk atau jenama anda dan menukar minat pelanggan daripada keadaan tidak pasti kepada kepada sangat ingin mendapatkan produk anda. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku?

Terdapat dua tujuan utama yang ingin dicapai oleh hybrid marketer yang memilih cara kempen retargeting bagi laman web mereka:

[Baca Juga : 5 Jenis Retargetting]

  • Untuk Memberi ‘Awareness’

Kempen kesedaran melalui iklan-iklan retargeting ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada pelawat laman web anda tentang ciri-ciri dan kelebihan produk. Ia juga boleh digunakan untuk tujuan membuat pengumuman lain yang bersesuaian dengan produk anda dari semasa ke semasa.

Kempen ini boleh dijalankan sebagai langkah permulaan sebelum bergerak ke langkah seterusnya, iaitu ‘conversion’. Ia bukanlah satu kempen yang mensasarkan golongan pelawat tertentu. Ia hanyalah kempen umum untuk semua pelawat yang  singgah di laman web anda, tidak kira yang kali pertama berkunjung ataupun yang sudah berkali-kali datang.

  • Untuk Membuat ‘Conversion’

Kempen iklan retargeting ini pula disasarkan kepada pelawat yang lebih spesifik. Mereka mungkin telah biasa dengan produk anda tetapi tidak berminat atau belum berminat dengan tawaran di dalam laman web. Anda mahu pelawat ini menekan butang ‘klik’ pada iklan tawaran dan iklan itu pula akan membawa mereka kepada ‘landing page’ yang lebih meyakinkan mereka untuk membeli.

Seterusnya, pelawat ini akan ditukarkan menjadi pembeli hasil daripada iklan retargeting itu.

Teknik retargeting boleh membantu mencapai kedua-dua matlamat ini kerana anda berpeluang untuk menyediakan iklan yang ‘customized’, yang lebih personal mengikut jenis pelanggan. Tracking cookies yang pintar akan merekodkan maklumat pergerakan internet pelawat dan seterusnya ‘menghafal’ apa yang disukai oleh mereka.

Iklan-iklan yang telah di ‘customized’ ini akan menghasilkan kadar klik yang tinggi kerana pelanggan tertarik dengan tawaran produk yang memenuhi keperluan mereka. Kelebihan iklan-iklan retargeting di Facebook misalnya, ia lebih mudah ‘disedari’ oleh pengguna dan mereka cenderung untuk klik ke langkah seterusnya berbanding dengan iklan lain.

  • Iklan Retargeting Boleh Mensasarkan Audien yang Spesifik dan Menyampaikan Mesej Khusus

Katakan, seorang pelawat laman web anda telah membaca post anda berkenaan ‘marketing funnel’. Daripada post itu, pelawat yang telah beredar itu akan ‘diekori’ oleh cookies ke tempat-tempat yang dia jelajahi di internet.

Selepas mereka klik pada iklan retargeting anda, satu lagi pixels atau cookies akan ‘mengekori’ mereka di Facebook pula. Di sini, anda boleh sajikan mereka dengan iklan lain seperti tawaran webinar atau produk dengan harga diskaun. Pelanggan akan tertarik dengan iklan yang spesifik dan menawarkan penyelesaian kepada pencarian mereka.

  • Retargeting sebagai Medium Membina Hubungan dan Kepercayaan

Kita tidak boleh memaksa pelawat laman web kali pertama untuk terus menyedari kewujudan produk kita atau pun terus membeli. Dalam usaha membina hubungan dan kepercayaan kepada jenama dan produk yang kita bawa, prospek perlu selalu ‘melihat’ perkara-perkara baik tentang kita seperti orang yang sedang bercinta.

Tidak kenal maka tidak cinta, kan?

Begitulah juga yang cuba dilakukan dalam teknik retargeting ini. Teknik ini menjadikan pelawat kali pertama laman web anda tidak terus melupakan anda selepas pertemuan kali pertama. Iklan-iklan anda akan terus dipaparkan di semua lokasi internet yang disinggahi. Lama-kelamaan, produk anda sudah menjadi tidak asing lagi kerana selalu dilihat kempennya di sana sini.

[Artikel Lain : Tips Marketing Bagi Usahawan Baru]

Tapi, awas! Tidak perlu terlalu ‘mengekori’ dan memaksa prospek melihat produk anda. Cukup dengan menyediakan hanya beberapa iklan-iklan retargeting yang bermakna dan spesifik kepada audien yang disasarkan.

Prospek perlu berasa selamat dan selesa dengan iklan anda sebelum bersetuju untuk klik ke langkah seterusnya. Iklan-iklan tadi, apabila di ‘klik’, akan dilorongkan kembali ke laman web anda. Di situ nanti, prospek akan disajikan dengan lebih informasi berkenaan apa yang mereka cari.

Pada akhirnya mereka akan membuat keputusan sama ada ingin membeli atau tidak. Layanan yang baik dari awal pasti akan menghasilkan hasil yang baik juga. Daripada pelawat biasa, sudah bertukar menjadi pembeli.

Walaupun teknik retargeting ini adalah satu teknik yang berkesan, anda perlulah sentiasa peka dengan perubahan corak pemikiran prospek atau pengguna sedia ada.

Ada kalanya perlu sentiasa membuat ujikaji split test bagi menetapkan segmen pelanggan yang sesuai dengan mereka. Dunia marketing bergerak sangat laju dan pelanggan yang datang dan pergi juga berubah-ubah keperluannya.

Semakin kita mengenali prospek dan pelanggan kita, semakin baik kita boleh menyediakan iklan retargeting. Pelajarilah ilmu retargeting sehingga mencapai tahap pelanggan merasakan yang kita boleh ‘membaca’ fikiran mereka dan faham apa yang mereka benar-benar perlukan.

Kami baru melancarkan Panduan “Strategi & Taktikal FB Retargeting & Chatbot Automation” dalam format video.

Sekiranya anda berminat untuk upgrade & update ilmu anda, boleh klik gambar di bawah:


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *