9.8K - 9.8KShares
Mimpi seram untuk peniaga yang mempunyai kedai fizikal ialah bila tiada orang yang datang berkunjung ke kedai untuk jangka masa yang lama. Lebih teruk lagi kalau kedai sudah dibuka bertahun-tahun tapi orang masih tak tahu tentang kewujudan kedai kita.
Sekali sekala, kita tanya penduduk di sekitar sama ada mereka tahu nama dan lokasi kedai kita. Jika mereka masih belum tahu tentang kewujudan bisnes kita, ini bermakna kita masih belum menjalankan kempen pemasaran dengan betul.
Nak tahu sama ada kempen pemasaran kita berkesan ialah bila kita sebut nama kedai sahaja, mereka sudah tahu apa kedai tu jual. Sepertimana bila kita sebut Colgate, kita sudah tahu ianya adalah jenama untuk ubat gigi.
Ini langkah mudah yang anda boleh buat untuk kuasai 5km – 10km kawasan perniagaan.
1. Pasang bunting di setiap simpang besar dan kawasan pasar.
Print bunting bersaiz 2 kaki x 5 kaki @ 2 kaki x 6 kaki. Tidak perlu letakkan detail terlalu banyak dalam bunting kerana pemandu tiada masa untuk membacanya. Pasang di setiap simpang yang ada dan kawasan pasar. Tempat-tempat ini menerima trafik yang tinggi daripada penduduk sekitar.
Pasang bunting 2 – 4 kaki dari aras tanah bergantung kepada keadaan jalan. Tak perlu pasang terlalu tinggi. Cukup sekadar mata dapat melihatnya. Pastikan anda pasang dengan lesen. Jangan pasang secara haram. Tak sampai 2 hari dah kena buka.

2. Run Facebook Ads.
Run Facebook Ads secara rawak dahulu dan buat pin point 10km dari kedai. Kos pemasaran Facebook Ads adalah murah dan kita boleh mengira keberkesanan kempen.
Iklan dapat dihantar kepada orang ramai dengan lebih cepat. Ia seolah-olah kita menghantar flyers kepada orang ramai. Kita tidak perlu invest masa yang banyak. Cukup dengan satu klik sahaja.
Klik sini jika anda ingin belajar buat Facebook Ads untuk bisnes setempat.

3. Buat website dan letakkan kupon.
Apabila kita ada website, kita mempunyai online presence. Website boleh diakses 24 jam tanpa dikendalikan staff. Dalam website, kita letakkan kupon atau offer untuk orang yang datang ke kedai kita.
Dengan cara ini, kita boleh track sama ada mereka yang pergi ke website, berkunjung ke kedai kita.
Untuk kos buat website hanya dalam RM200 untuk domain dan hosting.

4. Lakukan secara istiqamah.
Sebenarnya kita perlu membuat kempen pemasaran sepanjang tahun. Untuk menjadikan kedai kita dikenali, memang kita perlukan penduduk di sekitar untuk lihat iklan tentang kedai kita berkali-kali.
Company besar seperti Milo sampai hari ni masih menayangkan iklan mereka di TV dan billboard.
5. Tunggu sahaja.
Tunggu sahaja bila orang kawasan anda kenal dengan bisnes anda. Insya Allah, bila mereka sebut nama kedai kita, mereka sudah tahu apa yang kita jual.
Pada masa ini mungkin kos pemasaran akan menjadi semakin rendah. Tahun pertama mungkin apabila kita spend RM5000 untuk pemasaran akan menghasil jualan RM20000. Tahun kedua mungkin walaupun kita spend separuh iaitu RM2500 akan menghasilkan jualan yang sama.
Ingin belajar bagaimana untuk membuat Facebook Ads untuk bisnes setempat?
Klik di sini untuk mendapatkannya.
9.8K - 9.8KShares
20 thoughts on “Bagaimana Cara Kuasai 5KM-10KM Kawasan Perniagaan Kita”
Terima kasih atas perkongsian tips pemasaran ini
Alhamdulillah..bertambah lg 1 ilmu pemasaran trm kasih puan Ainon
Alhamdulillah..bertambah lg 1 ilmu pemasaran trm kasih puan Ainon
Alhamdulillah..Tkasih atas ILMU yang sangat bermanfaat…
Syukran
Teringin juga nk timba ilmu ?
Pingback: Signboard Kedai – Perlu atau Tidak ?? – Pendapat, Idea & Inspirasi
idea yg sgt baik.. ilmu yg blh digunakan utk pemasaran.. tip elok nih. nk niaga apa plk ek.. tetiba rasa teringin nk niaga blk
fb ads
Alhamdulillah terima kaseh atas ilmu yang diberi
Selesai 1 masalah saya. Baca artikel ni terus dapat idea. Terima kasih. Info yang baik
Tq Coach!! Ilmu yang bermanfaat.
T.kasih byk2 atas perkongsian…
Terima kasih kerana berikan tips.
Terima kasih atas perkongsian ilmu
Terima kasih atas pencerahan yg diberikan. Sedikit sebanyak membantu saya untuk merangka plan pemasaran yang lebih efektif.
Ilmu yang bagus
Terima kasih atas pencerahan yg diberikan. Sedikit sebanyak membantu saya untuk merangka plan pemasaran yang lebih efektif.
Thanks you very2 much, for your information dear and need more again and again imformation.., I need more details and I want to learning more about business..
terima kasih banyak atas tips yang diberi