BAGAIMANA MEMBINA BISNES FUNNEL?

  • 10
  •  
  •  
  •  
  •  
    10
    Shares

Dalam artikel lepas, saya kongsikan 3 punca utama bisnes tak grow & masih stuck di tahap yang sama selepas dah bisnes 3-5 tahun. Kalau anda ada buat 3 punca/kesilapan di atas, anda wajib baca artikel ini sampai habis (walaupun agak panjang). Hal ini kerana, dalam artikel ini saya bagi penyelesaian dan cara atasi bagi punca/kesilapan dalam artikel yang lepas. Apa itu business funnel? Business funnel ialah tools untuk membina customer journey yang merangkumi marketing funnel & sales funnel. Apa manfaat membina customer journey?
  • Kita mudah mendapat pelanggan baru. Hal ini kerana kita sudah spend untuk kempen awareness & consideration.
  • Kita mudah menjaga pelanggan lama. Hal ini kerana kita sudah mula mendapat hasil dari pembelian ulangan dan new product offer.
  • Bisnes kita mudah untuk berkembang. Apabila cashflow kita mula seimbang & keuntungan naik, sangat mudah untuk bisnes kita berkembang.
Apa beza marketing & sales? Mudah sahaja. Anda ingat kata kunci ini. Marketing = Aktiviti bakar duit. Sales = Aktiviti bawa masuk duit. Apa itu marketing funnel? Proses untuk menukar dari strangers kepada cuba produk kita. Ya, waktu ini mereka belum bergelar customer lagi. Sebab kita kena terima hakikat bahawa kebanyakan first time buyer cuma nak cuba dahulu servis/produk kita. Sama juga apabila ada kedai makan baru buka di tempat kita. Mesti kita akan cakap, “Jom try rasa makanan kat kedai tu.” Setuju? Kalau sedap, kita akan makan lagi. Siap ajak orang lagi kan? Ini ialah rupa marketing funnel.
Awareness Consideration Conversion
Awareness: Kita buat audiens baru aware dengan brand kita. Cara yang baik, kita guna format problem awareness. Consideration: Kita beri free tips/solution kepada audiens dalam fasa awareness. Atau bahasa yang kita guna pakai ialah solution awareness. Conversion: Baru lah, kita offer produk kita kepada audiens yang dah masuk fasa awareness & fasa consideration. Biasanya, kita bagi kupon as trial. Apa itu sales funnel? Proses untuk menukar pembeli pertama kali kepada pembeli berulang kali. Seterusnya, menjadikan mereka duta kita. Duta as in mereka sukarela untuk rekomen dan bercerita tentang keseronokan puas hati menggunakan produk atau servis kita. Dan boleh deep dive lagi sampai customer kita jadi ejen atau rakan niaga kita. Oleh itu, sambil promote mereka boleh jana pendapatan. Ini rupa bentuk sales funnel.
Conversion Loyalty Advocacy
Conversion: Kita convert lagi pembeli kepada pembeli ulangan. Kita boleh buat pakej kegunaan 1 bulan atau 3 bulan. Loyalty: Kita mula offer mereka dengan produk atau servis baru. Kebiasaanya, kita akan bagi mereka special discount as existing customer. Advocacy: Kita ajak mereka untuk jadi ejen kita. Atau minta referral dari mereka. Ada juga yang kita buat customer stories. Dan jadikan sebagai kempen iklan. Kesimpulan Setiap bisnes mesti wajib ada bisnes funnel terlebih dahulu. Hal ini kerana, customer journey ialah nadi bisnes kita. Dengan bisnes funnel, kita boleh buat revenue forecast kita. Dengan bisnes funnel, bisnes kita lebih mudah berkembang.

Belajar Buat Marketing Menggunakan Funnel Yang Betul. Dapatkan nasihat Pakar Ads di ABS Digital hari ini.

Buat marketing semua orang boleh buat, buat marketing dengan cara dan funnel yang betul, itu perkara yang mencabar. Jika nak kami bantu setkan iklan, tak kiralah guna FB Ads, Instagram atau Google ads, boleh hubungi kami segera.


  • 10
  •  
  •  
  •  
  •  
    10
    Shares

1 thought on “BAGAIMANA MEMBINA BISNES FUNNEL?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *