7 Cara Naikkan Trafik Ke Kedai Atau Premis Anda

TRAFIK KE KEDAI
  • 296
  •  
  •  
  •  
  •  
    296
    Shares

Tak ramai pelanggan datang kedai anda ?

Rasa macam nak tutup kedai je sebab tak ada pelanggan , betul ? Anda jangan risau, tiada masalah yang  tak boleh nak selesaikan.

Bagi semua bisnes terutama sekali bisnes yang merupakan kedai ni, jumlah pelanggan yang datang, ataupun ‘footfall’ merupakan perkara yang paling penting bagi mengekalkan bisnes tersebut. Lagi ramai pelanggan atau footfall, lagi banyak pembelian, dan lebih tinggi jualan.

Berikut adalah 7 cara untuk anda meningkatkan jumlah pelanggan dalam bisnes anda.

1.Muka kedai yang mesra

Perkara pertama sekali untuk buat ramai pelanggan datang adalah muka kedai anda. Pelanggan beli ke tidak itu lain cerita, yang penting mereka masuk dulu kedai anda.

Muka kedai anda mesti lah mengalu-alukan kedatangan mereka, dengan hiasan yang menarik, dan membawa aura selesa kepada pengunjung.

Muka kedai ceria
Muka kedai yang mesra

2. Demo dan promosi

Berinteraksi dengan pelanggan juga mampu menarik perhatian mereka kepada bisnes anda.

Kalau anda perasan dekat pasar tani selalu buat macam ni. Ada penjual yang pakai mikrofon tunjuk demo tentang produk mereka, pelanggan yang ada soalan pun boleh tanya terus , secara tidak langsung terlibat sekali dalam demo tersebut.

Tunjukkan mereka produk anda, berikan sampel percuma, dan bagitahu promosi yang anda sedang ada sekarang.

3. Program loyalty pelanggan

Program loyalty ni mampu meningkatkan jualan melalui pelanggan sedia ada , yang pernah beli dengan anda.

Tujuan program ni adalah supaya pelanggan akan beli lagi dengan kita.

Contohnya, berikan mereka kupon 50% sempena hari jadi mereka, ataupun kasi mereka free gift bila mereka datang balik dan beli dengan anda buat kali kedua, dan macam lagi.

Pelanggan yang rasa dihargai dan diberikan value akan lebih cenderung untuk jadi pelanggan setia anda.

Loyalty program

4. Marketing setempat

Anda boleh buat marketing di sekitar kawasan anda, seperti edarkan flyers , tampal poster, upah majalah tempatan, dan sebagainya.

Anda boleh juga menyumbang kepada aktiviti tempatan seperti menjadi penganjur majlis makan ABC atau program tempatan, dan  letakkan nama bisnes anda sekitar majlis tersebut untuk menarik perhatian penduduk tempatan.

Contoh lain, anda boleh  berikan baju yang ada tulis bisnes anda, secara percuma kepada mereka, untuk meningkatkan awareness ataupun kewujudan bisnes anda di kalangan orang ramai.

5. Online-kan bisnes anda

Contohnya anda boleh buat media sosial bisnes untuk menarik perhatian pelanggan yang banyak melepak di media-media sosial ini.

Kehadiran online berpeluang untuk bagitahu pelanggan tentang kewujudan bisnes anda.

Kalau nak lebih maju, anda boleh jual produk anda secara online di mana pelanggan boleh beli produk anda atas talian, seperti lazada, shopee, dan mudah.my.

6. Ceritakan kelainan anda

Dalam aktiviti marketing anda, ceritakan pelanggan tentang kekuatan anda.

Kadang-kadang pelanggan tak jelas dengan mesej yang bisnes anda cuba bawa. Mereka anggap bisnes anda ni sama je dengan kedai-kedai sebelah anda.

Jadi dengan kelainan , ataupun USP (unique selling proposition) yang bisnes anda tawarkan, pelanggan akan nampak kenapa mereka patut beli dengan anda berbanding kedai yang lain yang mungkin menjual benda yang lebih kurang sama dengan anda.

7. Fokuskan CRM (Customer Relationship Management)

Anda boleh kumpul data-data bisnes dari pelanggan anda, dan daripada data-data itu anda boleh merangka strategi yang sesuai supaya servis yang ditawarkan lebih efektif kepada pelanggan.

Ini merupakan hubungan 2 hala, jadi anda perlu ambil tahu tentang pengalaman pelanggan dengan produk atau servis anda.

Anda mungkin rasa anda dah buat yang terbaik, tapi itu hanyalah pandangan saja. Anda perlukan bukti, dan data untuk menyokong strategi anda dan yang paling penting, dapat berikan yang terbaik untuk pelanggan.

Semoga anda berjaya dapatkan pelanggan baru dengan cara-cara ini. Mungkin anda sendiri ada idea dan strategi untuk meningkatkan footfall atau bilangan pelanggan yang datang ke kedai anda, yang penting, anda laksanakan pelan dan idea tersebut.

Sekarang, anda sudah belajar 7 cara menaikkan trafik ke kedai anda. Namun, masih ramai kedai yang akhirnya gulung tikar juga.

Apa sebenarnya yang berlaku? Trafik dah banyak pun kedai masih tak dapat bertahan.

Punca utama ialah mereka gagal mengekalkan pelanggan yang datang ke kedai mereka. Biasa lah, pesaing baru sentiasa wujud.

Oleh itu, kami serius nak bantu anda. 100% percuma. Tak perlu bayar apa-apa. Kami nak berkongsi…

6 Strategi Mengekal Pelanggan Ke Kedai/Premis Anda.

Terus baca percuma. Klik sini untuk membacanya.




  • 296
  •  
  •  
  •  
  •  
    296
    Shares

1 thought on “7 Cara Naikkan Trafik Ke Kedai Atau Premis Anda”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *