BAGAIMANA WAZE BOLEH MENINGKATKAN SALES KEDAI MAKAN ANDA HINGGA TIGA KALI GANDA

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

BAGAIMANA WAZE BOLEH MENINGKATKAN SALES KEDAI MAKAN ANDA HINGGA TIGA KALI GANDA

Waze merupakan salah satu aplikasi yang wajib ada dalam setiap telefon pintar pada masa kini. Kepentingannya dalam menunjukkan jalan amat berguna dalam pemanduan. Waze mampu menunjukkan jalan yang paling cepat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi.

Mungkin ada yang membandingkan Waze dengan Google Map. Namun sebenarnya Waze memberi maklumat yang lebih terperinci berbanding Google Map seperti maklumat mengenai trafik yang banyak, notis kehadiran polis serta lokasi kamera had kelajuan.

Namun tahukah anda, para pemilik kedai makan sebenarnya boleh memanfaatkan kelebihan Waze ini untuk meningkatkan lagi sales kedai makan anda hingga tiga kali ganda!

Bagaimana?

Seperti yang kita maklum, Waze berfungsi untuk menunjukkan perjalanan seseorang menuju ke destinasi. Sepanjang perjalanan, pastinya mata kita juga tertumpu pada Waze di telefon pintar. Selain menunjukkan anak panah menuju ke destinasi, Waze juga menunjukkan kedai-kedai dan nama bangunan di sepanjang perjalanan.

Ditujukan kepada pelanggan yang tepat

Di sinilah pemilik kedai makan boleh mengambil peluang keemasan yang terhidang. Kita boleh meminta Waze meletakkan kedai makan kita dalam aplikasi mereka, menjadikan para pengguna Waze dapat melihat lokasi yang tepat kedudukan kedai makan kita jika mereka berada berdekatan dengan kedai makan anda.

Ini bermakna Waze hanya menunjukkan kedai makan anda kepada mereka yang memang hampir dengan kedai makan anda, atau dalam erti kata yang mudah, mereka menunjukkan kedai anda kepada orang yang betul-betul tepat!

Waze juga akan mengiklankan kedai anda dengan meletakkan carian perniagaan anda di tempat teratas dalam senarai serta mencipta ‘billboard’ kedai anda dengan syarat anda membayar sejumlah harga mengikut bajet anda sendiri.

Masih ragu?

Peluang Keemasan

Menurut Waze, malaysia kini mempunyai seramai 6.3 juta pengguna aktif bulanan. Malah, setiap pengguna menggunakan aplikasi ini secara purata selama 72 minit setiap hari. Manakala 56 kilometer adalah kiraan jarak purata yang dilalui pengguna dalam masa sehari.

Anda boleh nampak kini betapa besarnya potensi untuk anda mengiklankan perniagaan kedai makan anda di Waze? Seperkara yang cukup menarik, mereka yang menggunakan Waze secara tidak langsung sebenarnya adalah mereka yang tidak biasa melalui jalan itu. Bermakna, mereka juga tidak tahu kedai makan mana yang terbaik jika mereka mahu singgah untuk makan.

Bayangkan jika kedai makan anda terpampang di skrin hp mereka, adakah mereka masih mahu mencari kedai makan yang lain? Pastilah tidak, bukan.

Sebagai peniaga yang sentiasa mahu melihat kedainya semakin berkembang maju, peluang ini tidak seharusnya dilepaskan begitu saja. Benar, untuk mendapatkan carian yang teratas di Waze memerlukan kita mengeluarkan bajet. Namun anda juga boleh memasukkan lokasi atau kedai makan anda di Waze secara percuma sahaja.

Seperkara lagi, dengan meletakkan kedai anda dalam Waze, bermakna para pengguna Waze dapat mengesan dan membuat carian mengenai kedai anda. Anda juga boleh berkongsi lokasi kedai makan anda dengan lebih tepat kepada para pelanggan anda. Tidaklah mereka tersesat dan pergi pula ke kedai lain.

Malaysia kini berada dalam carta 10 teratas pengguna Waze yang paling ramai di dunia. Perniagaan anda yang diiklankan melalui Waze sudah pasti akan menarik lebih ramai pelanggan kerana bilangan pengguna aplikasi ini sendiri yang sudah ramai. Buat pemilik premis perniagaan, jangan terlepas peluang keemasan ini!

Belajar lagi cara naikkan jualan kedai/premis/bisnes setempat anda dengan panduan step by step FB Ads setempat.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *