Bisnes Startup dan Cabarannya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Buat bisnes ni tak semudah yang anda bayangkan.

Kalau anda ingat bisnes ni jalan mudah untuk anda jadi kaya, hidup lebih senang, dapat banyak lagi masa untuk diri sendiri, percayalah anda tak akan dapat bertahan lama.

Tapi katalah anda telah membuat langkah pertama dan dah masuk ke alam bisnes, apa cabaran untuk bisnes yang baru mula ni?

Setiap fasa bisnes ada cabarannya sendiri, lebih-lebih lagi bila anda baru je mula buat bisnes.

Dalam post ni saya kongsikan cabaran-cabaran bisnes startup.

1.Keseorangan dan rasa ragu-ragu

Anda mungkin ramai kawan dan kenalan yang anda boleh lepak bila-bila masa. Tapi apa pun, anda masih lagi perlu korbankan masa untuk fokuskan bisnes anda.

Bila anda membina bisnes anda sorang diri, memang senang untuk anda meragukan apa yang anda buat ni, lagi-lagi bila tak ada pendapatan yang stabil.

Tapi usahlah putus asa. Solusinya, anda kena ada tujuan yang jelas. Kenapa anda mulakan bisnes tu? Apa sumber motivasi yang menyebabkan anda mulakan bisnes? Benda tulah yang akan menjadi semangat kita bila keadaan sekeliling menjadi sukar.

Anda juga kena plan masa dengan keluarga dan juga plan untuk bisnes. Dengan bisnes plan, anda dapat tengok prestasi bisnes dan pastikan perjalanan bisnes anda sentiasa tersusun.

2. Menyumbang bisnes anda

Melainkan anda pinjam duit orang, atau memang dah ada duit yang banyak, memang susah nak bayar kos-kos bisnes anda. Lagi-lagi bila bisnes yang baru nak mula dan untung tak berapa nak banyak.

Yang penting anda asingkan duit peribadi dan duit bisnes. Jangan cepat terpengaruh untuk beli benda yang tak perlu.

3. Masa yang terhad

Untuk bisnes startup ni, kita kena luangkan lebih banyak masa sikit. Ibaratnya macam bayi lah. Memerlukan lebih banyak perhatian, sebab waktu dia kecil lah kita kena jaga betul-betul, baru boleh membesar dengan sihat dan kuat.

Dan kebanyakan masanya, kita menggunakan masa lapang. Jadi kita mungkin tak dapat luangkan masa dekat benda lain macam hobi, masa dengan keluarga, ataupun masa untuk lepak dengan kawan-kawan.

Solusinya, anda belajarlah susun masa anda dengan betul. Antara cara yang anda boleh cuba adalah teknik Pomodoro yang membolehkan anda siapkan banyak benda dalam masa yang singkat.

4. Stress

Bayangkan bila baru buat bisnes ni, kita tak ada SOP lagi, tak ada job lagi, tak ada jualan lagi. Masa macam ni memang ramai yang akan meragukan anda.

Dahla masa tak cukup, kita pula buat sorang-sorang, duit tak banyak, itu belum soal kerja yang nak siapkan lagi.

Kawan-kawan, ahli keluarga, hampir semua orang akan menyoal dan meragukan keputusan bisnes anda.

Itu kalau anda buat bisnes sepenuh masa, kalau separuh masa?

Lagi lah stress nak bahagikan masa dan kerja yang anda tengah buat dan juga bisnes anda.

5. Menjaga kesihatan

Bila kita terlalu fokus dengan bisnes, kadang-kadang kita lupa nak jaga kesihatan.

Ada malam yang kita tak tidur, tidur 3-4 jam saja, tak jaga makan, makan tak cukup, ataupun tak ada masa nak bersenam.

Mungkin anda rasa, dengan mengurangkan masa untuk tidur, anda dapat tingkatkan prestasi bisnes.

Tapi hakikatnya anda kenalah jaga kesihatan anda. Bisnes anda adalah cerminan diri anda. Kalau diri anda sihat, kuat, dan fokus untuk membesar, begitu juga bisnes anda. Oleh itu, jaga lah kesihatan anda.

Jadi itulah cabaran-cabaran yang dihadapi bisnes startup.

Nak buat bisnes ni sebenarnya satu jalan yang penuh dengan cabaran. Memang ramai yang buat bisnes, tapi tak ramai yang mampu kekal dalam bisnes.

Berniaga ni satu pekerjaan yang mulia sebab nabi dulu pun berniaga. Orang yang buat bisnes ni kuat-kuat belaka. Sebab mereka banyak hadapi cabaran-cabaran yang luar biasa.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *