BOLEHKAH MELETAKKAN MEJA MAKAN DI PETAK LETAK KERETA?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mesti best kalau dapat makan malam sambil menghirup udara yang segar sambil melihat langit yang indah. Anda mungkin dapat pengalaman tersebut dengan semudah makan di kedai makan sahaja.

Pilihlah untuk duduk di luar, atau secara mudahnya di meja yang berada di atas tempat petak kenderaan. Sambil menunggu makanan sampai, anda bolehlah menghirup udara malam yang nyaman bersama dipayungi langit nan indah.

Namun tahukah anda, apakah sebenarnya dibolehkan untuk meletakkan meja makan di petak letak kereta? Jika difikirkan secara logik pun, petak itu dikhaskan untuk kereta. Kenapa diletakkan meja?

Malah meja yang diletakkan di petak letak kereta juga turut membahayakan pelanggan. Terdapat beberapa kemalangan yang disebabkan kenderaan lain melanggar meja makan yang diletakkan di petak letak kereta ini.

Dalam masa yang sama, bila petak letak kereta ini diletakkan meja makan, ianya akan mengundang kesesakan di kawasan tersebut. Apa yang pasti, pemandu akan mengalami kesukaran untuk meletakkan kenderaan lantaran petak letak kereta telah digunakan untuk meletakkan meja makan.

Anda juga pasti pernah melihat Majlis Perbandaran di kawasan anda yang mengangkat dan menyita meja makan yang diletakkn di petak letak kereta ini.

Jadi, boleh atau tidak sebenarnya meletakkan meja di petak letak kereta?

Jawapannya boleh. Dengan syarat mendapat kelulusan majlis perbandaran kawasan tersebut. Bahasa yang lebih tepat ialah kita menyewa kaki lima atau petak letak kereta tersebut.

Syarat-Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk menyewa petak letak kereta ini berbeza antara majlis perbandaran di Malaysia. Bayaran sewaan juga berbeza mengikut majlis perbandaran. Namun secara asasnya, inilah antara syarat yang biasanya diletakkan oleh setiap majlis perbandaran buat pemilik kedai makan yang mahu menggunakan petak letak kereta:

  • Setiap permohonan hendaklah terlebih dahulu mendapat keputusan pihak majlis perbandaran kawasan tersebut.
  • Kawasan jalan yang disewa hendaklah terkawal dari kesesakan lalu lintas.
  • Bayaran hendaklah dijelaskan selepas permohonan diluluskan.
  • Sekiranya penyewa gagal menjelaskan bayaran sewaan Tempat Letak Kereta dengan ini pihak majlis perbandaran, mereka boleh mengeluarkan kompaun dan menyita barang dagangan di petak Tempat Letak Kereta.
  • Penyewa tidak dibenarkan membasuh, mencuci, memasak dan membina apa-apa binaan dan di dalam petak sewaan.
  • Penyewa hendaklah mematuhi undang-undang kecil dan akta yang digunapakai oleh majlis perbandaran kawasan tersebut dari semasa ke semasa. Sekiranyaa gagal, penyewa boleh dikenakan kompaun.
  • Pemohon hendaklah meletakkan kun-kun keselamatan dan menerangkan (lampu) di kawasan tempat letak kereta.
  • Kelulusan hanya dibenarkan dihadapan premis perniagaan sahaja.
  • Jangkamasa sewaan tempat letak kereta dibenarkan mengikut masa yang ditetapkan.
  • Sebarang kemalangan, kecurian, keselamatan pelanggan dan orang awam di kawasan sewaan tempat letak kereta adalah tanggungjawab pemohon. Pihak majlis perbandaran kawasan tersebut tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan keselamatan dan kecurian di kawasan sewaan Tempat Letak Kereta.

Biasanya permohonan hendaklah dikemukakan menggunakan Borang Permohonan yang disediakan di kawasan majlis perbandaran kawasan anda bersama:

  • Salinan Lesen Perniagaan majlis perbandaran kawasan anda yang sah tempohnya.
  • Salinan Pendaftaran Perniagaan SSM.
  • 1 gambar kedudukan petak/tapak.

Apabila anda telah menyewa tapak letak kereta, pastikan anda jangan culas membayar sewaan pada setiap bulan. Takut-takut pihak majlis perbandaran akan menyita meja dan kerusi. Apapun, apa yang penting ialah isu keselamatan. Jangan pula membahayakan pelanggan anda demi mahu mengaut keuntungan semata-mata.

Jangan langgar peraturan, perniagaan anda pasti lebih berkat.

Belajar lagi cara naikkan jualan kedai/premis/bisnes setempat anda dengan panduan step by step FB Ads setempat.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *