10 Cara Menjual Produk Digital Tanpa Kos Marketing

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Semakin ramai peniaga di luar sana yang beralih daripada menjual produk fizikal kepada produk digital. Antara faktor utama ialah margin keuntungan yang lebih tinggi. Malah, menjual produk digital juga lebih mudah kerana kita tidak perlu pening dengan urusan penghantaran mahupun isu kehabisan stok.

Untuk artikel ini, kami ingin berkongsi 10 cara menjual produk digital tanpa kos marketing.

1. Penulisan Artikel di Blog

Antara carian yang dipercayai ialah artikel di blog. Semakin ilmiah artikel yang ditulis, semakin tinggi kepercayaan yang boleh dihasilkan. Anda boleh tulis artikel yang berkaitan dengan produk digital yang anda mahu jual. Di akhir penulisan, anda bolehlah membuat jualan bagi produk digital tersebut.

Sebagai contoh, anda menjual produk digital  bagi Ebook Copywriting. Lalu anda tulis artikel berkaitan kepentingan copywriting sehinggakan pembaca dapat merasakan bahawa copywriting sememangnya sangat penting dan mereka perlu mempelajari ilmu copywriting.

Di akhir artikel, bolehlah anda cadangkan kepada pembaca blog anda untuk membeli produk digital Ebook Copywriting yang anda jual.

Cara sebegini bukan sekadar berkesan, malah dapat meningkatkan kepercayaan pembaca kepada kita. Jika mereka percaya, maka mengapa tidak mereka membeli dari anda?

[Baca Juga : Cara Tepat Melakukan Pemasaran Untuk Kedai Makan & Restoran ]

2. Review Produk di Youtube

Youtube merupakan enjin carian yang cukup diminati oleh masyarakat dewasa kini. Tidak hairanlah youtube menjadi lubuk bagi peniaga online dalam mengiklankan produk mahupun servis mereka.

Antara video yang cukup berkesan untuk menjual produk digital di youtube dengan cara membuat video review. Anda boleh hasilkan video yang menunjukkan review anda selepas mendapatkan produk digital yang anda mahu jual.

Semakin panjang review video yang diberi, semakin tinggi keyakinan yang kita boleh masukkan dalam minda penonton. Tetapi jangan pula membuat video yang terlalu panjang hingga membuatkan penonton takut untuk menekan butang play.

Jangan lupa untuk letakkan link di video tersebut. Minta juga penonton untuk subscribe channel anda.

3. Iklankan Di Website Pengiklanan Percuma

Jangan lupa untuk letakkan juga produk digital anda di platform website pengiklanan. Terdapat banyak website pengiklanan yang mana anda boleh mengiklankan produk digital anda secara percuma sahaja.

Antara website pengiklanan percuma yang anda boleh gunakan untuk mengoptimumkan jualan seperti mudah.my, Shopee, Lazada, 11st (11 Street), majalah.com, iklankosmo.com, iklan101.com, dan perbagai lagi.

4. Facebook Group

Pengiklanan di Facebook Group bukanlah sesuatu yang asing lagi. Namun, ramai yang memandang sebelah mata atau kurang yakin. Sebenarnya kita perlu memilih Facebook Group yang aktif agar iklan kita dapat dilihat oleh ahli group.

Untuk membuat iklan dalam Facebook Group, copywriting tidak perlu ditulis panjang. Apa yang penting ialah kita membiarkan prospek untuk meninggalkan komen di bahagian post kita, lalu kita tarik mereka yang meninggalkan komen tersebut untuk klik ke website jualan.

5. Twitter

Twitter termasuk antara media sosial dalam kategori microblogging. Tidak ramai yang menggunakan twitter jika mahu dibandingkan dengan penggunaan Facebook mahupun Instagram di Malaysia. Namun sebenarnya inilah peluang terbaik untuk kita membuat duit dengan Twitter.

Lebih menarik, pengguna Twitter sebenarnya dapat meningkatkan keyakinan pelanggan lantaran kurangnya pengguna Twitter di Malaysia. Jika masih belum ada Twitter, bolehlah anda daftar sekarang, seterusnya mula membuat jualan produk digital di sana.

Mahu idea lain? Anda upload status di Twitter, kemudian anda screenshot dan kongsikan di Facebook anda. Menarik, bukan?

6. WhatsApp

Jangan tidak tahu bahawa sebenarnya kita juga boleh mengiklankan produk fizikal di WhatsApp. Malah, ianya sangat berkesan jika kena dengan tekniknya. Antaranya, anda boleh membuat group whatsApp. Dalam group ini, anda hanya perlu invite mereka yang berminat dengan produk digital yang anda ingin jual sahaja.

Perlu juga diingat bahawa jangan sesekali membuat hard sell pada permulaan perbualan dalam WhatsApp Group. Mulakan dengan menceritakan kelebihan dan kepentingan memiliki produk digital sebelum membuka jualan buat ahli group whatsApp.

7. Telegram

Sama seperti WhatsApp, kita juga boleh membuat group dalam Telegram. Lebih menarik apabila kita boleh menarik bilangan ahli group dalam Telegram lebih ramai berbanding group WhatsApp.

Kelebihan lain Telegram berbanding WhatsApp ialah kita boleh membuat Channel Telegram kita sendiri. Dengan penggunaan Channel Telegram, kita boleh berkongsi ilmu dan iklan tanpa gangguan daripada ahli Channel Telegram yang lain.

[Baca Juga : Tips Marketing & Sales Untuk Usahawan Baru ]

8. Personal Facebook

Jika kita mahu menjual produk digital di media sosial tanpa sebarang modal, pastinya Personal Facebook wajib berada dalam senarai.

Berbeza dengan Page Facebook yang mana agak sukar posting kita naik di news feed, status yang dimuat naik di Personal Facebook lebih mudah dilihat oleh pengguna Facebook. Jualan juga lebih mudah dibuat di Personal Facebook kerana kenalan dalam dunia Facebook lebih mengenali diri kita.

Namun, pastikan anda jangan terlalu upload status yang hard sell, sebaliknya gunakan medium Facebook sebagai medan untuk kita bersosial.

9. Forum

Mungkin platform ini tidak seaktif dahulu, namun Forum tetap satu tapak yang mampu menarik perhatian pembeli. Antara Forum yang boleh menjadi pilihan bagi menjual produk digital ialah carigold dan lowyat.net.

10. Produk Digital Percuma

Inilah teknik terbaik yang cukup berkesan untuk menjual produk digital di laman sosial.

Jika kita menjual Ebook Copywriting contohnya, maka beri Ebook Copywriting percuma terlebih dahulu. Dalam ebook tersebut, ceritakan kepentingan copywriting serta kelebihan membeli Ebook Copywriting yang anda jual.

Begitu juga jika menjual Video tutorial contohnya. Beri akses video secara percuma terlebih dahulu sebelum mengajak penonton untuk membeli full video.

Jika menjual produk digital berasaskan sistem, kita boleh beri pengguna merasai sistem kita secara percuma dalam tempoh percubaan.

Semoga 10 cara menjual produk digital tanpa kos marketing ini berjaya membantu meningkatkan jualan anda.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *