Cara Sasarkan Iklan FB Ads Kepada Pemilik Bisnes

  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share

Facebook Ads sekarang, anda hampir boleh jual dekat sesiapa pun dekat dunia ni. Jual lah dekat sesiapa pun, orang yang baru kahwin ke, orang yang tengah bertunang, orang yang berpendapatan RM10 ribu ke atas, orang yang tinggal di Shah Alam dan bekerja sebagai cikgu, dan macam lagi.

Katalah anda dalam bisnes B2B, contohnya anda menjual servis banner untuk kedai-kedai kecil, atau bisnes apa pun yang target pemilik bisnes. Macam mana nak target mereka ni?

Dalam post ini, saya kongsikan cara untuk anda target pemilik bisnes atau bisnes-bisnes kecil.

1. Tetapkan tempat yang anda nak iklankan.

Contohnya, anda nak jual servis banner kepada bisnes-bisnes sekitar kawasan yang dekat dengan anda. Takkan anda nak set lokasi 1 Malaysia betul? Bazir duit iklan je.

Jadi anda tetapkan location di settings FB Ads , masukkan alamat kedai anda. Nanti dia akan ‘pin’ location yang anda masukkan dan anda boleh tetapkan jarak sejauh mana anda nak orang nampak iklan anda dari location yang anda tetapkan tadi.

Ibaratnya, anda letak satu titik di atas peta, dan lukis bulatan keliling titik itu. Saiz bulatan tu melambangkan sejauh mana anda nak iklankan dekat orang, kalau jarak kecil macam 2 km, bulatannya kecil, mungkin area Seksyen 7 je nampak iklan anda. Kalau saiz besar, jarak mungkin 5 km, lagi besar bulatan anda, mungkin orang sampai Klang akan nampak.

Tambahan pula, anda di syorkan untuk memilih tetapan ‘everyone in this location‘ berbanding ‘people who live in this location ‘. Tetapan tersebut akan target orang yang berada di kawasan anda. Sebaliknya, kalau anda pilih orang yang tinggal kawasan anda itu, mungkin pemilik kedai di kawasan anda tak tinggal situ, mungkin dia tinggal di Cheras contohnya, jadi dia tak akan nampak iklan anda. Jadi sebab tu, anda pilih settings orang yang berada di situ (everyone in this location) berbanding orang yang tinggal di situ( people who live in this location).

2. Set targetting anda

Jadi anda dah selesai tetapkan location anda. Itu baru separuh, separuh lagi adalah nak define atau skopkan target audience anda.

Anda boleh skopkan target audience atau pelanggan anda, dengan menggunakan ‘detailed targetting’.

Pertama sekali, anda tetapkan industri anda. Jadi, anda boleh klik ke bahagian ‘behaviors’ dan cari ‘small business owners’, jadi di sini anda dah fokuskan sikit pelanggan anda iaitu pemilik bisnes kecil.

Kemudian anda pergi demographics >> work >> job titles , dan anda pilih pemilik bisnes itu, contohnya CEO, atau founder, atau owner.

Memandangkan anda menjual servis kepada bisnes-bisnes kecil ni, logiklah untuk anda target mereka, sebab segala keputusan untuk bisnes itu mereka yang buat.

Kalau anda nak lagi spesifik, anda boleh pergi ke income , dan pilih range jumlah pendapatan pelanggan anda. Contohnya anda nak target pemilik bisnes yang pendapatan tinggi, jadi anda boleh letakkan range $50,000 -$100,00.

Kesimpulannya, kalau anda nak buat iklan yang target pemilik bisnes yang berdekatan dengan anda, anda perlu tetapkan location kedai anda dan tetapkan besar mana jaraknya, dan define ciri-ciri pelanggan anda itu. Mudah kan?




  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *