Fasa Satu - Get

Ditulis oleh Tim ABS Digital

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Cakap mudah ialah kita mesti memperoleh seberapa banyak customers yang boleh. Oleh itu, kita mesti mahir untuk convert dari prospect kepada customers.

Di sini, kita wajib mahir marketing funnel.

Ini bentuk marketing funnel. Dari gambar rajah di atas, ada lagi 3 fasa iaitu:

  • Lead Generation
  • Lead Nurture
  • Sales

Kita masuk dahulu dalam bahagian pertama iaitu Lead Generation.

LEAD GENERATION

Senang kata, kita mahu tarik lebih banyak trafik masuk ke funnel kita. Biasanya, kami akan guna pelbagai cara untuk dapatkan target market yang lebih tepat.

Ada 3 cara iaitu:

  • Flex Targeting
  • Pool Building
  • Shout Out

Cara 1- Flex Targeting

Kalau tuan/puan pengamal FB Ads, kebanyakkan orang mesti gabung semua interest dalam 1 kotak.

Supposely, setiap interest 1 kotak kemudian kita pilih narrow audiens supaya lebih ultra laser targeted.

Saya bagi contoh:

Anda jual baju produk kecantikan. Target market tuan/puan ialah wanita yang sudah berkahwin, minat skincare & minat Nora Danish.

Lihat gambar di bawah:

Flex Targeting (Potential Reach lebih rendah dan targetted)

Non-Flex Targeting (Potential Reach terlalu ramai dan tak spesifik)

Cara 2 - Pool Building

Kita himpun audiens dalam 1 kolam dengan menggunakan content. Contoh, tuan/puan jual produk minda.

Kita guna video yang berkongsi tips atau petua yang bantu meningkatkan kecerdasan anak-anak target market kita.

Kalau kita guna FB Ads, kita boleh optimize fungsi retargeting. Hal ini kerana kita boleh hantar semula iklan kepada yang dah tengok video kita.

Malah lebih super targeted apabila kita boleh hantar kepada yang dah tengok video kita selama 50%, 70% atau 90%.

Cara 3 - Shout Out

Straight to the point, kita panggil target market kita sahaja. Contoh, kita jual seluar ibu mengandung.

Kita hanya buat iklan semudah,

Siapa ibu yang sedang hamil? Saya nak bagi 5 tips menjaga kandungan supaya selamat & sihat. Komen “NAK”.

Mudah kan?

Lihat lagi contoh yang kami buat.

Next, kita masuk kepada Lead Nurture.

LEAD NURTURE

Lead dah masuk, apa perlu buat?

Kita boleh entertain lead yang masuk dengan content. Ini fasa untuk kita buat mereka suka & percaya dengan brand kita.

Platform untuk deliver content freebies yang terbaik ialah website atau video. Hal ini kerana kita boleh guna fungsi retargeting FB Ads.

Kita boleh buat 2 cara iaitu:

Cara 1 - Periodic Content

Periodic content seperti content mingguan, bulanan. Memang yang kita dah susun dari awal. Oleh itu, kita boleh hebahkan kepada mereka.

Kita boleh juga bagi beberapa freebies seperti template, cheatsheet, ebook, video untuk boost lagi trust mereka.

Cara 2 - Structured Content

Periodic content seperti content mingguan, bulanan. Memang yang kita dah susun dari awal. Oleh itu, kita boleh hebahkan kepada mereka.

Kita boleh juga bagi beberapa freebies seperti template, cheatsheet, ebook, video untuk boost lagi trust mereka.

Structured content seperti content yang kita susun dari Awareness kepada consideration kepada conversion.

Retarget audiens dengan high quality content. Penggunaan FB Ads sangat membantu. Kos retargeting juga masih rendah.

Selain dari content mingguan, kita boleh masukkan testimoni, case study, product promotion.

Contoh:

Awareness

7 Punca Anak Lambat Menghafal

Consideration

15 Petua Semulajadi Menaikkan IQ Anak

Conversion

5% Diskaun Suplemen IQ XYZ.

Finally, baru lah kita masuk kepada Sales.

 

SALES

Kita kena faham bahawa zaman sekarang, persaingan sangat sengit. Percambahan produk/servis sangat laju seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Oleh itu, kita mesti masuk dengan low entry seperti harga percubaan, free trial, free sample dan lain-lain yang harga rendah.

Kemudian, baru kita boleh masuk dengan harga kita nak cas. Kita pun dah GET Customers. Hanya ulang-ulang sampai dapat lagi banyak customers.

Ilmu yang wajib kita mahir ialah ilmu close sales. Biasanya, kami akan follow rules LRT iaitu Listen, Relate & Transition.

Listen

Kita dengar curhat (curahan hati) atau masalah mereka. Semasa ini, kita hanya diam & angguk sahaja. Jadi yes man.

Relate

Kita mula relate masalah mereka dengan penyelesaian yang kita dah beri kepada orang lain & terbukti berkesan

Transition

Selepas kita bagi beberapa free solution, kita boleh terus pitch servis kita kepada prospek beserta beberapa offer.

Biasanya untuk sebut harga, kami akan guna formula.

$$ = A + B + C;

A = Harga bagi produk yang dibeli.
B = Senarai bonus istimewa.
C = Extra bonus kalau proceed within 24-48 hours.

Contoh:

“Harga produk RM70. Bonus kami bagi free gift & free postage. Kalau bank in dalam 24 jam, kami bagi RM65. Extra discount RM5.”

 

Tamat Fasa 1 – Get. Klik butang dibawah untuk fasa seterusnya.

No. 26-2F, Jalan Setia Perdana BB U13/BB, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan