Fasa Dua - Keep

Ditulis oleh Tim ABS Digital

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapat juga pelanggan, actually bukan pelanggan. Hal ini kerana mereka yang membeli pertama kali cuma mahu cuba produk/servis kita.

Kami cuba untuk tahu kualiti, fungsi & pengalaman menggunakan produk/servis kita. Oleh itu, kita wajib beri yang terbaik kepada mereka.

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh usahawan ialah selepas pembelian terus terputus contact sampai la ada hari promosi.

Hal ini menyebabkan sukar untuk pelanggan kita untuk beli berulang kali dan menjadi die hard fan.

Oleh itu, Fasa KEEP merupakan kunci kejayaan untuk buat pelanggan kita beli berkali-kali sampai jadi die hard fan.

Berdasarkan GKG Funnel, ada 5 cara iaitu knowledge community, outreach program, contest/event, product updates & loyalty program.

Let’s get down to each point:

Knowledge Community

Kita kumpul mereka dalam platform yang memudahkan kita menyebarkan ilmu atau posting ilmiah terbaru kita kepada mereka.

Banyak yang kita boleh guna antaranya:

  • Autoresponder
  • Manychat
  • Telegram group
  • FB group
  • Membership

Kita boleh berkongsi content-content premium kepada pembeli kita. Of course, content pembeli tak sama dengan content bukan pembeli.

Sebaiknya, tuan/puan susun jadual content posting supaya mudah kerja pengedaran content dapat dilakukan.

Kerja pengedaran ini melibatkan setting auto publishing, setting teaser, setting post publishing dan lain-lain.

Outreach Program

Konsep outreach program ialah lebih kepada community services. Kita turun padang dan menjaga kebajikan lebih ramai orang.

Bagi brand yang besar seperti Petronas, outreach program mereka berbentuk bantuan gotong royong, bantu orang susah & anak yatim.

Dalam kes kita sebagai seorang usahawan, kita boleh mengambil contoh dengan memilih pelanggan yang bertuah untuk kita bantu.

Kita boleh bantu dengan beri consultation premium kepada pelanggan yang kita pilih. Boleh jadi juga dalam bentuk produk/servis kita.

One of idea is kita jadikan sebagai tradisi, sebulan kita pilih 1 pemenang. Means, beli & menang hadiah sumbangan dari company.

Maybe boleh jadi daya penarik untuk boost sales company dengan mewujudkan insentif outreach seperti ini.

Contest / Event

Semua orang suka contest. Sebab boleh menang something for free. Contohnya, buat contest bulanan seperti tulis review & menang cash RM100.

Contest dalam fasa keep ini memang kita entertain pembeli kita sahaja. Sebab itu, saya beri contoh tulis review dan menang.

Sambil kita buat contest, kita boleh collect banyak success story yang fresh dan always up-to-date.

Bagaimana nak execute?

  1. Paling mudah ialah kita just blast whatsapp atau email kepada database pembeli kita. Kemudian letak due date. Then pilih pemenang.

  2. Cara paling proper ialah kita announce 2-4 minggu sebelum contest berlangsung. Sebaiknya, kita buat waiting list dalam tempoh tersebut.

Kita boleh educate juga waiting list dengan beberapa content premium supaya mereka sudah ada trust & good impression on our brand.

Nanti masa contest berlangsung, kita blast untuk semua yang dalam waiting list. Memang berdesup-desup masuk.

Untuk buat mini monetize, boleh pick one product dan bagi harga special dalam tempoh contest berlangsung sahaja.

Pemberian hadiah kepada pemenang boleh dibuat secara besar-besaran.

Product UPDATES

Apabila kita sudah buat duit dengan jualan produk atau servis, always reinvest dalam bisnes tuan/puan.

Department yang mesti wujud ialah Research & Development (RnD). Oleh itu, Produk or servis tuan/puan sentiasa bertambah baik & berkualiti tinggi.

Ini bermakna customer sentiasa puas hati dengan produk tuan/puan.

Apa yang tuan/puan boleh buat dalam product updates?

Cara 1 - Update Content Baru

Kalau produk, mungkin kita tambah formula baru atau bonus-bonus baru dalam produk/servis kita.

Cara 2 - Repurpose Content

Sebelum ini mungkin kita deliver dalam bentuk A. Selepas ini, kita boleh consider untuk repackaging produk or servis kita.

Boleh jadi tukar pakejing fizikal atau pakejing harga dengan tawaran/benefit yang lebih baik dari sebelum ini.

LOYALTY PROGRAM

Loyalty program berbentuk kita memberi rewards kepada pembeli yang setia dengan kita seperti setiap pembelian dapat point. Cukup point, layak dapat rewards.

Bagaimana nak execute?

Cadangan kami ialah:

Cara 1 - Encourage pembeli kita untuk berkongsi review mereka

Kemudian, terus bagi extra point. BrightLocal melaporkan 88% pelanggan percaya dengan online review.

Selain itu, review sangat bagus untuk kesihatan SEO website kita. Ada satu case study yang sangat menarik iaitu Tokyo Otaku Mode.

Setiap pakejing, mereka sertakan dengan paper bag, branded badge dengan design yang sangat wow. Mereka dah menang pada first impression.

Kemudian, mereka hantar emel “Write A Review, Win TOM Points.”

Syarat mereka ialah:

(1) Rakam video unboxing.
(2) Post di social media masing-masing.

Kemudian, mereka layak untuk dapat 50 points yang bersamaan dengan spending sebanyak $50.

Cara 2 - Bagi double point semasa event atau perayaan

Ini bermaksud kalau kita bagi 1 point bagi setiap RM1. Kini, kita bagi 2 points bagi setiap RM1.

Contoh event ialah hari ulang tahun pembukaan bisnes kita, hari ulang tahun kelahiran pemilik bisnes, even hari black friday pun boleh juga.

Ini beberapa cadangan hari yang tuan/puan boleh buat untuk e-commerce atau kedai tuan/puan iaitu:

  • Blue Monday (21/1/2019)
  • Valentine Day (14/2/2019)
  • Mothers Day (12/5/2019)
  • Musim perkahwinan (May-July)
  • Fathers Day (16/6/2019)
  • Black Friday (29/11/2019)
  • Cyber Monday (2/12/2019)
  • Small Business Saturday (1st week December)
  • Free Shipping Day (14/12/2019)
  • Boxing Day Sales (26/12/2019)

Manakala, bagi perayaan pula ialah perayaan pelbagai kaum di negara kita seperti:

  • Chinese New Year (5/2/2019)
  • Awal Ramadhan (6/5/2019)
  • Nuzul al-Quran (22/5/2019)
  • Raya Aidilfitri (5/6/2019)
  • Raya Haji (11/8/2019)
  • Hari Kebangsaan (31/8/2018)
  • Awal Muharam (1/9/2019)
  • Hari Malaysia (16/9/2019)
  • Deepavali (27/10/2019)
  • Maulidur Rasul (9/11/2019)
  • Krismas (25/12/2019)

Taktik ini sangat bagus bagi mengaktifkan pembeli yang dah kurang membeli sejak 2-3 bulan lepas.

Cara 3 - Reactivate pelanggan kita yang sudah tak aktif membeli

Dalam bisnes kita, mesti ada beberapa pelanggan yang dah beli banyak kali kemudian berhenti membeli.

Segmen pembeli ini kita panggil sebagai sleeping customers.

Accenture melaporkan bahawa 80% pelanggan yang berhenti beli merasakan bahawa company tersebut sepatutnya menghargai mereka.

Which means, mereka mahu special privilege sebagai one of biggest contributors dalam bisnes kita melalui pembelian mereka.

1 kajian kes yang menarik oleh Lancome, sebuah brand kosmetik yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Mereka hubungi semula untuk pembeli mereka untuk dapatkan pengalaman mereka. Kemudian, mereka akan dapat 100 points.

Nak baca Fasa 3 – Grow pula? Isi maklumat anda di bawah. Percuma je

No. 26-2F, Jalan Setia Perdana BB U13/BB, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan