3 Lapis Funnel Yang Proven Untuk Produk Digital

Ditulis oleh Tim ABS Digital

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Apa itu “funnel”?

Funnel ialah perjalanan dilalui oleh prospek sebelum mereka menjadi pembeli kita. Kita boleh rancang apa pengalaman dirasai oleh mereka sebelum mereka membeli daripada kita.

Sebelum mereka membeli, kita perlu pastikan mereka suka dan percaya dengan kita terlebih dahulu supaya mereka mudah untuk beli daripada kita.

Kepercayaan mereka masih rendah semasa mereka baru kenal tentang produk.

Samalah seperti sebelum kita hendak berkahwin. Kita berkenalan dahulu selama beberapa tempoh masa, kemudian baru membuat keputusan untuk berkahwin.

Dalam artikel ini, kami kongsikan bagaimana kami menjual produk digital Puan Ainon Mohd sejak tahun lepas. Produk digital ini dibuat sebagai panduan untuk mereka yang baru memulakan bisnes.

Funnel ini telah diuji oleh tim marketing ABS Digital. Ia telah menghasilkan jualan lebih RM50,000 dengan kos iklan sekitar 30% dari jualan.

Disclaimer: Funnel ini diuji ke atas produk digital yang dihasilkan ABS Digital sendiri. Tiada jaminan ia berikan hasil yang sama ke atas produk yang lain, yang sama niche atau berbeza niche

Funnel Pertama Mengumpulkan Audience

Untuk kumpulkan audience, kita boleh menggunakan content. Content akan menentukan jenis audience yang dikumpulkan.

Content ini boleh dalam bentuk artikel, gambar dan video. Setiap bentuk content ada kelebihannya yang tersendiri.

Content berbentuk artikel dapat menarik jenis audience yang suka membaca manakala content berbentuk video menarik jenis audience yang suka tonton video.

Sebagai contoh, content tentang cara pengiraan kos akan kumpulkan orang bisnes yang ingin belajar tentang kira-kira bisnes.

Begitu juga dengan content tentang cara pemasaran kedai, akan kumpulkan peniaga yang mempunyai kedai.

Pada fasa ini, satu content perlu dipilih supaya ia mengumpulkan audience yang dimahukan.

Dalam kes kami, content dari video Puan Ainon Mohd tentang tips bisnes telah digunakan.

Supaya kami dapat mengumpulkan mereka yang mahu mendapatkan tips memulakan bisnes, khususnya mereka yang suka gaya bahasa Puan Ainon Mohd.

Pemilihan content sangat kritikal. Sekiranya kita salah memilih content dan medium, kita mengumpulkan audience yang salah atau mengumpulkan audience yang mempunyai behaviour pembelian yang salah.

Di samping itu, content juga membantu audience supaya suka dan percaya dengan kita.

 

Dalam fasa ini, kualiti lebih penting berbanding kuantiti.

Dengan bacaan dalam ads manager, kita boleh tahu berapa orang yang telah lihat video sebanyak 25%, 50%, 75% dan 95%.

Jika kita lihat pada 25% who viewed memang kita lihat ramai. Tetapi, mereka yang lihat sehingga 75% adalah sahaja.

Biarpun jumlah ini sedikit, tetapi mereka adalah penonton yang berkualiti. Mereka yang viewed 75% ini akan dikumpulkan sebagai custom audience menggunakan setting di Ads Manager.

Funnel Kedua Retargeting Audience

Pada fasa ini, kami menjalankan kempen retargeting kepada mereka yang viewed 75% video Puan Ainon Mohd sebelum ini.

Disebabkan video sebelum ini ialah video content untuk mereka yang baru hendak memulakan bisnes, copywriting untuk iklan retargeting ini pun mestilah ada keyword ‘memulakan bisnes’.

Dalam iklan retargeting ini, kami highlightkan bahawa pembeli bukan sahaja akan dapat ebook, malah akan dapat tawaran 50 video sekali.

Memang sifat manusia adalah ingin sesuatu yang lebih dengan bayaran yang sedikit.

Dalam kempen ini, bajet iklan digunakan hanya 10 peratus daripada iklan video pertama tadi.

Funnel Ketiga Retargeting Kepada Visitor Halaman Jualan Produk

Pada fasa ini, kami lancarkan kempen retargeting kepada pelawat halaman jualan produk.

Menggunakan setting di Ads Manager, kita boleh kumpulkan pelawat halaman jualan produk sebagai custom audience.

Bagaimanapun, untuk buat begini Facebook Pixel perlu dipasang terlebih dahulu ke dalam website. Jika tidak, kita tidak boleh kumpulkan mereka.

Biasanya prospek memerlukan satu tempoh masa sebelum membuat keputusan pembelian.

Kadangkala juga, prospek juga ingin membeli semasa masuk pada kali pertama tetapi mempunyai masalah pada waktu itu.

Maka, kempen retargeting ini akan mengingatkan mereka tentang tawaran diberikan.

Untuk pujuk prospek supaya membeli, kami sampaikan mesej tentang kupon diskaun. Sebenarnya, kupon ini ada diberitahu di dalam iklan funnel kedua.

Headline digunakan terus meng’highlight’kan tentang tawaran diskaun jika menggunakan kupon.

Dalam kempen ini juga, bajet digunakan hanya 10 peratus daripada iklan video pertama.

Kesimpulan

Begitulah 3 fasa yang kami telah susun dalam menjual Ebook Dudel Puan Ainon Mohd. Walaupun Nampak seperti mudah, ini beberapa perkara yang anda wajib faham:

  • Pemilihan content yang betul untuk mengumpulkan audience
  • Produk yang sesuai dengan kehendak audience
  • Elemen yang betul untuk trigger prospek buat keputusan pembelian

Kempen retargeting sangat membantu dalam menjual produk digital ini.

Sekiranya anda mencari peluang menjual produk affiliate, kami di ABS Digital ada tawaran untuk anda menjual produk Ebook Dudel Puan Ainon Mohd ini

Komisen diberikan sebanyak RM70 untuk satu jualan. Sila klik butang di bawah untuk info lanjut.