Apakah Itu Hybrid Marketing?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hybrid marketing ialah cara promosi yang menggabungkan teknik pemasaran tradisional – cara lama – dengan teknik pemasaran digital. Tidak hanya bersandar kepada satu jenis platform jualan sahaja, hybrid marketing meluaskan penggunaan kedua-dua teknik moden dan tradisi ini untuk menghasilkan rancangan pemasaran yang lebih efektif bagi mencapai target jualan.

Hybrid marketing juga dikenali dengan istilah ‘multichannel marketing’.

Audien pada masa kini mempunyai lebih banyak platform untuk berhubung. Sebagai hybrid marketer, anda perlulah menggunakan dengan sebaiknya bagi menarik audien sasaran kepada jenama dan produk anda. Marketer hari ini perlulah cekap berfikir, kreatif dan serba tahu pelbagai marketing channel dan tidak hanya bersandar pada satu jenis cara pemasaran sahaja.

Penggunaan Website

Pada masa kini, penggunaan website untuk tujuan pemasaran produk adalah tidak asing lagi. Website menjadi platform digital utama bagi pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan produk dengan mudah dan juga boleh menjadi platform pembelian.

Sebagai hybrid marketer, anda harus sedar bahawa penghasilan konten yang bagus bakal menaikkan ‘nilai’  laman web anda di mata audien. Pembinaan website dengan konten yang bagus bukanlah kerja mudah. Ia memerlukan komitemen dan kesungguhan yang tinggi.

Walau bagaimanapun, penyediaan konten berkualiti masih belum cukup untuk menarik minat audien ‘menyedari’ tentang jenama atau produk anda. Website masih perlukan sesuatu ‘bahan tambah’ untuk memudahkan audien berasa mudah berhubung dengan kita.

Tetapi, bagaimana? Kita pastinya terlalu sibuk untuk berhubung dan beramah mesra dengan setiap pengunjung yang datang ke website kita.

Chatbot

Kerana itulah kita memerlukan bantuan chatbot.

Secara teknikal, chatbot ialah program komputer yang ‘meniru’ cara percakapan manusia dalam bentuk teks atau audio. Ia adalah robot maya yang diprogramkan untuk menjawap soalan seolah-olah kita betul-betul sedang bersembang dengan manusia sebenar.

Chatbot ialah tetingkap kecil yang muncul secara tiba-tiba dan automatik apabila anda melawat sesuatu website. Biasanya chatbot dilengkapi dengan dialog awal pembuka bicara yang sudah diprogramkan oleh pemilik website. Dialog pendek ini ialah untuk menjawab persoalan yang biasa ditanya oleh pelawat website tersebut.

Mengapa Chatbot Penting bagi Pemilik Website?

Sebagai hybrid marketer yang mahukan perjalanan bisnesnya berjalan lancar, penggunaan chatbot telah diakui sebagai alat pemasaran yang sangat efektif kerana prospek boleh terus berkomunikasi dengan penjual dan berkenalan secara santai.

Interaksi prospek atau pelanggan dengan chatbot memudahkan mereka untuk mencari apa yang sebenarnya diperlukan dari website yang sedang dilayari. Chatbot membantu mendapatkan apa yang dikehendaki melalui keyword yang ditaip ataupun soalan-soalan berulang yang ditanya.

[Baca Juga : Cara Tepat Melakukan Pemasaran Restoran & Kedai Makan]

Chatbot biasanya digunakan untuk menjawab soalan-soalan mudah, termasuklah informasi asas tentang produk atau jenama. Chatbot yang lebih ‘pintar’ telah diprogramkan supaya boleh bergabung dengan manusia sebenar bagi menjawab soalan yang lebih rumit dan kompleks.

Apa yang paling menarik tentang chatbot ialah ia boleh berubah-ubah tahap ‘kepintarannya’, menjadi semakin pintar kerana ia ‘belajar’ dari perbualan-perbualan yang sebelumnya. Semakin banyak perbualan, semakin banyak pengetahuan baru bagi chatbot dan semakin baguslah ia menjawab soalan-soalan pelanggan dan prospek.

Chatbot sedang dikembangkan lagi untuk memberi fungsi pelbagai yang memudahkan pelanggan untuk membuat pembelian.

Hebat, bukan?

Bagaimana Chatbot Membantu Pemilik Bisnes?

  • Chatbot sebagai jurujual maya

Sebagai pemilik bisnes kecil, sudah tentulah terdapat kekangan masa untuk selalu berada di depan skrin bagi menjawab semua soalan pelanggan. Andalah bos, anadalah pekerja dan andalah segala-galanya bagi bisnes anda sendiri.

Anda perlu buat semua kerja sendiri sebelum mampu mengupah orang lain.

Anda sibuk mahu close deal, sibuk uruskan ejen, sibuk dengan segala macam tugasan bisnes yang lain.

Di sinilah chatbot muncul membantu memudahkan urusan anda.

Sebagai contoh, anda pemilik bisnes pakaian. Chatbot anda akan diprogramkan untuk memberi ‘kuiz’ kepada pelanggan tentang stail pakaian apa yang diminati. Soalannya boleh dipelbagaikan untuk chatbot mendapat informasi secukupnya. Dengan informasi dari pelanggan, chatbot akan mengesyorkan pakaian yang bersesuaian dengan cita rasa pelanggan daripada sekian banyak pilihan yang ada di website tanpa perlu pelanggan skrol satu per satu apa yang ada.

  • Chatbot memudahkan urusan pembayaran

Chatbot juga boleh diprogramkan supaya mampu memproses dan menerima bayaran daripada pelanggan. Dengan beberapa klik sahaja, urusan pembayaran sudah dibereskan dengan bantuan chatbot. Ianya amat memudahkan bukan sekadar pemilik website, tetapi juga pelanggan.

Urusan pembayaran yang cepat dan tidak rumit akan menarik pelanggan untuk kembali ke website anda pada masa akan datang.

  • Chatbot dapatkan maklumat pelanggan

Keupayaan chatbot yang paling berguna ialah mengumpul maklumat pelanggan seperti trend pembelian dan tabiat pembelian. Dengan memantau corak pembelian, pemilik bisnes akan dapat mengenal pasti produk mana yang menjadi kegemaran para pelanggan dan memudahkan kita untuk merancang pembelian stok berdasarkan maklumat chatbot ini.

[Artikel Lain : Panduan Beriklan Di Facebook Langkah Demi Langkah]

Chatbot juga boleh ‘menyimpan’ segala soalan-soalan yang kerap ditanya pelanggan. Keadaan ini menjadikan ia lebih cekap menjawab soalan-soalan lain pada masa akan datang. Buat pemilik bisnes pula, kita akan lebih memahami kehendak pelanggan dan apa yang mereka benar-benar perlukan.

Soalan-soalan ini juga menjadikan kita lebih bersedia dengan strategi konten jawapan yang kerap ditanya oleh para pelanggan. Jawapan akan semakin baik, padat dan berinformasi bagi memudahkan pelanggan terus membuat pilihan produk yang dikehendaki.

Dalam dunia pemasaran digital, engagement dengan prospek dan pelanggan adalah sangat penting. Dengan penggunaan chatbot, sudah tentulah engagement dapat ditingkatkan berganda daripada menggunakan cara lama. Banyak jenama-jenama besar sudah memilih untuk menggunakan chatbot dalam pemasaran mereka.

  • Chatbot sebagai teknik pemasaran personal

Kita mesti suka bila disapa dengan nama sebenar. Kita juga mesti suka berbual-bual dengan cara santai seperti berbual dengan rakan baik kita sendiri. Pengalaman seperti ini menjadikan pelanggan setia dan suka  dengan kita.

Chatbot boleh diprogramkan untuk berbual-bual seperti manusia sebenar dengan memanggil pelanggan dengan nama mereka. Ya, chatbot boleh ‘bersembang-sembang’ dengan pelanggan bagi mengumpul maklumat berkenaan produk apa yang diperlukan oleh mereka. Seterusnya, chatbot akan mengiklankan produk-produk lain yang turut memenuhi citarasa pelanggan bagi memvariasikan pilihan mereka.

Layanan chatbot ala manusia sebenar ini sangat sangat mempengaruhi keputusan pelanggan untuk memilih sesuatu produk. Kita hanya akan membeli dengan ‘orang’ yang memberi layanan paling baik kepada kita dan dalam hal ini, chatbot itulah ‘orangnya’ yang memberi layanan istimewa pada kita.

Sekiranya anda bercadang untuk menggunakan chatbot, fikirkan bagaimana anda boleh gunakannya melangkaui tugas asasnya. Jadikan chatbot sebagai medium utama untuk membina dan mengekalkan engagement dengan pelanggan anda.

Chatbot kini sedang berevolusi menjadi semakin pintar. Algortitmanya berubah-ubah untuk memberikan hasil terbaik bagi mencapai sasaran jualan produk yang sudah ditetapkan. Chatbot bukan sahaja membantu pemilik bisnes berhubung dengan pelanggan, tetapi ia juga boleh melonjakkan jenama produk atau syarikat menjadi lebih dikenali.

Kami baru melancarkan Panduan “Strategi & Taktikal FB Retargeting & Chatbot Automation” dalam format video.

Sekiranya anda berminat untuk upgrade & update ilmu anda, boleh klik gambar di bawah:


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *