20 Idea Bisnes Tanpa Modal

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

20 Idea Bisnes Tanpa Modal

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes, antara perkara pertama yang terlintas dan menjadi kebimbangan dalam fikiran mereka ialah modal.

“Berapa modal yang diperlukan?”

“Boleh balik modal ke?”

“Kalau tak ada modal boleh buat bisnes ke?”

Secara dasarnya, mereka yang mahu menjalankan perniagaan sememangnya memerlukan modal. Tetapi, membina perniagaan tanpa modal adalah langkah yang terbaik dalam memulakan bisnes pada masa kini.

Atau dalam maksud lain, sememangnya terdapat bisnes yang kita boleh mulakan secara terus tanpa modal. Kelebihannya? Pastilah tiada risiko. Kita juga boleh menimba pengalaman perniagaan tanpa memikirkan wang yang mungkin akan hangus nanti.

Di sini, kami kongsikan 20 idea bisnes tanpa modal:

  • Dropship

Cara paling mudah untuk memulakan perniagaan tanpa modal ialah dengan menjadi dropship. Dengan menjadi dropship, kita juga tidak perlu memegang stok. Tugas kita hanyalah mencari pelanggan dan ambil order daripada mereka.

Menjadi dropship juga melatih kita menjadi seorang ahli perniagaan sebenar apabila kita sendiri yang mencari dan deal dengan pelanggan sehingga mereka membuat pembayaran. Komisen yang diterima juga agak lumayan, bergantung kepada berapa peratus pemilik syarikat mahu berikan kepada anda.

  • Affiliate

Affiliate hampir sama seperti dropship. Sama seperti dropship, apabila kita menjadi affiliate bagi sesuatu produk, kita perlu mendaftar terlebih dahulu. Bayaran komisen juga berbeza dan ditentukan sendiri oleh pemilik produk. Biasanya, komisen bagi produk seperti e-book dan video lebih tinggi komisennya berbanding produk fizikal.

Bezanya, apabila kita mendaftar menjadi affiliate, kita akan mendapat website jualan yang mempunyai link affiliate kita. Jika ada pelanggan yang membeli melalui link affiliate kita, maka tunggulah komisen yang akan masuk ke dalam akaun bank kita.

  • Content Writer

Jika anda mempunyai kepakaran menulis, and boleh menjadi seorang copywriter. Anda hanya perlu menulis ayat iklan bagi pelanggan anda. Mungkin kesukarannya pada permulaannya iaitu anda perlu mencari dan meyakinkan pelanggan anda. Tetapi jika mereka berpuas hati dengan hasil kerja anda, mencari pelanggan bukan lagi masalah terbesar untuk anda.

Anda juga boleh menulis artikel untuk pelanggan anda ataupun mengambil upah update status di media sosial mereka.

[Baca Juga : 29 Soalan Maklum Balas Yang Berkesan Untuk Bisnes Anda ]

  • Transkriptor

Mungkin anda boleh mulakan tugasan menulis dengan menimba pengalaman sebagai transkriptor. Tugasan transkriptor ialah mengubah video menjadi perkataan. Sama ada mahu menukar setiap perkataan dalam video tersebut mahupun isi penting, terpulang kepada kemahuan pelanggan anda.

  • Translator

Jika anda mahir menguasai bahasa lain, bolehlah anda menjadi seorang translator. Tugas translator ialah mengubah video atau tulisan bahasa asing ke bahasa lain mengikut keinginan pelanggan. Contoh paling mudah ialah menterjemah artikel bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia.

  • Sosial Media Manager

Kalau anda sendiri memang sering menghabiskan masa dalam dunia sosial, apa kata anda menjadi sosial media manager. Tugas utama Sosial Media Manager ialah upload status, share link dan membalas komen. Tugasan lain juga ialah edit video dan gambar untuk diletakkan di media sosial pelanggan kita.

  • Graphic Designer

Anda ada kemahiran graphic? Bolehlah menjadi graphic designer. Anda boleh hasilkan poster atau logo buat pelanggan anda. Makin bagus hasil kerja anda, makin tinggi income yang anda boleh capai.

  • Physical Service

Banyak yang boleh dibuat dengan phisical service ini. Antaranya ialah memotong rumput, mengemas rumah dan mencuci kereta. Ya, anda boleh mulakan phisical service di kawasan sekitar rumah anda, mungkin di rumah jiran anda.

Jika anda tiada mesin rumput sekalipun, bolehlah anda memilih phisical service yang tidak memerlukan alatan atau menggunakan barangan yang sedia ada.

Anda juga boleh membuat servis yang tidak melibatkan tenaga yang berat seperti melipat pakaian ataupun mengopek ikan bilis. Mudah, bukan?

  • Delivery Service

Delivery service berkembang pesat di Malaysia bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Antara delivery service yang cukup popular di Malaysia ialah Food Panda dan Grab Food. Tugas delivery service ialah menghantar barangan seperti makanan ke rumah pelanggan. Anda belikan dan kemudian anda hantar.

Jangan terhadkan delivery service hanya untuk makanan sahaja. Terlalu banyak barangan yang boleh dihantar kepada pelanggan anda.

  • Consultant

Jika anda mahir dalam sesuatu bidang, bolehlah anda menjadi consultant dalam bidang tersebut. Contohnya, anda ada kemahiran dalam bidang akauntan dan percukaian. Maka anda boleh kongsikan kepakaran anda kepada syarikat yang memerlukan nasihat anda.

  • Home Tutor

Menjadi seorang home tutor juga tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang modal. Anda boleh memilih untuk mengajar di rumah anda sendiri, contohnya mengajar anak kepada jiran anda. Tetapi biasanya anda yang perlu hadir ke rumah pelanggan anda untuk mengajar anda mereka.

Jika anda ada kepakaran membaca Al-Quran, apa salahnya untuk anda pula mengajar mengaji? Anda bukan sekadar mengajar seorang murid, bahkan ramai murid. Malah, anda boleh memilih untuk mengajar di rumah sendiri sahaja. Lebih penting, kita juga boleh mendapat saham pahala di akhirat nanti.

  • Agen Hartanah

Antara bisnes yang anda boleh mulakan tanpa modal, tetapi jika anda dapat deal dengan pelanggan, memang durian runtuh jawabnya. Menjadi agen hartanah memang sangat menguntungkan, dengan syarat jika anda memang bersungguh-sungguh dalam bidang ini.

  • Agen Insurans/Takaful

Ramai juga yang menjadi agen insurans atau takaful dewasa kini. Ramai juga yang menjadikan ia sebagai full time job mereka. Mana tidaknya, jika mereka mendapat seorang pelanggan sahaja, mereka boleh ‘makan’ komisen pelanggan tersebut setiap bulan selama beberapa tahun.

[Baca Juga : 6 Strategi Mengekal Pelanggan Ke Kedai Atau Premis Anda ]

  • Handmade Good

Jika anda ada kepakaran mahupun bakat seperti melukis, khat atau mengayam, bolehlah anda buat duit dengan bakat anda ini. Lukisan seperti potret sememangnya mendapat tempahan di media sosial.

Kalau anda juga ada kepakaran seperti urutan, mengapa tidak membuat servis urutan juga?

  • Surprise Planner

Siapa yang tidak suka sesuatu yang surprise? Surprise planner juga bukanlah sesuatu yang kekok pada masa sekarang lantaran kesibukan setiap orang dalam menjalankan tugas hakiki mereka.

  • Personal Shopper

Bukan semua tempat mempunyai IKEA. Bukan juga semua orang pandai membeli barangan di internet. Anda boleh menggunakan kekurangan ini dengan menjadi personal shopper. Anda beli barangan seperti di IKEA dan menjualnya dengan harga yang lebih tinggi. Pastikan pelanggan anda telah membuat pembayaran kepada anda terlebih dahulu.

Jika ada karnival ataupun pesta seperti Pesta Buku Antarabangsa, maka ramailah yang menjadi personal shopper.

  • Jual Course Online

Ianya hampir sama seperti consultan, bezanya anda ajar kepakaran anda dalam dunia online sahaja tanpa perlu pergi berjumpa dengan pelanggan anda.

Contohnya, anda mahir memasak, maka anda boleh buka kelas online untuk mengajar mereka memasak. Anda boleh buat dalam bentuk video, ebook mahupun secret group. Semuanya boleh dilakukan secara percuma.

  • Menjual Barangan Terpakai

Rumah anda penuh dengan barangan terpakai? Mengapa tidak dijual sahaja? Banyak barangan yang mungkin tidak diperlukan oleh kita, sebaliknya sangat berguna buat orang lain. Antaranya seperti buku-buku dan komik.

  • Servis Menjaga Haiwan Peliharaan

Servis ini pastinya sangat dicari sewaktu cuti perayaan sedang berlangsung. Kita hanya menjaga haiwan peliharaan seperti hamster dan kucing. Anda boleh letakkan syarat seperti pelanggan perlu menyediakan sangkar dan makanan haiwan mereka sendiri.

  • Pemandu Peribadi

Hampir sama seperti Grab Car, pemandu peribadi lebih kepada memandu untuk seseorang pelanggan sahaja. Bukannya semua orang selesa memandu dengan orang yang tidak dikenali.

Selain menjadi pemandu untuk pelanggan, kita juga boleh menjadi pemandu untuk mengambil dan menghantar anak pelanggan kita ke sekolah.

Semoga anda mendapat ilham daripada idea yang kami kongsikan di sini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

1 thought on “20 Idea Bisnes Tanpa Modal”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *