JENIS-JENIS DATABASE PELANGGAN

Ada banyak jenis database pelanggan

Ada banyak jenis database pelanggan. Sangat penting kita tahu bagaimana nak asingkan mereka bagaimana nak gunakan semua database yang kita dah simpan.Kita pergi kepada asas mengenal database dahulu. Jenis apa dan bagaimana nak simpan.

No 1: Non Qualified leads.
Biasanya mereka ni jenis yang wassap kita, atau contact kita tapi dia senyap seribu bahasa. Ramai kan macam ni? Jadi simpan database.

No 2 : Qualified leads.
Mereka ni dah jenis yang wassap kita, layan kita, nak beli tapi tak jadi beli sebabmereka ada keperluan lain yang perlu didahulukan.Qualified Lead ni ada 3 jenis.

1. Hot Leads. Mereka yang beria sangat nak beli. Yang ni biasanya akan membeli.

2. Warm Leads.Mereka rilek-rilek, tak rushing, nak survey dan mereka ni tanya soalan yang spesifik.

3. Cold Leads.Yang kata nak beli, tapi tak buat bayaran. Dah habis tempoh eddah follow up masih tak beli juga, mereka ni kita masukkan dalam list cold lead.

No 3 : Buyer
Mereka ni sudah membeli daripada kita. Buyer ni ada 3 kategori juga.

First Time Buyer – Baru membeli pertama kali.Biasanya first time buyer ni kita hanya dapat balik modal atau cukup makan untuk cover kos overhead. Sebab itu kita mesti tahu macam mana nak cari new buyers ni.

Second Time Buyer – Mereka dah membeli 2 kali dari kita. Dekat sini kita boleh dapat untung lebih sikit sebab kos mendapatkan pelanggan sudah tidak ada di sini. Jadi di sini kita akan dapat untung banyak siki. Biasanya di sinilah kita akan buat duit.

Third time buyer. – Mereka sudah membeli 3 kali daripada kita. Mereka ini boleh dikategorikan sebagai pengguna tegar dalam perniagaan kita. Jika kita tak jaga mereka, kita silap besarlah. Jadi sentiasa jaga mereka dan berikan apa yang mereka nak yaitu penghargaan dan penjimatan.

Belajar ilmu database dalam Crash Course Database Marketing.

Dalam Shortcut Course selama 4 jam ini, anda akan belajar strategi dan taktik menaikkan jualan dengan database marketing.

Apa yang anda akan belajar?

1. Strategi kutip database
2. Strategi menggunakan database
3. Menyimpan dan mengurus database
4. Mendapatkan jualan dari database.
5. Mendapatkan rujukan dari database.

Maklumat lanjut, klik di sini: https://www.absdigital.my/database-marketing/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *