5 Jenis Retargeting Yang Bakal ‘Menghantui’ Prospek Anda

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pernahkah anda mendengar istilah retargeting?

Bagi yang tidak pernah mendengarnya, retargeting ialah istilah yang digunakan kepada prospek yang pernah melihat iklan atau lawati website kita. Prospek itu kemudiannya akan terus ‘diekori’ dan dibayangi oleh iklan tersebut sehingga mungkin prospek tersebut berjaya dipujuk untuk membeli barangan seperti yang diiklankan.

Boleh jadi anda masih belum jelas lagi. Baiklah, kami beri contoh yang mungkin anda sendiri pernah alaminya.

Pasti anda pernah melakukan carian sesuatu produk di Google, bukan? Sebagai contoh, anda lakukan carian produk resdung. Kemudian, apabila anda masuk ke dalam Facebook, anda akan dapati iklan produk resdung datang bertubi-tubi di newsfeed Facebook anda! Malah, iklan produk resdung juga muncul dalam iklan di Messenger dan Youtube.

Sama juga jika anda mencari sesuatu servis seperti servis fotografi. Pasti selepas itu iklan servis fotografi akan sentiasa muncul dalam skrin telefon pintar

Pernah berlaku bukan?

Ya, itulah penangan retargeting. Iklan sebegitu akan terus ‘menghantui’ anda sehingga akhirnya mungkin anda akan terbeli produk berkenaan. Begitulah dasyatnya kehebatan retargeting. Ia hanya akan mengejar golongan tertentu yang sememangnya berminat dengan produk atau servis tersebut.

Dalam erti kata yang lain, retargeting merupakan satu kaedah pengiklanan yang pintar dan menjimatkan wang saku. Ianya pintar kerana hanya mengejar prospek yang berminat dan menjimatkan wang saku kerana kosnya lebih rendah berbanding teknik pemasaran yang lain.

Semakin lama mereka berada dalam dunia online, semakin kerap mereka akan melihat iklan yang sama, maka peluang mereka membeli produk atau servis tersebut menjadi semakin tinggi.

Mari kita lihat lima jenis retargeting yang terbukti berkesan untuk membantu perniagaan anda:

  1. Retarget Dengan Menggunakan Email dan Nombor Telefon

Sebagai peniaga online, pasti anda ada menyimpan rekod database setiap pelanggan. Database ini umpama nyawa bagi setiap peniaga online. Namun ianya akan menjadi sia-sia jika kita tidak menggunakannya dengan baik.

Dengan hanya berbekalkan maklumat email dan nombor telefon pelanggan mahupun prospek, kita boleh menyimpannya di file Excel. Kemudian, kita boleh upload di Facebook Audiences untuk retarget khas kepada mereka sahaja. Menarik, bukan?

  • Retarget Pada Engagement Yang Berlaku Di Page

Sebenarnya terdapat banyak pilihan dalam kategori ini dan ianya memang sangat berkesan untuk ‘mengikat’ prospek yang pernah mengunjungi Facebook Page kita. Antara yang menarik ialah video views. Jika anda pernah membuat video untuk page anda, anda sebenarnya boleh retarget kepada mereka yang hanya pernah menonton video tersebut sahaja.

Anda juga boleh retarget pada mereka yang pernah like, komen dan share post kita. Antara teknik yang terkenal juga ialah retarget pada likes page anda.

  • Retarget Mereka yang Pernah Message ke Inbox Page Anda

Sengaja kami letakkan jenis retarget ini berasingan dengan tajuk di atas, walaupun ianya tetap di bawah tajuk besar yang sama – Retarget di Facebook Page.

Mengapa? Kerana retarget dengan menggunakan chatbot ini sangat berkesan dan berkuasa. Bayangkan, kita boleh menghantar Messenger kepada ribuan prospek kita dengan hanya sekali setting sahaja. Anda seakan boleh berhubung dengan ribuan prospek anda, berkongsi tip, maklumat atau mungkin promosi secara terus ke Messenger mereka.

[Artikel Berkaitan : Panduan Beriklan di Facebook]

Sistem ini bernama chatbot. Dengan chatbot, sistem ini mampu menguruskan automation content, follow up dan juga sales.

  • Retarget Pada Trafik Website Kita

Bagi pemilik website, fungsi ini sangat berguna buat anda. Ianya ada fungsi untuk retarget mereka yang pernah masuk ke dalam website anda.

Contohnya, anda boleh retarget pada sesiapa yang sampai ke Thank You page website anda. Mereka yang pernah sampai ke sini ialah mereka yang sudah pun membeli produk atau servis anda sebelum ini. Jika kita retarget kepada golongan ini sahaja, kesannya lebih besar dan mudah berbanding kita cuba menjual kepada mereka yang masih belum pernah membeli produk atau servis kita.

Anda juga boleh menguatkan jenama anda kepada seluruh visitor website anda tanpa mengira mereka pernah membeli atau tidak melalui website kita. Semakin kerap mereka melihat website kita, pastinya peluang mereka untuk mendapatkan produk atau servis kita lebih tinggi.

  • Lookalike Audiences

Fungsi Lookalike Audiences ini sudah ada sejak bulan Mac 2013 lagi. Walaupun ia bukanlah sejenis retargeting, tetapi ianya mempunyai fungsi yang hampir sama seperti membuat retargeting.

Lookalike Audiences membolehkan anda membesarkan lagi prospek retargeting anda. Ianya berfungsi untuk membantu anda menyasarkan iklan anda kepada mereka yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan pelanggan anda.

Dengan fungsi ini, anda dapat mengiklankan audien anda dari Custom Audience, Website Custom Audience, Conversion Tracking Pixel dan Fanpage. Dalam erti kata yang lain, apabila kita menggunakan fungsi Lookalike Audience, kita boleh mendapat akses kepada satu kumpulan prospek yang sangat targetted.

[Baca Juga : Apa Itu Facebook Pixel]

Ya, anda hanya minta Facebook sahaja untuk mencari 200,000 potensi market yang mempunyai ciri yang sama seperti pembeli anda, walaupun pembeli anda mungkin baru mencapai 500 orang. Kita hanya perlu setting, biar Facebook yang melakukan baki tugas tersebut. Mudah, bukan?

Satu fakta yang anda patut tahu, Facebook memiliki data yang sangat banyak dan tepat. Tidak hairanlah Lookalike Audience dari Facebook adalah yang terbaik di dunia. Facebook memanfaatkan keseluruhan sifat pengguna Facebook untuk mengembangkan audience mereka, termasuklah perilaku audience di hadapan gadget telefon pintar mereka.

Inilah 5 jenis retargeting yang bakal ‘menghantui’ dan terus mengekori prospek anda jika anda dapat pelajari dan setting dengan tepat.

Kami baru melancarkan Panduan “Strategi & Taktikal FB Retargeting & Chatbot Automation” dalam format video.

Sekiranya anda berminat untuk upgrade & update ilmu anda, boleh klik gambar di bawah:


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *