KISAH TOKEY KEDAI MAKAN YANG BANKRUP KERANA MENJAGA HATI PELANGGAN

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sebagai pemilik kedai makan, sememangnya kita perlu menjaga hati pelanggan. Malah ada ungkapan yang menyebut bahawa “customer is always right.” Tapi, benarkah pelanggan sentiasa betul? Jawapannya tidak!

Memang benar, kita perlu melayan pelanggan dengan sebaiknya. Namun itu bukanlah bermakna kita perlu mendengar kata-kata dan nasihat daripada mereka secara bulat-bulat. Sebagai pemilik perniagaan, kita perlulah menapis terlebih dahulu apa jua pandangan yang pelanggan anda lontarkan kepada anda.

Di sini kami ingin kongsikan satu kisah menarik bagaimana seorang tokey kedai makan yang bangkrup kerana menjaga hati pelanggan.

Kisah Pak Anjang Dan Kedai Makannya

Di sebuah kampung, Pak Anjang mengusahakan sebuah kedai makan mee bandung. Beliau baru mengusahakan kedainya beberapa bulan yang lalu. Walaupun mee bandungnya sedap, namun kedainya masih kekurangan pelanggan.

Sehingga seorang pelanggan datang ke kedai makan Pak Anjang. Pelanggan ini makan mee bandung dengan raut wajah yang sangat puas. Selesai makan, dia bertemu dengan Pak Anjang.

“Pakcik, mee bandung pakcik memang sangat sedap. Tapi sayang orang luar tak tahu sebab kedai makan pakcik ni pun tak ada nama. Patutnya pakcik letak nama kedai makan pakcik ni besar-besar di luar kedai, biar pelanggan tahu pakcik ada jual mee bandung sedap.”

Pak Anjang mengangguk setuju. Ada benarnya juga kata-kata pelanggannya itu. Lalu Pak Anjang terus menempah papan tanda nama untuk diletakkan di kedai makannya. Beliau memilih nama ‘Kedai Makan Mee Bandung Pak Anjang.’

Apabila Pelanggan Mula Bersuara

Kedai Makan Mee Bandung Pak Anjang kemudiannya terus dibanjiri oleh pelanggan. Sehinggalah pad suatu hari, seorang pelanggannya datang bertemu dengan Pak Anjang. “Semua orang tahu ini adalah kedai makan. Mengapa perlu diletakkan juga nama kedai makan pada papan tanda nama kedai?”

Eh, ada benarnya juga kata-kata pelanggannya itu. Semua orang itu kedainya ialah kedai makan. Lalu Pak Anjang membuang nama ‘Kedai Makan’, menjadikan nama pada papan tanda kedainya berbaki “Mee Bandung Pak Anjang.”

Selang beberapa hari kemudian, datang pula seorang pelanggan tetapnya bertemu dengan Pak Anjang. “Pak Anjang, saya pelik la dengan Pak Anjang. Semua orang tahu kedai makan ni jual mee bandung. Tapi kenapa Pak Anjang tetap letak nama mee bandung papan papan nama kedai ni?”

Pak Anjang tersentap. Betul juga apa yang dikatakan oleh pelanggan tetapnya itu. Lalu keesokan harinya Pak Anjang memadam nama mee bandung, menjadikan papan tanda kedainya hanya tinggal “Pak Anjang.”

Para pelanggan masih datang ke kedai makan Pak Anjang, namun tidak semeriah seperti bulan lepas. Pak Anjang menggeleng hampa. Dia tidak tahu apa masalah sebenar yang menimpanya. Tiba-tiba, rakan baiknya merangkap pelanggan setia kedainya datang bertemu dengannya.

“Anjang, aku ni bukan la nak kata apa. Cuma aku pelik sikit la. Semua orang tahu kedai ni kedai kamu, kedai Pak Anjang. Budak-budak kecil kampung kita pun kenal dengan kedai kamu ni. Tapi kenapa kamu tetap letak nama kamu dekat depan kedai kamu ni?”

Sekali lagi Pak Anjang tersentap. Ada benar juga nasihat rakan baiknya itu. Mungkin juga itu sebabnya kedainya semakin berkurangan pelanggan.

Keesokan harinya, Pak Anjang terus membuang papan tanda nama di kedai makannya. Maka jadilah kedai makannya seperti dahulu, kedai yang tiada papan tanda nama.

Kesannya, kedai makan mee bandung miliknya terus mengalami kemerosotan pelanggan hinggalah kedai makannya terpaksa ditutup kerana mengalami kerugian. Bertambah parah apabila Pak Anjang sendiri bangkrup.

Apa yang boleh kita pelajari daripada kisah ini?

Pelanggan sebenarnya bukanlah sentiasa betul. Kita sebagai pemilik kedai yang patut menapis setiap pandangan pelanggan dengan bijaksana, bukan menerimanya secara bulat-bulat hanya kerana menganggap ‘customer is always right.’

Belajar lagi cara naikkan jualan kedai/premis/bisnes setempat anda dengan panduan step by step FB Ads setempat.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *