Panduan Beriklan Di Facebook – Langkah Demi Langkah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Fakta, terdapat 2.38 billion pengguna aktif Facebook di seluruh dunia. Facebook antara media sosial yang terawal dan terbesar yang muncul.

Sejak diperkenalkan kepada dunia pada tahun 2004, jumlah pengguna terus meningkat. Pelbagai profesion, pengguna tanpa mengira tahap umur menggunakan Facebook.

Selain daripada berita semasa, Facebook sudah menjadi “pasar moden” untuk manusia membeli belah. Untuk pemilik bisnes, Facebook adalah lubuk untuk promosikan pelbagai jenis produk dan servis.

Facebook adalah tempat kebanyakan orang ‘lepak’. Jadi ia adalah tempat terbaik untuk buat promosi. Facebook dilancarkan pada tahun 2004. Sebelum ini posting yang dibuat boleh sampai kepada hampir semua orang.

Namun, saban hari jumlah capaian kian menurun. Untuk kita capai lebih ramai orang, kita perlu keluarkan kos. Facebook juga adalah bisnes. Mereka juga ingin membuat untung. Jadi untuk mesej kita sampai lebih ramai orang, iklan berbayar adalah alternatifnya.

Melainkan mesej kita itu viral, ramai orang share. Namun nak buat mesej itu viral, bukan kerja yang mudah. Jadi iklan berbayar perlu digunakan untuk capai lebih ramai orang.

1. Iklan Bergambar

Ini iklan jenis bergambar. Iklan yang ada gambar sahaja dan sedikit ayat.  Iklan ini biasanya digunakan untuk promosikan satu jenis produk, servis atau event.

Walaupun iklan ini  nampak macam mudah namun dengan gambar dan mesej yang menarik, ia boleh menarik minat orang berhenti skrol dan lihat.

2. Iklan Video

Ini yang sedang popular sekarang waktu artikel ini ditulis. Orang yang suka tengok video. Promosikan produk dan servis dalam bentuk video. Buat lakonan atau musik video untuk tangkap perhatian orang.

3. Iklan Carousel

Iklan ini menggunakan lebih 10 gambar atau video. Boleh gunakan iklan jenis ini jika nak promosikan lebih satu produk atau nak tekan lebih dari satu manfaat produk.


4. Iklan Slideshow

Iklan slideshow adalah pemudah cara untuk buat video. Facebook sediakan fungsi tukarkan gambar kepada video. Gunakan koleksi gambar yang ada atau video pendek dan jadikan ia satu video.

Kita juga boleh tambah lagu dan tulisan ke dalam video tersebut.

5. Iklan Collection

Sama seperti iklan carousel. Namun dalam bentuk yang berbeza iaitu dalam ‘Instant Experience’.  ‘Instant Experience’ juga dikenali sebagai landing page. Orang boleh lihat landing page tanpa meninggalkan Facebook. 

Ia juga ‘loading’ lebih cepat daripada Facebook. 

6. Iklan Lead Generation

Iklan ini paparan-nya hanya di smartphone. Objektif iklan ini kumpul lead. Biasanya orang akan offer benda percuma, diskaun. Untuk dapatkan tawaran tersebut, kita kena tinggalkan nama, emel, no telefon dan maklumat peribadi yang lain.

Selepas itu kita akan mula terima berita daripada mereka melalui panggilan, mesej, emel dan platform sosial media yang lain.

7. Iklan Messenger

Iklan ini hanya ada di Messenger. Kalau kita skrol mesej di messenger kita akan nampak iklan seperti gambar di bawah. Ia menggalakkan orang menghubungi kita terus di Messenger.

Kita sudah mengenali jenis-jenis iklan yang ada di Facebook. Sekarang kita belajar cara untuk hasilkan.

Pertama sekali, pastikan kita sudah ada Page. Jika belum ada, boleh buat di sini https://www.facebook.com/business/pages.
Jika sudah ada boleh terus pergi ke Ads Manager atau Business Manager.

Tekan butang ‘Create’. Sudah ?

1. Pilih Objektif

Image Sources: AgoraPulse

Facebook menyediakan 11 objektif yang boleh dipilih berdasarkan apa yang ingin dicapai dengan iklan yang bakal dibuat.

  • Brand awareness: Memperkenalkan brand kepada orang baru
  • Reach: Capai sebanyak mungkin orang
  • Traffic: Bawa orang ke website atau platform yang dimahukan
  • Engagement: Capai sebanyak mungkin orang untuk tingkatkan like, komen dan share pada post
  • App installs: Galakkan orang install aplikasi
  • Video views: Capai sebanyak mungkin orang untuk tonton video
  • Lead generation: Kumpul lead baru
  • Messages: Galakkan orang hubungi melalui Messenger
  • Conversions: Galakkan orang membuat aktiviti di website seperti membeli atau melihat produk
  • Catalog sales: Menghubungkan Facebook Ads dengan katalog produk
  • Store visits: Galakkan orang melawat premis perniagaan

Pilih objektif yang selari dengan apa yang kita nak capai.  Untuk contoh ini, kami memilih objektif jenis Engagement. 

2. Namakan Kempen

Beri nama kepada kempen yang bakal dibuat. Contohnya Engagement – Produk A – July.

Untuk kempen engagement ini juga diberi pilihan untuk Post Engagement, Page Like dan Event Responses.

Kami memilih Page Like.

Image Sources:hMiroMedium

3. Pilih Audience

Dekat paparan atas, kita akan lihat nama kempen dan pilihan Facebook Page yang nak di-promosikan.Jika kita ada lebih daripada satu Page, pilih page mana yang ingin dipromosi.

Skrol kebawah untuk mula cari audience yang kita nak target. Pilihan pertama adalah custom audience. Mereka  pernah engage dengan page atau website kita.

Untuk contoh ini, kami nak cari audience baru.

Image Sources: Quora

Mulakan dengan pilih lokasi, umur, jantina dan bahasa yang menjadi target.Sambil membuat pilihan, pastikan kita lihat juga saiz audience. Ini adalah anggaran jumlah orang yang kita ingin target.

Untuk detail yang lebih spesifik : Gunakan ruang ini untuk include atau exclude orang berdasarkan demographic,interest dan behaviour.  Contohnya, kita boleh target orang yang suka shopping online dan exclude orang yang tak pernah beli online.

4. Pilih Facebook Placement

Pilih dimana iklan ingin muncul.

  • Device : Mobile, desktop, atau kedua-duanya
  • Platform: Facebook, Instagram, Audience Network, Messenger.
  • Mobile devices and operating systems: iOS, Android, atau kedua-duanya.
Image Sources: NeilPatel.com

5. Set Bajet Dan Schedule

Seterusnya, tentukan berapa banyak kos yang ingin dikeluarkan untuk kempen ini. Boleh pilih sama ada daily atau lifetime budget. Seterusnya pilih waktu iklan anda nak keluar. Boleh pilih nak keluarkan sekarang atau waktu yang lain.

Image Sources: DailyMarketingHub.com

6. Buat Iklan

Pertama pilih format iklan. Sama ada single image, single video atau slideshow.  Kita juga boleh pilih untuk iklankan posting yang sudah di post di Page. Gunakan preview tools yang disediakan untuk lihat iklan. 

Pastikan setiap iklan itu nampak sempurna di setiap placement.
Disclaimer : Facebook ada peraturan untuk saiz gambar untuk setiap placement, jadi patuhinya.

Image Sources: Buffer.com

Kesimpulan

Apa yang kami nyatakan di atas adalah ilmu teknikal untuk membuat iklan di Facebook. Semua orang yang pandai menggunakan komputer, boleh mahir ilmu teknikal.

Namun yang menentukan iklan itu berjaya adalah strateginya. Faham pelanggan, buat mesej yang berkesan berdasarkan pelanggan dan strategi untuk buat orang pilih untuk membeli dengan kita. Ilmu teknikal membantu iklan kita berfungsi dengan baik.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *