Cara Tepat Melakukan Pemasaran Untuk Kedai Makan & Restoran

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pemilik kedai makan mesti rasa tertekan apabila tiada pelanggan yang datang. restoran anda hanya dipenuhi meja dan kerusi kosong, pekerja pula hanya duduk bosan kerana tiada kerja.

Tidak dinafikan lokasi juga memainkan peranan penting dalam kejayaan kedai makan. Namun, pernah tak terfikir kenapa ada kedai yang dapat jualan tinggi dan dikerumuni pelanggan walaupun kedainya terletak di ceruk-ceruk tempat yang orang tidak tahu pun.

Sebagai contoh, Coconut Shake Klebang dan Restoran Ikan Bakar Parameswara di Melaka.

Sebelum kita mula bercerita tentang pemasaran untuk kedai makan. Ada beberapa perkara yang perlu diketahui oleh para pemilik.

Perkara yang pemilik kedai makan perlu tahu.

1. Pelanggan Perlu Sebab Untuk Datang

Untuk pelanggan itu datang ke kedai kita, mereka perlukan sebab untuk datang ke kedai kita. Ada banyak kedai makan di luar sana. Apa yang membezakan kita dengan mereka. Apabila kita boleh beri sebab yang kuat, mereka boleh datang juga walaupun tempat itu memang jauh dan ambil masa lama.

Saya masih ingat lagi apabila saya masih belajar di Universiti Malaya. Ada satu tempat ni yang kami panggil sebagai ‘mapley’ di Petaling Jaya. Walaupun tempat tu jauh dari universiti, kami pergi juga kerana di sana ada nasi lemak yang sedap dan minuman Extrajoss yang ‘padu’.

Setiap malam memang ramai yang datang, ada pelajar universiti dan pekerja pejabat. Tempat itu memang terkenal dalam kalangan pelajar university sejak dari bertahun lalu dan saya tidak terkejut jika ‘junior-junior’ saya pun masih makan di situ.

2. Risiko Menjadi ‘Viral’

Ramai pemilik kedai makan yang ingin kedai mereka tular atau ‘viral’ di kawasan sekitar. Tidak salah pun, jika kita berfikiran begini. Namun, kita harus fikir juga sama ada kita dapat beri servis kepada mereka yang datang beramai-ramai secara tiba-tiba.

Ini adalah situasi yang boleh berlaku kepada anda.

Ali mempunyai kedai makan yang telah dikunjungi food blogger famous dan diberi review baik.

Kedai Ali menjadi viral di kawasan sekitar dan sosial media.

Disebabkan kedainya dikunjungi ramai secara tiba-tiba, Ali tidak dapat sediakan hidangan dengan cepat kerana staffnya tidak cukup untuk tampung jumlah pelanggan yang ramai.

Pelanggan Ali mula mengadu makanan datang lambat dan tak cukup masak. Ada yang terus beredar tanpa menunggu makanan. Makanan itu belum dibayar lagi.

Jumlah makanan yang tidak dibayar semakin bertambah kerana ada pelanggan yang cabut lari selepas makan kerana tiada staff yang memantau pelanggan.

Staff Ali mula rasa tertekan dan berhenti kerja selepas beberapa hari kerana workload yang semakin banyak.

Ali hanya mempunyai beberapa staff sahaja yang tinggal dan Ali mula risau tidak dapat bayar gaji mereka kerana untung semakin sikit akibat daripada makanan yang tidak dibayar pelanggan.

Ali tidak dapat makan gaji untuk bulan itu.

Kedai Ali terpaksa ditutup kerana kedainya menerima review buruk yang banyak oleh pelanggan di sosial media.

Baiklah. Semoga tuan puan dapat tahu apa risiko apabila kedai makan kita ‘viral’.

Jika kedai makan kita ‘viral’ dalam keadaan kita tidak cukup staff atau makanan untuk beri perkhidmatan kepada pelanggan, kedai kita akan mudah dapat ‘review buruk’. Akhirnya, pada awal dapat ‘review’ baik sekarang mendapat ‘review’ buruk.

Lebih baik kita tutup kedai beberapa hari sehinggalah kita sudah bersedia dengan jumlah staff dan Standard Operating Procedure (SOP) yang mantap.

3. Servis Yang Laju.

Servis yang laju menjadi sebab kenapa makanan ‘fast food’ menjadi pilihan ramai.

Tahukah anda, restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) akan diaudit 2 kali setiap tahun dan salah satu kriteria yang mereka nak ialah servis yang pantas.

Jika tuan puan pernah lihat filem The Founder yang mengisahkan tentang pengasas McDonald, tuan puan dapat lihat mereka sangat ambil berat tentang masa diambil untuk sediakan hidangan.

Mereka ada jam randik di tangan mereka untuk tahu berapa masa diambil untuk sediakan satu hidangan. Jika perlu mereka akan ubah kedudukan stesen di dapur supaya masa diambil lebih cepat.

4. Kedai Makan Perlukan Pelanggan Berterusan.

Kedai makan ini sifatnya dia perlukan pelanggan yang berterusan. Dia bukan perlukan pelanggan yang banyak dan dalam satu-satu masa tu saja pelanggan tu datang. Dia perlukan pelanggan berterusan atau pelanggan setia.

Bermakna dekat sini, kalau kita punya jumlah seat kedai makan kita tu boleh bawa masuk RM5 ribu sehari, bermakna tak semestinya kita perlu bawa RM5 ribu masuk. Cukuplah kalau kita capai dalam RM2 ribu, separuh, yang mana itu jumlah-jumlah yang kita boleh capai setiap hari.

Kemudian daripada situ lah baru kita boleh susun marketing kita secara teratur kerana kita dah ada target jualannya.

Pemasaran Untuk Kedai Makan

1. Pastikan Kedai Makan Kita Mempunyai Kewujudan Di Dunia Online.

Hari ni setiap orang mempunyai smartphone dan mempunyai akaun media sosial. Mereka meluangkan masa yang lama menggunakan smartphone untuk melayari media sosial.

Jika bisnes kita tidak mempunyai ‘online presence’, susah untuk kita bersaing.

Bill Gates pernah berkata,”If your business is not on the internet, then your business will be out of business.”

Anda perlu berada di engine carian seperti Google My Business dan sosial media seperti Facebook dan Instagram.

Ianya percuma sahaja untuk mempunyai ‘online presence’.

Kredit kepada Chillex Concept Cafe

2. Run Facebook Ads di Sekitar Kawasan Kedai Makan.

Facebook Ads adalah cara yang cepat dan murah supaya orang lain kenal tentang kedai makan kita. Ianya seolah-olah kita edarkan flyers di sekitar kawasan perniagaan.

Dalam setting Facebook Ads, kita boleh tentukan demografik seperti umur, jantina dan lokasi orang yang akan terima iklan.

Dengan serendah RM10, kita boleh hantar iklan ke 1000 orang di kawasan kedai makan.

Klik sini untuk belajar Facebook Ads untuk bisnes setempat.

3. Promosikan Menu Berbeza Setiap Bulan.

Ianya bukanlah bermaksud kita perlu cipta menu baru setiap bulan. Jika anda perasan, restoran besar seperti McDonald promosikan menu berbeza setiap bulan.

Sebagai contoh, bulan Januari promosikan menu A, bulan Februari promosikan menu B dan begitulah seterusnya.

Tujuan promosikan menu berbeza adalah supaya pelanggan lama ingat semula dengan kita dan datang berkali-kali.

Gunakan Facebook Ads untuk buat langkah ini.

4. Cipta Satu Hashtag (#)

Hashtag kini menjadi satu trend dalam sosial media. Hashtag memudahkan orang ramai mencari tentang kedai kita.

Sebagai contoh, di Instagram jika kita klik pada satu hashtag. Kita dapat lihat post-post lain yang mempunyai hashtag yang sama.

Kedai makan perlu mempunyai hashtag unik sendiri seperti #kedaiayamsungaiudang, #waknasikukus #nasikakwokklebang

McDonalds sendiri mempunyai hashtag mereka sendiri seperti #ayamgorengmcd. Jika kita lihat di Instagram tentang #ayamgorengmcd, kita dapat lihat lebih 5000 post tentang ayam goreng McD.

5. Menjadikan Kedai Makan Anda Insta-worthy

Ramai orang muda suka untuk tangkap gambar dan upload di dalam Instagram.

Pastikan di restoran anda, ada sesuatu yang menarik untuk mereka ambil gambar. Jika gambar itu menarik dan layak untuk diupload ke dalam Instagram bermakna restoran anda Insta-worthy.

Terdapat satu cafe di Korea Selatan yang menjadi tempat pilihan orang muda kerana ianya Insta-Worthy. Di sana ada tangga kecil yang mereka panggil sebagai “Stairway to Heaven”. Apabila gambar diambil, ianya kelihatan sangat menarik.

Rakan-rakan mereka akan mula bertanya tentang tempat Insta-Worthy ini dan anda dapat promosikan kedai makan anda secara percuma.

6. Sentiasa Minta Pelanggan Bagi Review di Sosial Media

Ramai yang mengabaikan review dari pelanggan. Pelanggan-pelanggan kita sebenarnya boleh jadi duta kecil yang boleh promosikan kedia makan kita.

Untuk menggalakkan review daripada pelanggan, restoran-restoran besar akan beri diskaun atau beri sesuatu secara percuma.

Review dari pelanggan akan pengaruhi orang ramai untuk datang. Samalah seperti kita beli barang di Lazada atau tempeh bilik di Agoda, kita mesti lihat review terlebih dahulu.

Jika review 5 bintang diberi oleh orang ramai. Insya Allah lebih ramai orang berminat untuk datang.

Bayangkan jika kita mula minta pelanggan memberi review di Facebook Page setiap hari bermula dari hari ini, pasti akan capai ratusan review tahun hadapan.

7. Buat Contest

Contest ialah cara yang bagus untuk buat pemasaran. Apabila buat contest, kita menggalakkan pelanggan untuk promosikan kedai makan kita.

Sebagai contoh, kita meletakkan syarat untuk sertai contest ialah rakam video semasa menikmati hidangan di kedai makan kita, kemudian upload di Instagram dengan meletakkan hashtag yang kita telah tetapkan.

Ramai yang menyangka apabila membuat contest, kita tiada kos pemasaran. Sebenarnya, kos pemasaran yang terlibat ialah hadiah untuk peserta contest. Mereka tidak mahu sertai contest jika hadiahnya tidak bernilai kepada mereka.

Kesimpulan

Buat kempen pemasaran secara berterusan sehingga kedai makan kita dikenali ramai dan berada di ‘top of mind’ penduduk di sekitar.

Jika anda ingin tahu sama ada kedai makan anda berada di ‘top of mind’, anda tanya mereka yang berada di kawasan sekitar seperti di bawah:

“Assalamualaikum Pak Cik. Pak cik tahu tak kat mana nak makan mee bandung?”

“Kalau nak makan mee bandung. Anak boleh pergi ke kedai sebelah pejabat pos tu.”

Ini adalah contoh pertanyaan yang anda boleh tanya kepada mereka. Jika mereka jawab kedai lain, maka kedai makan anda masih belum berada di ‘top of mind’ mereka.

Ingin belajar membuat pemasaran menggunakan Facebook Ads?

Klik di sini untuk belajar.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

2 thoughts on “Cara Tepat Melakukan Pemasaran Untuk Kedai Makan & Restoran”

    1. Boleh try > create page > readykan 1 hashtag # yang berkaitan kedai + contest tu > menang boleh offer voucher or lunch percuma bersama rakan (ikut planning + kemampuan kedai buat marketing) > contact by messenger

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *