PENTINGKAH LOKASI KEDAI MAKAN DALAM MEMAJUKAN PERNIAGAAN KITA?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Apabila kita mahu membeli rumah, pastilah kita melihat lokasinya. Malah, lokasi rumah tersebut lebih penting berbanding harga yang ditawarkan. Walaupun harga rumah yang ditawarkan lebih tinggi, namun kita pasti tetap mahukannya jika lokasi rumah tersebut strategik dan berdekatan dengan kemudahan awam serta tempat kerja kita.

Begitulah juga dengan lokasi kedai makan. Jangan kita sekadar ingat dengan memberikan servis terbaik serta makanan yang super sedap akan menjanjikan kedai kita sentiasa didatangi pelanggan. Mungkin ya pada awalnya. Namun adakah ianya mampu berkekalan?

Sebelum ini kita sering terdengar kedai makan yang tular. Pelanggannya ramai sehingga beratur. Makanannya memang sedap. Namun, oleh kerana lokasinya yang jauh daripada kediaman, kedai makan tersebut semakin berkurangan pelanggannya.

Servis dan makanan yang terbaik bukan segalanya

Ada juga kedai makan yang menyediakan makanan dan servis yang terbaik, namun oleh kerana ianya sukar untuk dijumpai, bakal pelanggan juga menjadi kecewa dan berputus asa untuk ke sana. Tidak perlulah kami menceritakan apa nama kedainya di sini.

Seperkara lagi, anda jangan ingat pelanggan anda sanggup datang jauh-jauh hanya semata-mata untuk makan di kedai anda. Jika lokasi kedai makan itu berdekatan dengan kedai-kedai lain, pastikan kedai makan tersebut menjadi pilihan. Tidak hairanlah foodcourt di pasaraya sentiasa meriah dengan pelanggan walaupun belum tentu makanannya sedap.

Kedai makan yang berada berhampiran kawasan hutan juga menakutkan para ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk ke sana. Jika anda mahu juga membuka di kawasan tersebut, mungkin anda boleh menfokuskan kepada pelanggan-pelanggan yang muda.

Apa yang penting, lokasi kedai makan amat penting dalam memajukan perniagaan kita dalam jangka masa yang panjang.

Menu untuk penduduk setempat

Pemilihan menu juga sangat penting sewaktu memilih lokasi kedai makan. Sebagai contoh, jika kita mahu membuka kedai makan berdekatan kawasan pusat pengajian tinggi, pastilah makanan yang murah seperti nasi bujang wajib berada dalam senarai menu.

Apabila kita membuka kedai makan di kawasan tumpuan pekerjaan, lauk campur sangat laku keras. Ditambah pula jika anda menyediakan air sejuk kordial secara percuma serta pilihan lauk pauk yang banyak, pastinya kedai anda akan dikunjungi dengan ramai pelanggan.

Begitulah pentingnya lokasi yang strategik serta menu yang bersesuaian dengan geografi penduduk setempat.

Di sini kami ingin kongsikan beberapa lokasi strategik untuk anda membuka kedai makan anda sendiri:

Mamak Corner

Kalau kita lihat kedai makan mamak contohnya, pastinya kita sedar mereka sangat suka meletakkan kedai makan mereka di sudut penjuru daripada deretan kedai. Perasan kan? Selain daripada saiz kedai yang lebih besar, lokasinya juga sangat strategik. Ini kerana kenderaan daripada simpang dapat melihat dengan jelas lokasi kedai makan mamak tersebut.

Bila kita memandu di simpang jalan atau di penjuru jalan, pastinya kita memperlahankan atau memberhentikan kenderaan, bukan? Ha, kerana itulah lokasi penjuru kedai sangat strategik untuk membuka kedai makan.

7 Eleven

Seperti yang kita tahu, kedai serbaneka 7 Eleven merupakan gergasi kedai runcit di dunia. Kedainya kini merata di seluruh dunia. Namun tahukah anda, sebelum mereka membuka kedai 7 Eleven, mereka akan mengkaji terlebih dahulu sama ada ianya strategik ataupun tidak.

Apa yang kita boleh pelajari di sini?

Ya, kita juga boleh membuka kedai makan kita berdekatan dengan kedai 7 Eleven! Dengan cara ini, kita sudah jimatkan masa untuk mencari lokasi yang strategik kerana pihak pengurusan 7 Eleven telah membantu anda untuk mencari lokasi yang tepat.

Bagaimana? Anda sudah mula terfikirkan lokasi yang strategik bagi kedai makan anda?

Belajar lagi cara naikkan jualan kedai/premis/bisnes setempat anda dengan panduan step by step FB Ads setempat.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *