3 PUNCA UTAMA BISNES TAK GROW

  • 19
  •  
  •  
  •  
  •  
    19
    Shares

Mengikut fakta, 93% bisnes tutup dalam masa 3 tahun. 5% lagi akan tutup dalam masa 5 tahun. Hanya 2% akan survive.

Hal ini kerana bisnes baru banyak membuat 3 kesilapan utama ini dalam bahagian marketing & sales.

Baca artikel ringkas ini sehingga habis untuk kenalpasti 3 punca utama bisnes anda tak grow & masih stuck di level yang sama.

(1) Tidak konsisten memperoleh pelanggan baru.

Kebanyakan mereka tidak konsisten dalam membuat marketing & sales. Mereka tidak berani untuk spend.

Ramai yang ambil langkah selamat dengan mindset untuk jimat. Sedangkan mindset yang kena pegang ialah “Kita nak untung”.

Hakikat yang pedih ialah kalau nak untung memang tak boleh jimat. Tambahan pula, kita bisnes baru. Mesti spend supaya lebih ramai tahu bisnes kita.

Apabila dah ada banyak fan base & buyer, dari situ kos kita dapat berkurang. Hal ini kerana, happy customer akan buat bisnes kita cepat grow tanpa kos yang tinggi.

Namun, ramai pula yang buat silap ke dua iaitu…

(2) Tidak menjaga pelanggan sedia ada.

Peniaga baru sentiasa fokus untuk cari pelanggan baru sehingga mengabaikan customer lama atau customer sedia ada.

Sedangkan kos untuk memperoleh customer baru 8x lebih mahal dari mengekalkan pelanggan sedia ada.

Kebanyakan alasan mereka ialah mereka bergerak solo atau kekurangan team. Hal ini kerana mereka mengutamakan team sales & marketing sahaja.

Sepatutnya, kita wajib mewujudkan team customer happiness untuk memastikan customer berpuas hati dengan produk/servis kita.

Tapi biasa lah mindset mereka ialah nak jimat. “Tak payah la. Kena bayar gaji lagi. Buat sales je la banyak-banyak dulu. Jimat sikit.”

Mindset yang usahawan kena pegang ialah always have a vision atau sentiasa berpandangan jauh.

(3) Tidak ada customer journey yang panjang.

Dah beli 1 produk. Dah habis. Nak tunggu customer repeat order kena tunggu 2-3 bulan sekali.

Hal ini yang berlaku kepada founder product atau penyedia servis yang hanya ada 1 jenis produk/servis sahaja.

Oleh itu, memang Customer LTV kita akan pendek. Ini punca utama bisnes kita tak grow sebab customer kita pun tak grow.

Sepatutnya, kita kena merangka perjalanan pelanggan (customer journey) kita. Selepas beli produk A, kita akan offer servis B dan seterusnya.

Sebagai usahawan, kita wajib belajar tentang business funnel. Dengan menyusun funnel yang baik, bisnes kita akan:

    • Mudah mendapat pelanggan baru.
    • Mudah menjaga pelanggan lama.
  • Mudah untuk berkembang.

Nak belajar lebih lanjut tentang bisnes funnel? Berita gembira. 100% percuma untuk anda yang serius sahaja.

KLIK SINI UNTUK BELAJAR BUSINESS FUNNEL.


  • 19
  •  
  •  
  •  
  •  
    19
    Shares

3 thoughts on “3 PUNCA UTAMA BISNES TAK GROW”

  1. Terima kasih puan.. Ye saya sgt2 memerlukan auto marketing.. Punca tidak dpt memberi 100% komitmen pada fb marketing sendiri

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *