Seminar Forensik Kewangan Enterprise

"Mahukah Anda Belajar Konsep Enterprise, Urus gaji, Urus Wang Bisnes & Urus Hutang?"

Selama 3 jam ini, anda akan belajar bagaimana untuk mengetahui ke mana duit bisnes pergi dan mengapa anda tidak mampu bayar gaji sendiri. 

Anda juga akan belajar bagaimana untuk mengurus duit bisnes.

23-24 Julai, (Sabtu-Ahad)

Hari
Jam
Minit
Saat

Kami Faham, Ini Masalah Yang Buat Anda Pening Kepala Hadapi Sekarang…

Pemilik bisnes mempunyai masalah untuk mengesan ke mana duit dibelanjakan sehingga Cuma merasakan mereka Cuma dapat penat sahaja sepanjang mereka menjalankan bisnes.

Akhirnya mereka rasa kepenatan dan keletihan mereka itu tidak berbaloi. Ditambah lagi dengan pelbagai permintaan pematuhan seperti kena bayar cukai, caruman kwsp dan perkeso seakan-akan sangat membebankan pemilik bisnes.

Tetapi mengapa pemilik bisnes ini kelihatan sangat tertekan dengan semua cabaran ini? Atau mereka sebenarnya tidak tahu keuntungan mereka itu dalam bentuk apa?

Tidak Tahu Duit Ke Mana?

Tidak Mampu Bayar Gaji Sendiri?

Tidak Faham Cara Urus Duit Enterprise?

Ini Manfaat Apabila Anda Tahu Urus Duit

Setelah tuan puan mahir dalam urus duit, sangat besar manfaat yang tuan boleh dapat untuk menaikkan lagi jualan & kembangkan bisnes tuan.

Anda tahu bagaimana mengurus duit bisnes dan duit peribadi.

Anda tahu bagaimana untuk pemilik bisnes boleh bayar gaji sendiri.

Anda dapat menyelesaikan masalah kebocoran duit bisnes.

MAIN TOPICS

Apa Yang Anda Akan Belajar?
(Hint: Ada 4 Modul)

Kami bawakan 3 modul yang sangat penting untuk tuan puan mula belajar konsep milikan enterprise, pengurusan gaji, pengurusan kewangan bisnes & pengurusan hutang.

Semua topik ini disusun supaya tuan puan mudah faham untuk terus aplikasikan dalam bisnes tuan tuan hari ini juga.

Modul 1: Memahami Konsep Milikan Enterprise

Dengan mempelajari konsep milikan enterprise kita dapat mengatur cara kita bekerja dengan lebih tersusun dan teratur.

Kita juga belajar memahami bagaimana sebenarnya cara enterprise bekerja dan apakah enterprise dari sudut perundangan.

Modul 2: Pengurusan gaji pemilik enterprise

Dalam modul ini tuan puan akan belajar bagaimana cara untuk menetapkan gaji tuan puan sebagai pemilik enterprise.

Tuan puan juga akan belajar asas pengurusan kewangan pemilik enterprise

Modul 3: Pengurusan duit enterprise Supaya Tidak bocor

Dalam modul ini tuan puan akan belajar bagaimana mengesan punca kebocoran duit enterprise dan cara untuk menyelesaikan masalah duit bocor.

Modul 4: pengurusan hutang Pemilik Bisnes enterprise

Dalam modul jni tuan puan akan belajar apa itu hutang. Tidak semua hutang itu tidak baik. Tetapi sudah tentu mesti ada cara untuk menguruskan hutang dengan baik.

Dalam modul ini tuan puan akan belajar bagaimana menguruskan hutang tersebut.

Speaker Anda

Saifullah Suratmin,
CEO Outsource Accounting

Kelayakan beliau untuk bantu anda:

  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dan Kewangan Dari University Of The West Of England (UWE) Bristol.

  • Berpengalaman 1 Tahun Sebagai Juru Audit Junior Di Syarikat Audit.

  • 2 Tahun Di Anak Syarikat Johor Corporation (Edaran Badang Sdn Bhd) Sebagai Eksekutif Akaun.

  • 8 Tahun Pengalaman Dalam Mengurus Akaun Bisnes SME.

Oleh itu, beliau memang berkelayakan untuk membantu anda dalam bidang kewangan.

Anda Juga Boleh Daftar Bengkel Forensik Bedah Kewangan Untuk Anda Dapat Buat Keputusan Bisnes Yang Lebih Tepat.

Apabila mendapat penyata kewangan, pemilik enterprise tidak tahu bagaimana untuk menganalisa data yang ada di tangan.

Oleh itu, amat penting untuk mereka tahu apakah data yang patut dilihat.

Ini kerana berdasarkan penyata kewangan, banyak keputusan yang boleh dibuat secara mikro yang amat penting untuk pengurusan bisnes.

Apa Yang Anda Akan Belajar?
(Hint: Ada 4 Modul)

Modul 1: Bahagian penyata kewangan

Dalam modul ini peserta perlu bawa penyata kewangan mereka untuk sama-sama melihat dan belajar bagaimana penyata kewangan itu disediakan.

Modul 2: Penyata untung rugi

Dalam modul ini, dengan penyata untung rugi masing-masing akan melihat bagaimana prestasi diukur menggunakan penyata untung rugi.

Apakah elemen dan nisbah yang perlu diukur dalam penyata untung rugi untuk melihat prestasi bisnes.

Modul 3: Penyata kedudukan kewangan

Dalam modul ini, dengan penyata kedudukan kewangan bisnes masing-masing akan melihat kesihatan bisnes mereka.

Apakah elemen yang penting dalam menilai kesihatan bisnes mereka.

Modul 4: Membuat Keputusan kewangan

Dalam modul ini apakah jenis keputusan yang boleh dibuat berdasarkan penyata untung rugi dan penyata kedudukan kewangan.

Antaranya seperti kawalan kredit, analisis keuntungan dan juga apakah perlu untuk menaikkan harga jualan.

Maklumat Kursus

Lokasi

Bilik Seminar ABS Digital,
No 26-2F, Jalan Setia Perdana BB U13/BB, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

Tarikh

Seminar: 23 Jul (Sabtu)
Bengkel: 24 Jul (Ahad)

Masa

Seminar: 10 pagi – 1 petang
Bengkel: 10 Pagi – 4 petang

Yuran Seminar & Bengkel Forensik Kewangan Pemilik Bisnes Enterprise

Setakat ini, kami ada 2 pakej yang anda boleh daftar iaitu Pakej Seminar & Pakej Semengkel (Seminar + Bengkel).

Pakej Seminar untuk sesi penerangan dan pendedahan kepada konsep milikan enterprise, pengurusan gaji, pengurusan kewangan bisnes & pengurusan hutang.

Pakej Semengkel (Seminar & Bengkel) lebih kepada praktikal iaitu kami akan ajar anda buat keputusan bisnes berdasarkan penyata kewangan yang anda dapat.

Namun, bengkel ini terhad untuk 20 orang sahaja.

Pakej Seminar

RM70

Pakej Semengkel
(Seminar + Bengkel)

RM250

Apa Pakej Yang Sesuai Untuk Anda?

Kami sangat rekomen anda dapatkan Pakej Semengkel supaya anda habis sahaja sesi ini, anda sudah boleh mengurus kewangan dengan lebih efisyen dan membuat keputusan bisnes yang lebih tepat.

Bagi anda yang nak dapatkan pendedahan terlebih dahulu, anda boleh cuba daftar pakej Seminar dahulu.

Isi Borang Daftar Di Bawah

1. Tuan puan boleh mula isi borang di bawah.
2. Kemudian, tuan puan lakukan bayaran.
3. Akhir sekali, tuan puan akan terima whatsapp untuk langkah seterusnya.