5 Soalan Lazim Cara Lakukan Pemasaran Daripada Pemilik Kedai Fizikal Atau Bisnes Setempat

Ditulis oleh Tim ABS Digital

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Beberapa bulan lalu, kami mengumpulkan soalan daripada pemilik bisnes yang mempunyai kedai fizikal atau menjalankan perniagaan di kawasan setempat.

Kami menjawab soalan mereka dan himpunkannya di sini. Moga perkongsian ini dapat membantu perniagaan tuan puan.

(Klik soalan di bawah untuk dibawa terus ke jawapannya)

Soalan 1

"Saya menjual diapers premium dari Korea dan stokis minyak wangi ABC. Macam mana saya nak buat hebahan penjualan dari peristiwa di kawasan setempat ? Saya banyak iklan dalam group WhatsApp FB kawan sahaja. Macam mana saya nak hebahkan lagi perniagaan saya di kawasan setempat tanpa membuka kedai?"

Puan Atikah

Jawapan:

Baik sebenarnya banyak cara kita boleh guna. Salah satunya kalau kita nak guna cara yang paling mudah dan paling murah, kita boleh print flyers ataupun kita boleh buat banting atau banner yang mana kita letak banting atau banner di kawasan yang memang ibu bapa selalu lalu.

Sebagai contoh, di keliling kawasan taska. Kita kenal pasti yang mana kawasan-kawasan taska yang terdekat dengan kawasan kita. Kita letak di situ kerana dekat situ target market dia memang menggunakan diapers.

Kemudian ada juga cara kita boleh guna flyers ni kita hantar kepada pasar malam yang mana kebanyakan ibu bapa datang sana berbelanja.

Mungkin kita boleh hantar ke dalam peti surat di kawasan-kawasan perumahan yang mana kawasan-kawasan perumahan yang dikenal pasti memang kawasan perumahan ibu bapa.

Itu cara yang pertama yang paling mudah.

Cara yang kedua kita boleh run FB ads atau kita boleh gunakan FB ads untuk masuk ke dalam telefon orang-orang setempat yang mana kita boleh sasarkan mereka ini dengan cara pinpoint location dalam setting FB Ads.

Jadi, kita tengok mana-mana taska yang ada dekat kawasan kita, kita pin location di situ dan kita schedulekan. Sebagai contoh, kita schedulekan daripada pukul 6 pagi sampai 9 pagi yang mana ibu bapa datang situ.

Kemudian, kita schedulekan lagi daripada pukul 4 petang sampai pukul 7 malam. So iklan kita tu akan berjalan pada waktu yang premium sahaja dan akan sampai tepat pada target market yang kita nak cuma bezanya kita kena selalu buat iklan-iklan berbeza supaya tak boring dan dalam iklan tu pula kita straight forward menjual.

Kerana kita dah kenal pasti audience kita dan kita boleh terus letak harga kita boleh terus letak CTA untuk WhatsApp dan sebagainya. So saya harap tips ini dapat membantu puan Atikah.

Klik sini untuk belajar Facebook Ads untuk bisnes setempat.

Soalan 2

Macam mana nak tarik customer untuk datang ke premis kita secara offline? Saya dah cuba banner dan flyers.

Tuan Aziz

Jawapan:

Baiklah, kalau kita dah guna banner dan flyers, kita kena tengok juga adakah banner dan flyers ni membantu untuk orang datang ke bisnes kita.

Kebiasaannya, bila kita guna banner dan flyers ni, kita kena harus faham bahawa kita tak boleh terlampau banyak offer dalam banner dan flyers kita. Kalau boleh letak satu offer yang spesifik sahaja yang boleh buat orang datang kedai. Sebagai contoh, kalau kita jual kek,

  • kita letakkan kek kita yang paling best atau
  • yang paling berkualiti atau
  • mungkin yang paling murah sekali dalam range harga itu.

So, apabila kita buat begitu orang akan ada sebab untuk datang ke premis atau kedai kita.

Dalam flyer atau banner itu kita harus letak maklumat yang membolehkan orang untuk capai kita

  • Kalau kita ada website kita kena letak website kita dalam tu,
  • Kalau kita ada nombor telefon kita letakkan nombor telefon kita dalam tu.

Kalau flyers yang memang kita hantar ke tempat-tempat yang orang ada masa untuk baca sebagai contoh kita hantar ke luar rumah, jadi tiada masalah jika flyers tu kita nak letak maklumat-maklumat detail dan sebagainya. Tapi kalau kita hantar flyers yang mana kita letak dekat kereta ke, kita letak dekat peti surat peti surat pejabat ke apa.

Kebanyakan masa mereka tiada masa nak baca flyers kita jadi kita letakkan flyers yang paling simple dan paling direct. Sebagai contoh, kalau kita letak kek, harga kek tu sekian-sekian. So kita terus cakap kat mereka harga kek sekian-sekian dan boleh dapatkan di sini.

So letakkan CTA whatsapp atau letaklah QR code untuk mereka terus contact dengan kita. Kalau kita dah buat begitu tapi masih kurang sale juga maknanya ada masalah dari segi distribution.

Contoh QR Code

Kebanyakan orang fikir bila mereka ada 10 ribu flyers, mereka nak hantar kepada 10 ribu orang sedangkan apa yang biasa kita amalkan adalah kita ada 10 ribu flyers, kita akan pilih mungkin 2 tempat sahaja atau 3 tempat sahaja yang kita akan ulang-ulang bagi sebanyak 3 atau 4 kali.

Kalau kita ada 10 ribu flyers, kita kena pilih kawasan yang mana lebih kurang 2 ribu orang untuk kita hantar sebanyak 5 kali. Ini sangat penting ye sebab kita perlukan frequency untuk pelanggan ingat kita.

Lebih kerap pelanggan melihat flyers kita, lebih tinggi kebarangkalian untuk mereka bertindak.

Kalau mereka tak jumpa atau mereka tak ingat kita so takde sebab mereka nak datang ke kedai kita.So mesej yang jelas dalam flyers tu juga sangat penting kerana kalau mesej tak jelas, kebanyakan masa orang akan buang flyers kita, jadi diharap tuan Aziz dapat sedikit sebanyak daripada perkongsian ini. 

Soalan 3

Macam mana nak kuasai wilayah perniagaan kita apabila terlalu banyak bisnes yang serupa dengan kita? Setakat ni saya dah cuba banner, flyers dan FBads tapi masih kurang menonjol. Contoh bisnes kedai makan.

Tuan Fazrul

Jawapan:

Untuk kedai makan, kebiasaanya kita kena faham 1 perkara. Kedai makan ini sifatnya dia perlukan pelanggan yang berterusan. Dia bukan perlukan pelanggan yang banyak dan dalam satu-satu masa tu saja pelanggan tu datang. Dia perlukan pelanggan berterusan atau pelanggan setia.

Bermakna dekat sini, kalau kita punya jumlah seat kedai makan kita tu boleh bawa masuk RM20 ribu sehari, bermakna tak semestinya kita perlu bawa RM2 ribu masuk. Cukuplah kalau kita guna dalam lebih kurang average RM1 ribu, separuh, yang mana itu jumlah-jumlah yang kita boleh capai setiap hari.

Kemudian daripada situ lah baru kita boleh susun marketing kita secara teratur kerana kita dah ada target jualannya.

Nak menonjol dengan tak menonjol ni adalah satu perkara yang sangat susah kita nak buat.  Kebanyakan kedai makan di Malaysia hanya dinilai daripada segi makanan, rasa makanannya. Lagi-lagi kalau kita buka kedai makan yang marhaen. Sebagai contoh, kedai tomyam, kedai makan masak lauk tengah hari dan sebagainya.

So harga mainkan peranan penting.

Yang kedua kita kena faham juga bahawa setiap kedai dia kena ada sesuatu yang unik. Menu yang unik. Bermakna orang datang ke kedai itu kerana nak makan  menu itu.

Kalau boleh sebulan sekali atau 2 bulan sekali, keluarkan satu menu yang boleh kita guna untuk buat marketing, the real marketing. Kerana kalau kita tengok balik restoran-restoran besar, mereka selalu ada seasonal punya menu. Mereka ada menu-menu yang mereka keluarkan mengikut tarikh-tarikh tertentu.

Macam kita tengok kalau McD dia ada burger samurai burger, KFC pula ada Ayam Korea dan sebagainya, menu-menu ini biasanya dikeluarkan sebanyak 3 atau 4 kali setahun.

Tujuannya menu ni bukan nak bagi sale naik. Mereka hanya nak membawa masuk pelanggan-pelanggan yang mungkin dah beli 2 , 3 bulan lepas, nak datang balik ke McD. Nak datang balik ke KFC. Kalau dapat sale naik tu biasa mereka akan anggap bonus sahaja, tapi yang lebih penting, mereka nak sales yang konsisten.

Contoh peperangan menu ayam antara McD & KFC di China

So kalau tuan nak cuba kan sales yang konsisten, dia ada 3 perkara yang tuan kena pandang.

Yang pertama sekali tuan kena visible di depan ataupun tuan kena selalu nampak di depan mata pelanggan tuan. Bermakna kalau buat banner jangan buat banner sebulan sekali, buat setiap bulan. Kalau tuan buat FBads, jangan run seminggu sekali saja, run sepanjang bulan.

Yang kedua, tuan kena cari sebab kenapa orang kena datang kedai tuan. Kalau kata sebab murah, murahlah, kalau kata makanan yang sedap, sedaplah.

Kemudian yang ketiga tuan kena cari cara macam mana nak bawa orang yang datang makan tu datang berkali-kali ke kedai tuan. So, ada banyak caralah, tuan boleh kukuhkan customer service tuan, tuan boleh buat follow up campaign, dan sebagainya. So dalam banyak masa kita boleh tengok bahawa kempen-kempen tuan pernah buat atau mungkin akan buat iniinsyaAllah akan berhasil kalau ada 3 elemen ini.

So saya ucapkan selamat berjaya kepada tuan, jumpa lagi dalam video akan datang.

Soalan 4

Apa nak buat bila ada new player masuk kawasan kita and offer lower price?

Sam

Jawapan : 

Baiklah, apabila ada player baru masuk dalam kawasan kita dan offer lower price saya tak tahu nak cakap macam mana. Just kita boleh harap bahawa dia tak lama lah main lower price dia tu. Sebab itu kita kena ada pricing stratergy.

Sebagai contoh, yang masuk itu mungkin macam-macam kita punya level sahaja, tak berapa besar pun. Dia hanya boleh bagi harga murah 2 3 bulan. So, bagi saya takda masalah.

Masalahnya bila ada kedai yang dikenali ramai dan offer harga murah, contohnya, kedai runcit ada 10 kedai runcit, tiba-tiba masuk 99 speedmart. Itu memang masalah besar.

So tak boleh buat apa kat situ. So kita kena tengok dulu pesaing kita macam mana. Kalau kata kita boleh survive dengan harga yang kita tawarkan pada market yang sama, so kita teruskan. Kalau tak boleh, kita teruskan harga itu so kita kena tukar customer segment kita atau kita kena tukar produk kita.

Sebab apa tuan puan, tidak berbaloi untuk kita gaduh pasal harga murah ni pasal kita letakkan harga mungkin sudah paling murah tapi tiba-tiba datang sorang yang baru letak harga yang murah lagi.

Mereka ada unfair advantage sebagai contoh mereka ada kredit berbulan-bulan berbanding kita kena beli cash untuk simpan stok. Jadi tak berbaloi untuk kita bergaduh dengan mereka berkenaan harga murah ni. Kalau tanya saya, nasihat saya yang pertama sekali kita kena tengok balik poket kita.

Adakah poket kita cukup tebal untuk kita bersaing dengan mereka? Kalau poket kita tak cukup tebal jangan buang masa. Sama ada kita tingkatkan USP kita lebih bagus dari mereka, ataupun tingkatkan customer servis supaya lebih baik daripada mereka.

Yang kedua kita kena kuatkan trust. Biasanya kalau kata ada dua barang yang sama, pada kualiti yang sama, orang akan pilih yang lebih mereka percayai untuk beli. So, oleh kerana kita dah lama kat situ maka kita ada unfair advantage iaitu kita ada kepercayaan daripada pelanggan-pelanggan lama, so kena gunakan itu betul-betul.

Kemudian yang ketiga tuan boleh belajarlah untuk cuba marketkan produk tuan melalui online. Jangan hanya tumpu pada kedai sahaja. Dalam dunia online ni ada lebih banyak persaingan, lebih tinggi sebenarnya persaingannya bila bab harga ni. Cumanya tuan boleh control dengan siapa tuan nak berurus niaga dan kepada siapa tuan nak sampaikan barang tuan.

Klik sini untuk belajar Facebook Ads untuk bisnes setempat

Dan kebanyakan orang yang berurus niaga online ni yang beli barang online ni mereka akan lebih yakin kalau kata kedai tu, orang yang berniaga online tu ada kedai fizikal. So tuan boleh gunakan kelebihan itu jika tuan mahu tukar target segmen atau tuan mahu pelanggan baru.

Saya ulang lagi sekali, kalau kata kita tak cukup bajet ataupun kewangan kita tak cukup tebal untuk bersaing dengan harga-harga murah ni, baik kita jangan buat lah. Jangan buang masa, kita akan sakit sendiri. So tuan boleh buat keputusanlah berdasarkan apa yang saya cuba sampaikan, terima kasih. Jumpa pada video akan datang.

Soalan 5

Macam mana nak tahu dan anggar tahap awareness penduduk sekitar terhadap kewujudan servis yang kita buat?

Tuan Am

Jawapan :

Saya selalu kata pada mereka yang mempunyai kedai fizikal supaya buat kedai kita sampai jadi “top of mind” di sekitar kawasan bisnes.

Contoh jenama besar yang berada dalam Top Of Mind kita

Bila orang tanya sebagai contoh kita buka kedai gunting rambut, kalau kata ada sedara nara yang datang dari jauh, datang ke rumah si A ni. Dan si A ni duduk di kawasan kita, bila dia tanya pada si A, “A aku nak gunting rambut, kat mana sini ada kedai gunting rambut?”

Kita nak sampai si A tu boleh jawab,”Oh ada kedai gunting pak mat kat tepi tu.” Kita nak sampai si A tu boleh jawab begitu.

So kalau boleh bisnes setempat ataupun bisnes yang ada kedai ini,yang memerlukan pelanggan datang ke kedai kalau boleh tuan puan wajib buat sampai jadi begitu. So benda ni dia kena buat secara berterusan. Bukan sekali sekala.

Contohnya kedai gunting rambut tadi kan,

  • kita boleh buat gunting rambut percuma untuk ahli-ahli kariah masjid sebagai contoh.
  • Kita boleh buat gunting rambut percuma untuk kanak-kanak tadika.
  • Kita boleh buat gunting rambut percuma untuk sekolah-sekolah menengah ataupun untuk guru-guru sekolah di kawasan kita.

So kita ambil yang percuma itu sebagai kos marketing kita untuk memperkenalkan bisnes kita kepada mereka-mereka ini. Sebab mereka-mereka ini adalah pelanggan-pelanggan yang akan gunakan servis kita nanti. Dan mereka ini adalah pelanggan-pelanggan yang berdekatan dengan kita yang mana itulah market yang kita nak sasarkan.

So kalau nak kira tahap awareness kita punya kedai ni bagus ke tak bagus, kita pergi ke pasar malam, pergi tanya kat orang pasar malam kenal tak kedai kita. Kalau mereka majoriti tak kenal kedai kita, maka kita wajib buat initiatif baru lah untuk make sure orang kenal kita.

Ramai orang fikir bila buka kedai orang hanya walk in je kedai kita. Sebenarnya tak, ramai orang akhirnya mati bisnesnya dan kedai mereka tutup kerana mereka berfikiran sebegitu.

Sebab pesaing terlampau banyak. Orang terlampau banyak pilihan. So kita kena cari sebab kenapa orang kena datang ke kedai kita dan kita kena cari sebab untuk bagitahu pada orang kedai kita. So kempen-kempen awareness macam ni sangat penting untuk tuan-tuan dan puan-puan.

Jadi jangan skip untuk buat. Jangan rasa rugi untuk buat untuk long term kerana ianya sangat berkesan untuk bisnes kita. Jumpa dalam video akan datang.

Ingin belajar bagaimana untuk membuat Facebook Ads untuk bisnes setempat?

Klik sini untuk mendapatkannya