6 Strategi Mengekal Pelanggan ke Kedai Atau Premis Anda

Strategi Mengekalkan Pelanggan Untuk Bisnes Setempat
  • 406
  •  
  •  
  •  
  •  
    406
    Shares

Hampir semua bisnes mengusahakan untuk dapat pelanggan baru untuk beli produk mereka. Tapi tahukah anda, pelanggan lama ni lah sebenarnya  majoriti jualan kita.

Customer retention adalah keupayaan bisnes kita untuk menarik dan mengekalkan pelanggan.

Ibaratnya macam gerai nasi lemak, kebanyakan jualan mereka datang dari pelanggan yang dah beli berulang-ulang kali, berbanding pelanggan yang baru saja cuba nasi mereka.

Dalam post ini saya kongsikan strategi yang anda boleh guna untuk mengekalkan pelanggan dan meningkatkan jualan.

1.Interaksi personal

Interaksi personal atau ‘personalization’ ni, bermaksud kita jadikan pengalaman pelanggan dengan produk atau servis kita ada hubungan yang lebih lagi daripada hanya penjual dan pembeli.

Sebagai contoh, kedai tudung A , menyediakan bekas istimewa khas untuk pelanggan mereka letak beberapa tudung  untuk mereka bandingkan warna sebelum membuat pilihan.

Mereka faham pelanggan mereka ada masalah nak pegang tudung banyak jadi mereka sediakan bekas istimewa tersebut untuk pelanggan mereka.

Jadi dengan perubahan kecil mereka berbanding kedai lain ni, mereka telah membina hubungan yang lebih personal dengan pelanggan mereka.

Jadi anda boleh nampak hubungan pelanggan dengan produk mereka ni lebih mendalam berbanding urusan jual beli biasa.

Anda pun boleh buat dalam bisnes anda, semudah-mudah tulis nama mereka atau sertakan kad terima kasih, ataupun, diskaun 30% waktu hari jadi mereka, pun dah memadai.

Interaksi personal fb ads
Kredit kepada starbucks.com.my

2. Adakan customer loyalty program

Customer loyalty program ni macam membership atau mendaftar untuk menjadi ahli produk mereka.

Pelanggan bayar untuk menjadi ahli produk anda. Dan melalui keahlian tersebut, anda boleh tawarkan manfaat-manfaat seperti mengumpul mata untuk tebus ganjaran, diskaun 20% untuk setiap pembelian, dan macam lagi.

Sebagai contoh, panggung wayang MBO cinema. Daripada database pelanggan yang daftar membership mereka, setiap pelanggan akan dapat email waktu hari jadi mereka. Bukan tu saja, mereka juga dapat tiket wayang percuma khas untuk mereka sempena hari tersebut.

membership-fb ads setempat
Kredit kepada mbocinemas.com

Klik di sini untuk belajar membuat Facebook Ads untuk bisnes setempat?

3. Customer service yang aktif

Customer service ni adalah tiang kepada bisnes anda. Mereka ni lah imej bisnes kita kepada pelanggan. Mereka lah yang paling banyak berinteraksi dengan pelanggan.

Sebagai contoh, ada satu kedai Starbucks di Amerika Syarikat di mana staf mereka terdiri daripada orang yang reti guna bahasa isyarat.

Jadi bila ada pelanggan  bisu datang, bayangkan betapa gembiranya mereka bila dapat berhubung dengan staf untuk order kopi.

Ada juga banyak post dari pelanggan mereka yang mengatakan ada staf yang sanggup berikan payung untuk mereka waktu hujan lebat, ada yang tolong jagakan barang mereka waktu mereka pergi ke tandas ,  tolong tengokkan anak dan layan anak mereka waktu mereka ada urusan sebentar, dan macam lagi.

Pelanggan berulang adalah pelanggan yang bukan sahaja puas hati dengan servis anda, tapi yang rasa seolah-olah mereka berbudi sangat dengan anda.

Caranya mudah saja, berbuat baik kepada pelanggan dan berbudi kepada mereka. Jangan layan mereka semata-mata nak duit sahaja.


Kredit kepada starbucks.com

4. Ada pegangan

Sekarang ni banyak brand ada pegangan mereka sendiri berdasarkan isu-isu semasa. Ada banyak manfaat yang bisnes ni boleh dapat dan antara manfaat terbesarnya adalah customer retention.

Mengikut kajian , 64% pelanggan pilih jenama atau bisnes itu kerana pegangan mereka. Contohnya Apple, dengan pegangan untuk menjadi berbeza dari orang lain, atau Nike yang mementingkan motivasi dan semangat.

Bila bisnes anda komited dengan pegangan dan pendirian itu, pelanggan akan bina hubungan yang lebih bermakna dengan anda dan akan mendorong kepada jualan berulang yang lebih banyak dalam jangka masa yang lebih lama.

5. Bina komuniti

Komuniti mampu membina hubungan yang lebih natural di antara bisnes kita dan pelanggan. Secara tak langsung dapat meningkatkan jualan daripada pelanggan tersebut.

Anda boleh bina komuniti melalui group media sosial, fanpage, meet-up atau aktiviti bulanan dengan komuniti tersebut, dan banyak lagi.

Antara manfaat membina komuniti adalah supaya mereka datang balik kepada kita dan juga meningkatkan kepercayaan kepada bisnes kita.

6. Hubungan selepas pembelian

Waktu lepas pembelian atau post purchase interaction dapat mengekalkan pelanggan sedia ada.

Contohnya macam MBO cinema tadi, walaupun pelanggan dah tengok wayang dan beli keahlian mereka, pelanggan mereka tetap terima email bulanan seperti promosi khas untuk mereka saja.

Ataupun gerai nasi lemak, mereka boleh tanya pelanggan akan lauk kegemaran, feedback, atau percuma kuih, sebagai tanda terima kasih.

Bila pelanggan dah beli dengan anda, jangan lupakan mereka dan fokus tentang jualan semata-mata, sebaliknya, follow up dengan pelanggan, minta feedback, dan berikan mereka value.

Benda-benda kecil inilah yang buat pelanggan anda kembali kepada anda berbanding pergi ke kedai orang lain.

Banyak lagi strategi yang anda boleh gunakan untuk mengekalkan pelanggan untuk meningkatkan jualan, yang penting, anda ambil berat tentang mereka.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan saya doakan anda dapat tingkatkan jualan anda dengan maklumat ini.

Ingin belajar membuat Facebook Ads untuk bisnes setempat?




  • 406
  •  
  •  
  •  
  •  
    406
    Shares

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *