Tips Tambah Pendapatan Di Media Sosial

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tips Tambah Pendapatan Di Media Sosial

Siapa yang tidak suka menambah pendapatan? Semua orang menyukainya. Namun, apa yang berat sebenarnya ialah usaha yang perlu dilakukan untuk menambah pendapatan. Mahu kerja tambahan untuk tambah pendapatan? Oh Tidak!

Tetapi apa yang hairan, orang kita boleh pula menghabiskan sebegitu banyak masa di media sosial. Sebenarnya, adakah mereka mampu mengaut pendapatan tambahan hasil mereka ‘menghuni’ dan check in dalam media sosial? Pastilah tidak.

Walaupun begitu, kita sebenarnya boleh menjana pendapatan tambahan hanya melalui media sosial sahaja. Bagaimana? Mari kami kongsikan 5 caranya:

  • Promosikan Produk Affiliate

Jika anda selalu bergelumang dalam dunia media sosial, apa kata anda promosikan sekali produk affiliate. Mana tahu rezeki anda datang dari sini.

Affiliate merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk menjana pendapatan. Kita tidak perlu try hard dan follow up bagai. Apa yang penting, kita cuba sebarkan sebanyak mungkin link affiliate kita ke merata alam media sosial.

Dengan affiliate, kita mampu menjana pendapatan jika pelanggan membeli produk melalui link kita. Kita tidak perlu menulis copywriting berjela, membuat poster mahupun video serta meyakinkan prospek dengan himpunan feedback dan testimoni positive. Biasanya, semuanya akan diperincikan dalam web jualan affiliate.

Benar, jika anda serius mahu menjana pendapatan melalui penjualan produk affiliate, perlulah ada strategi. Tetapi bagi permulaan, cukuplah untuk anda kongsikan terlebih dahulu link affiliate anda ke media sosial milik anda.

Anda boleh kongsikan pautan link affiliate anda di Facebook, group whatsApp, Istagram, Twitter mahupun Youtube. Tetapi ingat, jangan sesekali SPAM link affiliate anda sehingga membuatkan orang merasa kurang senang.

  • Blog

Sebenarnya sudah ramai blogger yang menjana pendapatan hasil daripada penulisan di blog sejak dahulu lagi. Cuma, jika anda serius mahu menjana pendapatan melalui blog, anda perlulah rajin menulis. Apabila siap penulisan di blog, kongsikan link blog anda di media sosial pula. Dengan cara ini, traffic ke blog anda lebih tinggi.

Tapi, macam mana nak buat duit dengan blog? Takkan tulis artikel di blog dapat duit?

Ha, ada perbagai cara. Antaranya ialah dengan Google Adsense. Anda pernah masuk blog-blog yang terkenal, bukan? Dalam blog tersebut bersepah iklan di kiri, kanan, atas, bawah dan di tengah-tengah artikel. Iklan-iklan itulah yang boleh mengundang wang kepada pemilik blog tersebut.

Cara lain yang sangat terkenal di Malaysia juga ialah Nuffnang. Pemilik blog boleh menjana pendapatan melalui CPM ataupun PPC. CPM ialah Cost Per Mille. Melalui CPM, kita akan dibayar setiap kali ada orang melihat iklan tersebut di blog anda.

Dengan Pay Per Click (PPC) pula, kita akan dibayar setiap kali pengunjung menekan atau klik iklan tersebut. Sebab itulah para blogger boleh mengaut keuntungan yang sangat banyak hanya melalui blog sahaja.

  • Youtube Adsense

Jika anda malas untuk menulis, sebaliknya suka membuat video, apa kata anda buat duit dengan Youtube Adsense. Bagaimana kita boleh menjana pendapatan dengan Youtube? Baik, jika anada tonton video di Youtube, pasti anda pernah melihat iklan yang muncul terlebih dahulu sebelum video yang ingin kita tonton ditayangkan.

Begitulah Youtube membuat duit. Pihak pengiklanan akan membayar wang kepada Youtube agar iklan mereka disiarkan di Youtube, seterusnya sebahagian duit itu akan diberikan kepada para Youtuber yang menghasilkan video tersebut.

Anda akan dibayar oleh Google mengikut cara yang ditentukan sendiri oleh Google, sama ada melalui respon penonton keada iklan dan jumlah view video anda. Semakin tinggi view video anda di youtube, semakin tinggi juga pendapatan yang anda bakal perolehi.

Mungkin juga anda boleh menjana pendapatan seperti Youtuber PewDiePie yang mengaut RM64.2 juta setahun pada tahun 2017 hanya melalui Youtube. Segalanya tidak mustahil, bukan?

  • Paid Review

Inilah lubuk yang menjadi kegilaan warganet untuk menjana pendapatan melalui media sosial. Mereka akan berusaha mengumpul sebanyak mungkin followers di Instagram agar mereka boleh menjadi Instafamous. Apabila mereka menjadi Instafamous, maka bolehlah mereka membuat paid review.

Kadar cas paid review kebiasaanya adalah serendah RM5 sehingga ke ribuan ringgit. Kadar cas yang dikenakan juga adalah bergantung kepada jumlah pengikut Instagram yang mereka miliki. Ianya juga bergantung kepada kadar capaian penonton pada setiap post mereka dari segi likes dan comments.

Tetapi perlu diingat, dalam kita mengejar followers, jangan pula kita upload sesuatu yang merendahkan nilai diri kita sendiri. Nilai wang itu tiada berguna jika maruah diri anda juga diletakkan di paras yang paling rendah.

  • Menjual Akaun

Tip terakhir yang kami kongsikan di sini ialah dengan menjual akaun media sosial, terutamnya melibatkan akaun Facebook Page dan Instagram.

Harga bagi akaun-akaun ini berbeza mengikut bilangan likes dan followers. Semakin tinggi bilangan likes di Facebook Page, semakin tinggi harga yang anda boleh letakkan untuk dijual. Begitu juga dengan Isntagram yang mempunyai ramai followers pastinya dapat dijual dengan harga yang sangat mahal.

Inilah 5 tips tambah pendapatan di media sosial. Siapa kata media sosial adalah tempat yang membuang masa? Dalam masa yang sama, ianya juga adalah tempat yang sangat baik untuk menjana pendapatan tambahan, atau mungkin juga pendapatan tetap anda nanti.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

1 thought on “Tips Tambah Pendapatan Di Media Sosial”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *