Tips Marketing & Sales Untuk Usahawan Baru

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Marketing ni adalah aktiviti memberitahu kewujudan kita.

Secara asasnya, rukun marketing ni ada 3, mesej, medium seperti Facebook atau surat khabar, dan market iaitu pelanggan ideal kita.

Kalau kita dapat berikan mesej yang tepat dengan target market melalui medium atau alat yang sesuai, di situ lah kita dapat hasil yang banyak.

Marketing dapat menaikkan jualan bisnes kita.

Jualan adalah segala-segalanya dalam bisnes, jadi kalau marketing anda buat betul, jualan pasti banyak.

Berikut adalah idea marketing nubis untuk naikkan jualan anda :

1.Jual kepada pelanggan gila setia kita.

Pelanggan jenis ni yang suka tulis post pasal kita di media sosial, suka cakap pasal produk kita, dan mempengaruhi orang lain untuk beli dengan kita.

2. Buat tawaran percubaan yang terhad dalam masa yang singkat.

cara terbaik untuk memenangkan hati pelanggan adalah dengan bagi mereka sampel ataupun percubaan dengan produk kita. Kalau kita pergi kedai macam Giant atau Tesco mesti ada jurujual yang memberi sampel percuma untuk kita rasa.

Kalau anda nak tahu itu adalah antara cara yang terbaik untuk dapatkan pelanggan sebab mereka dah dapat cuba dan rasakan sendiri produk kita ini sebelum beli lagi.

Anda buat dalam masa yang singkat sebab kalau lama atau banyak sangat, takut nanti margin ataupun hasil yang dapat tak mencukupi untuk menampung kos.

3. Upah jurujual berkomisen

Cara tradisional seperti face-to-face masih aktif dalam bisnes sebab kita dapat bina kepercayaan.

Anda boleh upah seberapa jurujual dan berikan mereka komisen dengan setiap jualan yang mereka bawa

Ini anda dapat tingkatkan jumlah jualan dan tingkatkan lagi bisnes anda.

4. Perbanyakkan channel atau medium anda

Kalau sebelum ni anda hanya jual di kedai dan offline, cuba buat berniaga online pula.

Anda boleh mulakan media sosial ataupun buat kedai online supaya bisnes anda berkembang lagi dan dapat capai lebih ramai pelanggan.

5. Pakejkan produk anda

Produk yang dipakejkan sekali dengan sub produk yang lain akan mampu menaikkan nilai produk tersebut.

Kita ambil contoh Honey Star, selalunya kita nampak biasa je tapi bila satu hari dia buat tawaran  dapat percuma beg untuk anak anda ke sekolah, kita rasa macam lagi berbaloi kalau beli padahal selama ni tak nak beli pun.

Kalau anda kreatif, buatlah kotak ataupun packaging produk anda itu lawa dan menarik sebab mengikut kajian, visual yang baru akan lebih cenderung untuk menarik perhatian pelanggan.

6. Berikan diskaun atau promosi bulanan

Dengan database pelanggan anda, anda boleh adakan jualan khas untuk mereka dengan berikan kod diskaun ataupun tawaran istimewa hanya untuk mereka.

Pelanggan akan rasa lebih cenderung untuk berbalas budi sebab anda dah berikan mereka nilai yang mereka rasa hanya untuk mereka.

Dan anda pula buat setiap bulan.

Jadi kalau pelanggan tersebut tak beli sekarang, mungkin mereka akan beli pada bulan-bulan akan datang.

Cara kurangkan bajet marketing tanpa hilang pelanggan :

kadang-kadang kita terpaksa potong atau kurangkan bajet marketing sebab memang tak ada pilihan dah.

Tapi tapi itu bukan bermakna anda akan mendapat anda akan mengurangkan jumlah pelanggan anda.

Berikut adalah beberapa idea untuk mengurangkan bajet marketing anda tanpa hilang atau kurangkan jumlah pelanggan :

  • Berhentikan kempen marketing yang tak begitu memberangsangkan.

Pastikan anda menganalisa kempen dan iklan anda.

Dalam 10 iklan yang anda lancarkan mesti ada lebih kurang 5 atau 6 iklan yang tak berapa bagus. Jadi, untuk yang tak berapa bagus ni, anda potong saja.

  • Banyakkan iklan di medium yang murah.

Mungkin dulu iklan dekat media sosial murah tapi sekarang dah jadi mahal, boleh jadi juga iklan dekat majalah yang baru terbit lagi murah sekarang.

Jadi anda kena pandai cari alat-alat ataupun channel-channel mana yang tengah murah sekarang untuk anda laburkan.

  • Kurangkan mengguna bahan fizikal dan gantikannya dengan digital.

Kalau dulu anda rasa produk anda memerlukan broucher setebal 50 helai muka surat, apa kata jadikannya dalam bentuk digital seperti album ataupun katalog ataupun profil di Instagram ataupun satu ebook yang tak perlukan kos yang banyak untuk membuatnya.

Kunci di sini adalah banyak gunakan bahan digital berbanding bahan fizikal untuk jimatkan kos.

  • Jaga pelanggan anda elok-elok

Kalau rasa anda ada pelanggan yang tak puas hati ataupun sedih dengan anda cuba menenangkan hati dia balik.

Jangan biarkan pelanggan anda hilang begitu saja. Kos untuk mendapatkan pelanggan lagi Mahal berbanding menjaga dan mengekalkan pelanggan sedia ada.

Oleh itu cuba sedaya upaya untuk menjaga pelanggan anda sebanyak yang mungkin dan cuba jual kepada pelanggan sedia ada.

  • Kenal pasti kelemahan anda dan fokuskan untuk dapatkan pelanggan.

Mungkin sebelum ini anda tak melayan pelanggan anda yang betul jadi mereka tak nak beli.

Jadi anda boleh mengatasinya dengan cuba melayan mereka sebaik yang mungkin dan lebih baik daripada sebelumnya.

Bila anda dah ada pelanggan yang mungkin nak beli dengan anda, menyakinkan mereka untuk beli dengan anda lebih murah daripada kita terpaksa keluar mencari pelanggan yang baru.

Ilmu marketing ni luas dan ada banyak cabang.

Tak ada formula marketing yang boleh dipakai oleh suama bisnes.

Yang paling penting adalah anda cuba sendiri dan eksperimen taktik mana yang seeuai dengan bisnes anda.

Antara taktik yang anda boleh cuba adalah seperti yang di atas tadi. Mungkin selepas mengamalkan taktik tadi, anda akan jumpa jawapan anda sendiri untuk bisnes anda. Apa pun, saya mendoakan kejayaan anda.

Semoga berjaya!


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *